in

Dato’ Siti Nurhaliza Rasmi Butik Dalam Drama Spa Q

Budiey tengah duk bayang… alahai kalau setakat merasmikan butik aje… berapa scene sangatlah… sikit aje… tapi penampilan Siti dalam drama ni jadi highlight utama.

Penampilan istimewa Siti Nurhaliza dalam Spa Q

LAGU Ku Mahu nyanyian penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang menjadi lagu tema drama bersiri Spa Q sedikit-sebanyak telah mempopularkan siri 60 episod itu mulai Oktober tahun lalu. Mulai 15 Disember ini, siri Spa Q musim kedua (Spa Q 2) sekali lagi menggunakan khidmat penyanyi tersohor ini dengan tajuk lagu Pada CintaNya ciptaan Audi Mok dan lirik ditulis oleh Rina Khan dan Siti sendiri.

Siti bukan sahaja menyumbang bakatnya melalui nyanyian malah beliau turut diundang untuk berlakon dalam siri yang turut dijayakan oleh Norish Karman, Zizie Ezette, Azizah Mahzan, Jasmin Hamid, dan Fouziah Gous ini.

Menurut Siti, beliau bakal berlakon dalam sebuah babak sahaja iaitu watak cameo dengan menggunakan nama sebenarnya untuk tatapan para peminatnya.

“Dalam babak itu, saya hanya melancarkan butik Spa Q di Langkawi.Tidak dinafikan, secara kebetulan saya juga terbabit kerana produsernya, kakak suami saya, Zaiton Mohd. Jiwa. Jadi, mereka inginkan kemunculan semula saya, dengan itu saya bukan sahaja diundang menyanyi untuk lagu temanya malah untuk turut berlakon sedikit.

Penampilan istimewa Siti di dalam Spa Q musim kedua pastinya bakal menarik perhatian penonton – foto THE STAR oleh SHAARI CHEMAT

“Kebetulan ada waktu terluang, saya turuti juga kehendak tersebut,” ujar Siti ketika majlis pelancaran drama siri Spa Q 2 untuk slot Akasia di Seri Kembangan baru-baru ini.

Siri sebanyak 60 episod ini akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang. Menyentuh mengenai lagu tema siri tersebut, kata Siti, dia baru sahaja selesai merakamkan lagu tersebut pada dua minggu lalu.

“Saya baru sahaja merakamkan lagu Pada CintaNya pada dua minggu lepas. Saya belum pasti lagi sama ada lagu ini akan dimasukkan dalam album saya akan datang. Namun, kemungkinan untuk masuk itu ada sebab lagu Ku Mahu sebelum ini telah dimuatkan dalam album Hadiah Daripada Hati.

“Apa yang pasti, lagu Pada CintaNya akan dimainkan selalu di radio nanti kerana lagu ini boleh memainkan peranan untuk mempromosikan drama ini. Saya harap lagu dan drama ini akan mendapat sambutan daripada penonton,” kata Siti yang sudah selesai merakamkan lagu untuk album terbarunya berkonsepkan kontemporari.

Setakat ini, beliau sedang menunggu proses ‘mastering’ album yang belum mempunyai tajuk tersebut dan dijangka bakal dipasarkan dalam tahun ini juga.

Antara lagu yang dinyanyikan oleh Siti adalah Ada Masa Mata ciptaan M. Nasir. Selain itu, Siti juga terlibat dengan pembikinan dua buah lagu runut bunyi untuk sebuah filem Indonesia, Perempuan Berkalong Serban.

“Saya juga sedang mencipta dua buah lagu untuk filem Indonesia di mana filem ini ala-ala filem Ayat-Ayat Cinta. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana rezeki masih tidak putus-putus dan orang masih memerlukan khidmat saya untuk memeriahkan industri seni ini.

“Kiranya, saya bukan diam sahaja. Mungkin sebelum ini agak senyap sedikit sebab banyak perkara yang perlu diselesaikan tetapi kini saya sudah kembali memeriahkan industri ini. Selain terlibat dengan pembikinan lagu runut bunyi filem, saya juga masih berbincang dengan pihak penaja untuk menjayakan Konsert Amal Yayasan Nur Jiwa yang dijangkakan dibuat pada tahun depan,” beritahu Siti yang turut menjayakan persembahan bersama Ning Baizura pada minggu ini di Galeri Star hill, Bukit Bintang.

Sebelum ini, Siti juga telah bersetuju untuk menyumbangkan suaranya dalam filem animasi Mamat Khalid, Kelip-Kelip. – sumber: mstaronline

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. semoga berjaya datuk ct..all the best..nak jadik artis ni mesti kebal,mesti ada persisai sebab banyak senjata nulear kiri kanan yang datang…huhuu..jgn mare yer ngan orang2x yg anti-ct ne…semua orang mmpunyai hak siapa yang nak diminati dan tak disukai…itulah manusia yg sebenarnya,yg mempunyai kebebasan dan hak serta akal fikiran yang tersendiri untuk menilai..anyway..gambr budiey bertunang tak ader ke??

  2. tahniah siti nurhaliza.. semoga segala-galanya berjalan lebih baik dimasa hadapan. malaysia banyak terhutang budi dengan kemampuan siti nurhaliza dalam memartabatkan nama malaysia dipersada anarabangsa

  3. Dah kak ipaq yg buat msti la paggei adik ipaq belakon..sebabak dua pun jd la..asalkan dpt interprem…wah..hebat dah la ni…tudung pun dah jd cam pompuan gipsi ni..dulu ckp nak bertudung, sb gemok..la ni dah kurus,apa lg time untk bukak tudung la pulak…

  4. Buka.. tutup .. buka tutup..
    Keja ada .. kejap x de! 😉

    Ckp psl tdung ni .. tringat satu lgu ..

    ‘Tudung periuk .. tudung periuk pndai menari..’
    *Sbb tu lh org tua2 x bgi mnyanyi kt dpur.. nsi mentah sbb tdung periuk dh dbwa joget!

    *Sis UC .. IZZATI .. tggu lh kut2 nti dpt doa akhir tahun.. 🙂

  5. Sis Hnyb…sedapnye sore..bak buluh perindu je..hehehehe… Doa ape agaknye ye..hehehehe….Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu……..

    *Mama cntikkk….knape diam membisu je ni…….????lame aku tak dngo sore ko nyanyi kat kapet ss ni..rindu yeee…….*

  6. aku nyanyi ni utk ko ummie cute…(ummmiiieee….ummiieee…ummmmiiiieeee)…..
    aku bknnye diam membisu…
    saje aku nak jd pembaca je dr nak komen…mcm dulu2…
    aku masuk ari tu pon sbb tebace satu komen paling power antara komen2 yg ade…tu je…

  7. stop it eh ‘ingat tuhan’! dorg tu suka sindir. lagi ko layan, lagi suka lah dorg. diam je sudah, ok? terima je lah kenyataan bahawa manusia mengutuk org lain mmg senang. ko tk payah nk jatuhkan dorg semata-mata kerana kecetekan agama mereka. Manusia tiada hak menghakimi akidah orang lain. Kalau ko tk boleh nk ubah pendirian mereka, lupakan sahaja lah niat awk plz? Cara kau mmg tk boleh pakai. Cuba style lain pulak ok? Islam itu penuh dengan kelembutan, bukan kekerasan dan kekasaran.

  8. “… alahai kalau setakat merasmikan butik aje… berapa scene sangatlah… sikit aje… tapi penampilan Siti dalam drama ni jadi highlight utama”… btul kata hang budiey!!!… almaklumlah, kakak & adik ipar kata kan….. ct nie memang hebat sbg penyanyi agung negara lah… saya nie bukanlah beragama islam tapi bab tudung nie… sbg apa yg kekwan2 muslim cakap BUKANLAH satu fesyen @ trend!!..

  9. tudung mmg bkn fesyen tp bg la pluang ct nak berubah secara perlahan2..bkn drastik tp x ikhlas..mane lg baik?biar slow2..dgn hati yg ikhlas..klu pkai tudung je,korang expect org 2 msti baik la ye?byk org yg pkai tudung skg tp perangai x semenggah tau…jgn nilai org dr tudung 2…klu korang x ske ct it’s okla..hak masing2…tp for what korang mgutuk berbakul2?

  10. bkn mslh dia betudung ke x.ikt ske dia la nk pakai ke x.tp yg wat org nyampah 2 sbb kekdg ttp,kekdg x..klu dia slesa pakai selendang,pakai je selendang.mcm datin2 slalu pakai 2..aku rse k je..tp klu dh ttp,ttp je trs,jgn la jap tudung,jap selendang..

  11. Aku sokong kate2 kirana tu..dri pakai tudung tp nmpak ‘ank’ rambot n telinga tekeluo tang cuping tu lebih baik pakai selendang je..x la nmpak hipokrit… aik..idup lg ke minah tu????Sis Hnyb…sabaq..sabaq…

    *mama cntikk..tenkiu..tenkiu…sudi gak ko menyumbangkan sore ko kat kapet ni untk aku…terubat gak rindu aku kat ko…join la blk kapet ss ni..stakat jd pemerhati je mane siok…ok ye mama cntikkk…*

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Lirik Lagu Terbaru Kaer Bukan Kasihku

Supa Strikas Set to Score with Malaysians