in

Darling Akan Kahwin Tak Lama Lagi

Budiey BlogSelepas dua bulan putus cinta dengan seorang wartawan, pelakon Nasreen Ngasri kini sudah menemui cinta baru. Dia yang popular dengan panggilan Darling, 26, mengesahkan yang dirinya bakal bernikah dengan lelaki pilihannya itu tidak lama lagi.

Lelaki bertuah yang bakal menjadi suami Darling merupakan ahli perniagaan berusia 30-an. Hubungan mereka direstui oleh keluarga kedua-dua pihak.

“Ya, kami akan bertunang pada Mac ini. Majlis pernikahan akan diadakan pada pertengahan tahun ini juga,” katanya.

Menurut Darling, dia bersyukur kerana akhirnya bertemu dengan orang yang serasi untuk dijadikan teman hidup.

Dia juga berharap berita pernikahannya tidak menjadi kontroversi ekoran hubungan cintanya dengan beberapa lelaki sebelum ini. – Kosmo!

Budiey: Tahniah Darling! Semoga cepat-cepat langsung! Berbahagia selalu hendaknya. Siapalah yang bertuah tu agaknya ya?

Darling dalam Gadis Cuci

7 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

SESI ROAD TOUR LELONG AMAL SURIA FM DI KUALA TERENGGANU

Sekitar Perlawanan AM Krew VS Jawa Rangers Di Tasik Titiwangsa