in

Dato’ Siti Nurhaliza Mendominasi AIM22 dengan 7 Pencalonan

Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Selesai sudah sidang media pengumuman calon akhir penuh untuk Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk kali yang ke-22 di ParkRoyal Kuala Lumpur. AIM22 bakal berlangsung di 18 Disember ini. Nantikan peraduan menang pass menonton secara live di budiey.com ya.

Dato’ Siti Nurhaliza mengungguli Anugerah Industri Muzik 22 (AIM22) tahun ini dengan tujuh pencalonan. Tahniah buat beliau.




Tahniah juga buat semua krew dan tenaga kerja album Dato’ Siti Nurhaliza Unplugged dan juga untuk Dato’ Siti Nurhaliza tersenarai dalam top 5 Anugerah Industri Muzik iaitu Persembahan Vokal Wanita Terbaik, Susunan Lagu Terbaik, Rakaman Album Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik, Lagu Pop Terbaik dan Album Terbaik.

Apa yang dinantikan adalah keputusan Album Terbaik kerana Dato’ Siti Nurhaliza bakal bersaing dan berdepan dengan album yang kesemuanya mempunyai keistimewaan antaranya dari album PATRIOT, Akim & The Majistret, Black, Mojo dan Estranged.

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mendahului senarai Anugerah Industri Muzik Ke-22 (AIM22) dengan tujuh pencalonan daripada 16 kategori dipertandingkan tahun ini.

Menerusi album Datuk Siti Nurhaliza Unplugged, Siti menerima pencalonan termasuk Album Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita), Rakaman Album Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik dan Lagu Pop Terbaik.

Manakala menerusi kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu Siti mendapat dua pencalonan iaitu Jaga Dia Untukku dan Menatap Dalam Mimpi.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa AIM22, Rosmin Hashim.

Dalam pada itu, penyanyi Faizal Tahir pula mendapat lima pencalonan termasuk Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki), Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu dan Lagu Pop Terbaik.

Mengikut rapat ialah SonaOne yang menerima empat pencalonan termasuk dua lagu dalam kategori Lagu Hip Hop Terbaik.

SonaOne juga turut tercalon dalam kategori Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.

AIM 22 bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC) pada 18 Disember depan.

Dipetik dari Facebook Rozi:

“Album Siti Nurhaliza Unplugged terhasil dari rakaman persembahan konsert live @ctdk pada 7 April 2015. Persiapan konsert ini tidak sampai sebulan, namun komitmen Aubrey Suwito sangat membanggakan apabila lagu2 yang dinyanyikan oleh @ctdk di dalam konsert ini digubah dengan begitu indah dan segar susunannya. Allahyarham Adnan Abu Hassan juga muncul dalam segmen penghargaan kepada beliau oleh @ctdk dan Allahyarham sendiri bermain piano mengiringi persembahan @ctdk dalam konsert ini. Konsert yang berlangsung selama 2 jam ini mendapat sambutan luar biasa dan ‘full house’ di Istana Budaya. Saya suka jika album ini didengar juri dari track pertama hingga akhir. Jujurnya, konsert ini tersangat istimewa momentumnya sedari mula hingga akhir. Terdapat 3 lagu studio iaitulagu bonus untuk album ini. Menatap Dalam Mimpi, lagu ciptaan Aubrey Suwito dan lirik oleh saya, ehem ehem Rozisangdewi tercalon dalam beberapa kategori, syukur. Saya tak bermimpi tinggi dan jauh, saya hanya mensyukuri kerana baik saya, Aubrey, Sunil, Hafiz Hamidun, Fedtri Yahya malah Dato’ Siti Nurhaliza @ctdk sendiri membuktikan bahawa dengan penghasilan satu album, banyak pihak yang boleh berkongsi penghargaan dan kejayaan dalam kategori2 yang dicalonkan. Tahniah untuk setiap seorang yang menjayakan album ini, terima kasih juga kepada Universal Music Malaysia yang selalu mempercayai @ctdk dan sudi bersama2 SNP menerbitkan album ini.”

Ia turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Sementara itu, bagi kategori Artis Baharu Terbaik memperlihatkan persaingan lima penjuru di antara Syamel, Projector Band, Lyia Meta, De Fam dan Bella Nazari.

Syamel turut tercalon dalam kategori Lagu Pop Terbaik menerusi lagunya Hidup Dalam Mati.

Bagi kategori Album Terbaik, calon lain yang turut tercalon adalah Akim & The Majistret (Patriot), Mojo (Nada), Estranged (Sepenuhnya Vol. 1) dan Balck (Black).

Pada tahun ini, pihak AIM22 menerima 731 pencalonan berbanding 610 yang diterima pada tahun lalu.

Rosmin berkata, kategori Lagu Pop Terbaik mendapat pencalonan terbanyak iaitu sebanyak 170 manakala Pop Etnik paling rendah dengan 17 pencalonan.

Antara artis dan mereka yang terlibar dalam AIM22. FOTO: Low Boon Tat.

Senarai penuh pencalonan AIM22:

1. Artis Baharu Terbaik
Bella Nazari
Def Fam
Lyia Meta
Projector Band
Syamel

2. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Akim Ahmad (Potret)
Faizal Tahir (Sejati)
Hazama (Sampai Mati)
Hazami (Cintai Dia)
Lah Ahmad (Syukur)

3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Datuk Siti Nurhaliza (Menatap Dalam Mimpi)
Dayang Nurfaizah (Lelaki Teragung)
Jaclyn Victor (Seindah Mimpi)
Najwa Mahiaddin (Guilty Room)
Nona (Takkan Biarkan)

4. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
Back2Basixx (Senyuman)
De Fam (#Super Girls)
Nowseeheart (Selawat Untukmu)
The Mikraj (Qod Kafani)
UNIC (Syamail Muhammadiah)

5. Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu
Elizabeth Tan & Faizal Tahir (Setia)
Hunny Madu & Kayda (Go Hard Or Gostan)
Misha Omar & Hafiz Suip (Terimaku Seadanya)
Najwa Mahiaddin & Juny (After The Rain)
Sonaone, Joe Flizzow & Akeem (Go Do That)

6. Kulit Album Terbaik
Sekumpulan Orang Gila – Bahtera
Fynn Jamal – Puisi Tepi Jalan
Yuna – Material
Pitahati – Selamat Datang Ke Panggung Suara
Reena Nicky – Penuh Magika

7. Rakaman Album Terbaik
Yuna – Material
Froya – Panic Bird
Gabriel Lynch – All of Us
Q Sound – Duel Citizenship
Datuk Siti Nurhaliza – Datuk Siti Nurhaliza Unplugged

8. Video Muzik Terbaik
Stacy – Not For Sale
Kaka Feat Sleeq – Bukan Hal Aku
Hazama – Sampai Mati
Paperplane Pursuit – Who’s Gonna Stop Me
Fynn Jamal – Suatu Pernah

9. Lagu Pop Etnik Terbaik
Ingga – Amir Jahari
Joget Sulam Sakti – Raja Iskandar
Kelik La Weii – Eddie Hamid
Mathbawi 1 Mawar – Usop Kopratasa & Rafi Suhu
Sepertinya – Fynn Jamal & AG Coco

10. Lagu Nasyid Terbaik
Suhaimi Saad – Cinta Sidna
Caliph Busker – Hanya Nama-Mu
Lah Ahmad – Maulaya
Datuk Siti Nurhaliza – Mikraj Cinta
Daqmie – Tangis Sebatang Tamar

11. Lagu Rock Terbaik
Projek Pistol – Berani Mati
Azlan & The Typewriter – Mata Hati
Azlan & The Typewriter – Lebih Baik Sendiri
Akim & The Majistret – Potret
Amy Search feat Edrie Hashim – Redha Kemenangan

12. Lagu Pop Terbaik
Faizal Tahir – Assalamualaikum
Syamel – Hidup Dalam Mati
Datuk Siti Nurhaliza – Menatap Dalam Mimpi
Hazama – Sedetik Lara
Faizal Tahir – Sejati

13. Lagu Hip Hop Terbaik
SonaOne – Confirm Ah
SonaOne – Hakeleh
Altimet & Takahara Suiko – Janji
Lah Ahmad feat Altimet – Mengelamun
Salammusik – Terima Kasih

14. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Elvira Arul – Christmas in The Sun
SonaOne – Firefly
Juwita Suwito – Just Like That
Daiyan Trisha – Stargazing
Vince Chong – Wonder

15. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
Elvira Arul – Christmas in The Sun
Datuk Siti Nurhaliza – Jaga Dia Untukku
Datuk Siti Nurhaliza – Menatap Dalam Mimpi
Caliph Busker – Hanya Nama-Mu
Faizal Tahir – Assalamualaikum

16. Album Terbaik
Akim & The Majistret – Patriot
Datuk Siti Nurhaliza – Datuk Siti Nurhaliza Unplugged
Black – Black
Mojo – Nada
Estranged – Sepenuhnya Vol 1

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Anugerah Industri Muzik AIM22 Perkenal Lima Kategori Baru

Senarai Penuh Pencalonan Akhir Anugerah Industri Muzik AIM22