in , ,

Datuk K Tidak Pukul Datuk Siti Nurhaliza: Penyebar Fitnah Bakal Disaman

Inilah fitnah PALING BESAR sepanjang Siti Nurhaliza bergelar isteri dan dia berharap siasatan ini akan membersihkan imej suaminya yang sudah tercalar.

Siapa fitnah Datuk K pukul Siti Nurhaliza? Siap sedia! Datuk Khalid akan siasat dan cari punca siapa yang jadi tok dalang dan tukang canang cerita Datuk K pukul Siti sampai Siti masuk wad. Tindakan undang-undang akan diambil untuk mengajar dan sekaligus ingin mencari orang yang dengki cemburu dengan kebahagiaan rumahtangga mereka. Bagus juga tindakan ini. Sebabnya kalau dibiar lama, semakin menjadi pula orang tabur fitnah.

blogLepas satu… satu. Keluarga Siti terutama sekali bapa Siti Nurhaliza menjadi orang yang paling sedih dengan berita ini. Sesiapa pun akan jadi marah kalau anak dan menantu diperlakukan sesuka hati. Hanya orang yang terdekat sahaja yang tahu mereka berdua bahagia dan aman damai. Kalau tak percaya anda boleh lihat sendiri gambar Datuk K dan Siti Nurhaliza mandi laut dan snorkling tengok ikan cantik berenang semasa bercuti di Pulau Perhentian ini. Datuk K kata, sepanjang dia berkahwin tidak ada masalah dan mereka tak pernah pun bergaduh. Bagi Siti pula, maruah suaminya lebih penting. Selama ini, Datuk K begitu memahami tugas Siti yang sering sibuk. Dan yang penting, mereka perlu menjaga hati dan perasaan keluarga.

“Bagaimanapun, kami tidak akan terus mengambil tindakan, sebaliknya akan melihat terlebih dulu latar belakang si penyebar fitnah. Jika dia tidak waras, terencat akal atau kanak-kanak, kami tidak akan berbuat apa-apa.”

Inilah fitnah PALING BESAR sepanjang Siti Nurhaliza bergelar isteri dan dia berharap siasatan ini akan membersihkan imej suaminya yang sudah tercalar.

siti nurhaliza
siti nurhaliza
siti nurhaliza snorkling

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar tunang Ning Baizura, Omar Sharif Christopher Layton Dalton

Novel Terbaru Harry Porter & The Deathly Hollows Tersebar di Internet