Sekitar Press Conference My Aussie Adventure Travelogue – Ambassadors

Korang pernah tonton Naz dan Daphne Iking dalam program TV berbentuk Travelog – My Australian Adventure di TV3? Kini, menjelang musim ketiga, program tajaan Tourism Australia itu telah ditukar nama kepada My Aussie Adventure Travelogue. Program rebranding ini akan menemui penonton pada 1 Jun 2008 jam 7.30 malam di TV3 dan siaran ulangan pula di NTV7 pada bulan Oktober.

Pada jam 11 pagi tadi (29 April 2008), Budiey telah menghadiri satu sidang media My Aussie Adventure di Dewan Serbaguna, Sri Pentas, TV3 yang turut memperkenalkan format baru di mana 7 orang Aussie Ambassadors. Budiey rasa perubahan musim baru ini memang elok sangat dibuat kerana selain penonton tidak bosan, ia juga dapat menggalakkan lebih liputan untuk mengenali destinasi pelancongan dengan lebih dekat destinasi. Budiey yakin program ini akan memberi informasi menarik tentang lokasi pelancongan di Australia dengan adanya 7 orang duta ini. Sudah tentu, satu pengalaman luar biasa di sudut yang berbeda akan diceritakan kepada penonton.

Anchor host, Naz & Daphne Iking

Acara dimulakan dengan celoteh Naz dan Daphne Iking yang turut menjemput Puan Maggie White, Pengurus Besar South/SE Asia & Gulf Countries Tourism Australia. Seterusnya, pengumuman Aussie Ambassadors yang terpilih disertakan dengan tayangan video dari ketujuh-tujuh Aussie Ambassadors.

Kalau sebelum ini, Daphe Iking dan Naz hanya berdua tetapi kali mereka ditemani oleh 7 orang Aussie Ambassadors yang dipilih sebagai tetamu undangan. Pada musim kedua Budiey rasa ada selebriti yang turut bersama mereka ke Australia. Budiey kira mereka bertuah kerana setiap seorang dapat melawat 7 negeri di Australia. Pemilihan Aussie Ambassadors dibuat melalui satu sesi temuduga dan penonton akan mengundi Aussie Ambassador kegemaran mereka. Hadiah menarik bakal menanti penonton dan juga Aussie Ambassadors yang paling tinggi undian.

BAGAIMANA PILIHAN AUSSIE AMBASSADORS DIBUAT?
TV3 telah menerima lebih 350 penyertaan yang menghantar entri di laman mikro My Aussie Adventures dan dari situ ditapis seramai 100 orang disenarai-pendekkan. Setiap peserta diuji dengan menghantar pengalaman dan memilih aspek yang telah ditentukan iaitu alam semulajadi, gaya hidup pantai, perjalanan di bandar, makanan dan wine. Mereka yang berjaya telah ditemuduga dari segi pertuturan fasih berbahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia, gaya penampilan, personaliti dan kemahiran bertutur secara keseluruhan.

Senarai Tujuh Orang Aussie Ambassadors:

Adli bin Ali (Western Australia) – Pemuda manis berusia 26 tahun ini seorang doktor yang menyukai kanak-kanak sangat suka dengan alam sekitar dan suka dengan cabaran. Impiannya mahu terbang dengan menggunakan helikopter.

Kim Chan (Victoria) – Berusia 24 tahun, suka bermain games komputer MS DOS dan sentiasa bersemangat optimistik.

Lim Chee Wah (Tasmania) – Berusia 27 tahun, bekerja sebagai foto jurnalis yang suka melancong, sentiasa optimistik dan sangat menguja dengan cabaran merentas alam.

Effasyafiza Binti Mohd Desa (South Australia) – Berusia 24 tahun, seorang freelance pengurus produksi, lahir di Iran dan mempunyai semangat untuk mendekati alam sekitar dan meminati bidang fotografi.

Alfred Loh (News South Wales) – Berusia 24 tahun suka dengan dunia glamour, bersyukur dan bernasib baik dilahirkan sempurna.

Pamela Geh (ACT, Australian Capital Terrotory) – berasal dari Pulau Pinang, gadis 28 tahun ini boleh bertutur dalam bahasa Perancis, suka untuk mencuba cabaran baru, berfikiran positif dan suka menari dan bermain dengan binatang.

Jaclyn Sharmelee (Queensland) –  Seorang pegawai komunikasi pemasaran yang suka bertemu kenalan baru dan melawat tempat menarik untuk menambah pengetahuan dan pengalaman. Moto gadis yang berusia 29 tahun, “Be the best you can be and life is what you make of it!”

Untuk korang yang mahu menyertai peraduan Online Voting Contest dan minat dengan program libur dan pelancongan, bolehlah melayari www.tv3.com.my/aussieadventure

[tags]tv3, daphne iking, naz hos tv, my Aussie Ambassadors, gambar panas daphne, drama, jamming, jiwang, karat, kes bunuh, kisah cinta, kord gitar, lagu dari penjara, lirik lagu melayu, casting, modelling, sony viao embassador, permintaan terakhir, prison, skandal, tabs, video, youtube, laman mikro, Maggie White, Gulf Countries, Tourism Australia, ms dos, Western Australia, malaysia[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Nuh Vokalis Band Hujan @ Konsert Jelajah Malaysia Peterpan

Ada Sebab Siti Nurhaliza Teruja di Anugerah Industri Muzik 15