in ,

Dari Berat 92kg, Siti Nurhaliza Berjaya Turunkan 20kg Selepas Melahirkan Muhammad Afwa

Wah semakin cantik, kurus dan berseri-seri penampilan terbaru Dato’ Sri Siti Nurhaliza selepas tiga bulan melahirkan cahaya mata keduanya. Apa rahsia beliau agaknya ya?

Penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram (kg) selepas melahirkan anak lelakinya Muhammad Afwa pada 19 April lalu.

Siti, 42, kini berazam untuk menurunkan lagi 10 kg berat badannya kepada berat ideal 60 kg.

“Sebelum bersalin Afwa, berat badan saya sudah mencecah 92 kg dan alhamdulillah saya dapat menurunkan 20 kg selepas itu.

“Saya sekarang sasarkan untuk turunkan lagi 10 kg agar dapat berat ideal 60 kg. Ada sesetengah wanita dia memang mudah hendak turun berat badan bila lepas bersalin namun ia berlainan buat saya yang agak susah hendak turun,”

– Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza

Siti berkata demikian ketika menjayakan sesi sidang media virtual BeauRaya semalam.

Siti atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Tarudin turut mengakui sejak kelahiran Afwa, tumpuannya kini lebih terarah kepada cahaya mata keduanya itu.

Siti mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, 62, pada 21 Ogos 2006.

Setelah 12 tahun menanti, pasangan itu dikurniakan anak pertama, Siti Aafiyah yang kini sudah berusia tiga tahun. 

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza Mahu Lebih Kurus

Selepas tiga bulan melahirkan cahaya mata kedua pada 19 April lalu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berazam untuk menurunkan lagi 10 kilogram (kg) berat badannya untuk mencapai berat badan ideal.

Ujar Siti, ketika mengandung anak keduanya, Muhammad Afwa, berat badannya mencecah sehingga 92kg. Namun dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20kg selepas bersalin.

“Ketika hamilkan Muhammad Afwa, berat badan saya mencecah sehingga 92kg. Alhamdulillah, saya kemudiannya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20kg selepas itu.

“Kini saya mensasarkan untuk turunkan lagi 10kg berat badan untuk mencapai berat ideal iaitu 60kg,”

– Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza

Ujar pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu lagi, dia mengakui berat badannya sukar untuk turun berbanding wanita lain selepas selesai berpantang.

“Sesetengah wanita senang sahaja untuk menurunkan berat badan selepas bersalin. Tapi tidak bagi saya kerana agak sukar untuk turunkan berat badan,” jelasnya.

– Siti Nurhaliza

Dalam pada itu, isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K berkata, sejak menimang cahaya mata kedua, dia kini lebih tertumpu dengan Afwa.

“Sebelum ini memang saya manjakan dan lebihkan tumpuan pada Aafiyah. Tapi sekarang saya fokus dan lebihkan kepada dengan Afwa pula.

“Alhamdulillah Aafiyah okay sahaja dan dia pun sangat sayangkan adiknya. Setiap pagi selepas bangun dia akan mencari adiknya untuk dicium. Saya sangat bersyukur dengan kehadiran dua cahaya ini  melengkapkan lagi kehidupan keluarga saya,”

– Siti Nurhaliza

Untuk rekod, Siti mendirikan rumah tangga dengan Datuk K pada 2006. Pasangan itu dikurniakan puteri sulung, Siti Aafiyah juga hasil proses IVF selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga. Siti sebelum ini pernah keguguran pada November 2015.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fakta & Sinopsis Tentang Drama CIK AYU MEE SANGGUL Lakonan Amelia Henderson & Aqasha

LG’s 2021 Life’s Good Campaign Kicks Off in Malaysia with Syada Amzah