in

Datuk AC Mizal Duta Produk Audio SHURE

Antara syarikat termuda menyertai rangkaian keluarga Shure sebagai pengedar sah produk audio profesional yang beprestasi lagenda antarabangsa itu, Concept Audio kini semakin bergerak aktif mewakili jualan dan pengedaran sah di seluruh kawasan Malaysia melalui perlantikan rasmi dari Shure Asia Limited yang beroperasi di Hong Kong semenjak 1 Mac yang lalu.

Concept Audio berwawasan tinggi meneruskan usaha memanfaatkan lagi kesedaran umum terhadap jenama produk serta revolusi teknologi terbaharu keluaran Shure yang berkualiti premium untuk menemui pasaran khususnya pengguna dan pelanggan sasaran secara menyeluruh di Malaysia.

Sehingga hari ini Concept Audio telah mengambil inisiatif penting dalam usaha menempatkan sejumlah rangkaian pembekal sah produk Shure di serata kawasan Malaysia. Tujuan kami memudahkan pengguna mendapatkan produk Shure yang tulen yang datang dengan jaminan, menerusi sebarang pembelian yang dibuat di kedai retail sah yang telah dilantik kami di beberapa lokasi, ataupun juga menerusi pembelian pesanan atas talian yang dibuat melalui kedai online Shure yang disahkan.

Walaupun aktif, syarikat kami masih merasa mentah dalam urusan sokongan sosial seperti program jangkauan pendidikan dan penjenamaan Shure, namun anggota professional kami dari kumpulan pengurusan, penjualan, pemasaran, perunding teknikal dan aplikasi produk sentiasa berusaha untuk memberikan pembaharuan dan berkongsi proposal usahasama dana pemasaran bagi tujuan memanfaatkan pengembangan syarikat bersama.

Terkini, Concept Audio amat berbangga kerana berjaya mendapatkan sokongan penuh oleh jawatankuasa Perhubungan artis Shure terhadap penerimaan calon artis berpotensi tinggi sebagai penyokong jenama ataupun “endorser” pilihan kami yang namanya tidak asing dalam pembabitan industri muzik dan persembahan tempatan kita di Malaysia.

Terbaharu, kami mengumumkan bahawa Dato’ Ac Mizal adalah merupakan artis Malaysia yang berjaya dikitirafkan sebagai artis tajaan di bawah naungan program sokongan artis Shure lebih dikenali sebagai “brand artist endorser” yang telah diangkat didalam senarai hebat keluarga artis sokongan Shure yang bertaraf antarabangsa seperti Maroon 5, One Republic, Mariah Carey, Fun, Imagine Dragons, Aerosmith dan banyak lagi nama-nama besar industri muzik antarabangsa. Maka adalah menjadi tanggungjawab Syarikat Concept Audio untuk memberikan sokongan yang terbaik kepada Dato’ Ac Mizal dalam meningkatkan mutu persembahan muziknya ketika menyampaikan suara Shure yang berkualiti premium tanpa kompromi di atas pentas dunia. Hasrat kami hanyalah untuk membolehkan persembahan Dato’ Ac akan terlihat memberi inspirasi kepada penonton.

Shure dengan kerjasama Concept Audio berharap dapat memulakan projek kreatif Perhubungan Artis kami untuk memberikan inspirasi berkesan kepada generasi baharu para pemuzik dan peminat muzik di Malaysia dengan menjadikan Dato’ Ac idola mereka untuk menceburi bidang persembahan yang sungguh versatil/“versatile”.

Kami berbangga ketika meraikan majlis media yang diadakan semalam di dewan tarian “Ballroom”, Tropicana Golf and Country Resort, Petaling Jaya, untuk bersama mengalukan kehadiran wajah baru tanahair menyertai Keluarga Shure dengan penghormatan yang diberikan kepada Dato’ Ac Mizal.

Majlis pengiktirafan disempurnakan oleh wakil dari Shure Asia Limited, Encik Eric Ong dan Pengarah Syarikat Concept Audio, Encik Andy Tan Jit Hooi dalam acara unik menandatangani poster sulung hubungan artis yang direka khas buat Dato’ Ac Mizal sebagai rasmi menjadi artis endorser Shure bagi tujuan promosi dan hebahan pengumuman. Kemudiannya dikuti dengan persembahan sokongan/tajaan peralatan audio “sponsorship equipment” berkualiti premium model UHF-R iaitu sebuah set profesional sistem mikrofon wayarles digital yang diserahkan kepada Dato ‘Ac Mizal sebagai tanda sokongan utama kami untuk program sokongan hubungan artis bersama Shure selama dua tahun. Penyerahan hadiah tajaan peralatan disampaikan oleh Pengarah Concept Audio.

Tergempar, ketika suasana majlis mejadi kecoh apabila Eksekutif Pemasaran Concept Audio sebagai pembawa acara majlis media tempoh hari kemudiannya mengumumkan penarikan semula hadiah tajaan Shure kepada artis setelah ucapan tahniah berulang-kali kedengaran di sepanjang permulaan majlis itu. Dato’ Ac Mizal dikejutkan dengan pertanyaan saudari pengacara kepada beliau, samada mengizinkan pihak Shure mengambil semula hadiah tajaan mereka.

Dan jawapannya, semestilah tidak boleh dari kata Dato Ac’ kerana minatnya pada kepelbagaian jenis model mikrofon keluaran Shure. Menarik lagi, itu hanyalah gimik semata mengusik artis bagi bertujuan menyampaikan suatu berita yang lebih bermakna kepada beliau, dengan menyingkap slaid foto yang terpapar di skrin besar dewan, menampakkan satu komponen dari set peralatan tajaan Shure, mikrofon vocal kategori perdana model KSM9 yang telah diadaptasikan dalam lakaran 3D – rekaan baru dengan sentuhan Elemen Kristal Swarovski dengan saduran emas 24 karat, yang khas ditempah buat Dato’ Ac Mizal dan kini sedang dalam proses akhir produksi yang hampir siap sepenuhnya.

Kami dengan sukacita akan berkongsi berita dan gambar kepada umum dan semua media apabila tiba waktunya kami menyerahkan mikrofon yang direka khas buat Dato Ac’ Mizal, dijangka sampai tidak lama lagi. Kami menjemput media untuk tidak terlepas kemunculan Dato’ Ac bersama mikrofon “bling- bling” nya di atas pentas muzik atau persembahan yang akan datang!

Mengenai Concept Audio, Malaysia www.conceptaudio.com.my

Concept Audio Associates (KL) Sdn Bhd. Ditubuhkan sejak tahun 2002, telah menjadi salah satu pengedar audio perkhidmatan penuh, visual, sistem lampu terkemuka yang melayani seluruh Malaysia. Kejayaan kami dapat dilihat melalui perkhidmatan untuk Auditorium, Dewan Serbaguna, Pengeluaran Studios, Ballroom, Institusi Pendidikan dan ruang persendirian. Kemajuan pesat kami menyoroti kepercayaan dan keyakinan pasaran terhadap kebolehan kami.

Mengenai Shure Asia Limited www.shure.com/asia

Shure Asia Limited adalah anak syarikat milik penuh Shure Incorporated. Ditubuhkan di Hong Kong pada tahun 1999, kedudukan serantau syarikat itu adalah lanjutan daripada ibu pejabat menyediakan jualan, pemasaran dan sokongan teknikal bagi rakan saluran mereka di rantau Asia Pasifik.


What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pengalaman Beli Mountain Bike di Roadshow Basikal di SenQ Klang Parade

Peraduan Menangi Pass Anugerah Industri Muzik 21