in , ,

Dari Lagu Parodi, DD Chronicle Ke Single Sendiri Berjudul DUHAI CINTAKU

Dd Chronicle merupakan nama yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat-peminat kandungan parodi yang sering viral di saluran-saluran media sosial seperti Youtube, Facebook, Instagram serta Tiktok.

Selepas lebih 2 tahun ditubuhkan serta telah berjaya mengumpul hampir 9 juta tontonan secara keseluruhan melalui channel 4U Entertainment, syarikat butik label musik baru tersebut juga telah melamar influencer parodi media sosial, Dd Chronicle untuk bekerjasama dalam menyanyikan karya ciptaan penuh Aiman Sidek yang bertajuk Duhai Cintaku. 

Dd Chronicle merupakan nama yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat-peminat kandungan parodi yang sering viral di saluran-saluran media sosial seperti Youtube, Facebook, Instagram serta Tiktok. Penghibur yang berasal dari Klang, Selangor dan menetap di Sungai Buloh ini mula berjinak-jinak dengan penciptaan kandungan Youtube dan Facebook lebih dari 10 tahun yang lalu. 

Dari Lagu Parodi, DD Chronicle Ke Single Sendiri Berjudul DUHAI CINTAKU

Menurut DD Chronicle, “Saya bermula dalam bidang nyanyian dengan memuat naik lagu-lagu cover untuk tontonan sendiri, keluarga serta kawan-kawan rapat. Tidak disangka-sangka, hantaran video Smule nyanyian lagu Flashlight duet bersama Jessie J beberapa tahun sudah yang telah menarik sejumlah penonton Youtube dan Facebook untuk lebih mengenali serta mengikuti perkongsian-perkongsian saya. Alhamdulillah,”

Rentetan kejadian tersebut, pada tahun 2019, Dd mencuba pelbagai konten baru untuk saluran Youtube dan Facebook Page beliau. Pada tahun 2020 sekali lagi beliau mencuba konten baru berbentuk parodi yang mula mendapat tempat di hati penonton seawal percubaan pertamanya. Bermula dari itulah nama Dd Chronicle mula meniti di bibir pengamal sosial media sehingga memperolehi 100,000 subscribers youtube dalam masa sebulan. 

Bercerita tentang minat dalam bidang nyanyian lagi, beliau menceritakan, “Pada tahun lepas saya telah bereksperimentasi menggabungkan nyanyian dan parodi dengan menyanyikan semula lagu Haqiem Rusli, Tergantung Sepi tetapi dengan lirik yang diubahsuai dengan isu semasa pada masa itu. Sekali lagi pengikut Facebook saya berjaya mencecah 500,000 pengikut.”

Menurut Aiman Sidek, “Saya melihat bakat yang ada pada Dd Chronicle ini sebagai sesuatu yang perlu diberikan perhatian yang serius. Saya jatuh hati dengan nyanyian-nyanyian yang dimuat naik di laman sosial beliau, dan secara kebetulan saya mempunyai sebuah lagu yang baru ditulis yang saya rasakan sesuai untuk beliau.”

Dari Lagu Parodi, DD Chronicle Ke Single Sendiri Berjudul DUHAI CINTAKU

Sejak dilancarkan tidak sampai sebulan yang lalu, jumlah tontonan lagu Duhai Cintaku di channel Youtube 4U Entertainment telah mencecah lebih 10,000 tontonan serta mendapat reaksi positif dari peminat-peminat Dd yang selalu menginginkan Dd untuk membawakan lagu beliau sendiri. 

Dari Lagu Parodi, DD Chronicle Ke Single Sendiri Berjudul DUHAI CINTAKU

Dd Chronicle 

Dd Chronicle merupakan peminat genre muzik yang universal selain amat meminati penyanyi-penyanyi seperti Noraniza Idris, Slam, Rhoma Irama Anuar Zain, Ziana Zain serta Linkin Park. Beliau mempunyai mempunyai 971,000 pengikut Facebook, 373,000 subscribers Youtube, 374,000 pengikut di Tik Tok serta 76,000 pengikut Instagram. Dalam industri hiburan, beliau pernah dipanggil ke rancangan Meletop Era, Punchline DAC serta menjadi peserta Muzikal Lawak Superstar 3 anjuran Astro. Selain itu, Dd juga pernah membintangi watak utama beberapa video komersial sosial media seperti XES Shoes dan lain-lain. Kini Beliau masih aktif dalam membuat lagu dan video parodi di samping menjalankan produksi kecil beliau sendiri 

Aiman Sidek 

Aiman Sidek memulakan langkah dalam industri muzik tempatan selepas muncul Naib Juara program Akademi Nasyid di TV9 pada 2008. Aiman pernah tampil di pentas hiburan tanah air lebih sedekad lalu, dengan lagu “Cinta Terakhir” ciptaan komposer Hafiz Hamidun serta “Bunga Dhia” ciptaan Aiman sendiri, yang popular menerusi drama bersiri Hati Perempuan di TV3. Anak kelahiran Terengganu ini juga pernah bersaing di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu pada tahun 2008 membawakan lagu “Dusta Berkalang” sepentas bersama Meet Uncle Hussain, Faizal Tahir, Aizat Amdan, Ziana Zain, Spider, Estranged, Stacy dan Mawi. 

4U Entertainment 

4U Entertainment atau Foryou Entertainment adalah syarikat label muzik yang ditubuhkan pada tahun 2020 bertujuan menghasilkan karya-karya segar dengan meyediakan platform untuk penyanyi serta pemuzik baru dan lama tanah air. Antara karya di bawah syarikat adalah 2 album bertajuk “Aiman Sidek” pada tahun 2009 dan “Gelora Cinta” (2018). Lagu-lagu lain yang pernah dihasil atau dinyanyikan oleh Aiman Sidek ialah Tak Bisa (Andrea), Cinta Awangan (Aiman & Friends), Apa Benar (Misha Shahirah), Kamulah Wanita, Wanitaku, Aryana (Nadzmi Adhwa) ,Manisnya Hari Raya (Manis FM), Warna (Namias), Penjaja Jalanan (Anas Tahir), Tetap Bertahan (Alif Azhari), Bunga Dhia, Larut, Pria Arjuna, Dusta Berkalang ,Cinta Terakhir (Aiman Sidek), Bangkit Malaysia (Aiman Sidek ft. Namias), Manis di Mulut (Aiman Sidek ft Skyrulez), Kekasih (Aiman Sidek, Aniq Muhai dan Alif Azhari), Cinta Hati (Araf Aziz) serta Haruskah (Yuji). 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAMSUNG

Ini Cara Samsung Galaxy Foldables Memudahkan Hari Sukar Anda!

HOT FM FARA AG JOHAN

Hot FM Atur Strategi Dengan Kempen & Program Terbaru Yang Menarik