in ,

Dato’ Siti Nurhaliza Dalam Drama Spa Q 2

Drama bersiri Spa Q yang pernah menemui penonton TV3 menerusi slot Akasia Oktober tahun lalu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air, drama siri 60 episod ini berjaya memperoleh jumlah penonton hampir mencecah 2 juta.

Bagi mengetahui kesinambungan siri ini, Spa Q 2 kini bakal menemui penonton TV3 dengan jalan cerita yang lebih menarik lagi. Sehubungan itu, satu majlis sesi ramah mesra bersama para pelakon Spa Q 2 akan diadakan untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai siri ini. Antara para pelakon yang akan hadir pada majlis ini termasuklah ialah Norish Karman, Jasmin Hamid, Zizie Ezette, Zaefrul, Azizah Mahzan, Fazren Rafi, Zaris Nellydya, Farahdhiya, Fouziah Gous, Nisha Dirr, Ifa Raziah, Liza Abdullah, Kanchana Devi, Sharifah Sofea, Faizal Yusuf, Ritz, Fizow Omar dan penampilan istimewa Dato’ Siti Nurhaliza.

Apakah watak untuk Siti Nurhaliza? Sama-sama kita nantikan!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Erin Malek, Sheila Mambo, Addy Ashraf Dalam Drama Cerita Adam Aidiladha

Kes Tuntut Cerai Isteri, Seri Bayu Tak Setuju