in , , ,

Dany Seth Bergabung dengan Nadeera Zaini dalam Lagu DUKA

Lagu DUKA merupakan single pertama Dany Seth di bawah naungan Map Music. Dany Seth atau nama seberna beliau Muhammad Danial bin Wazilah adalah seorang ‘Rapper’ dari Malaysia.

Lagu DUKA adalah ciptaan hasil Syko G & Jack Jafni (Positive Recordings) , manakala lirik oleh Dany Seth, Syko G & Jack Jafni. Lagu ini menceritakan tentang kekecewaan dalam kehidupan yang sering dilanda dugaan tanpa henti. Namun, atas kesabaran yang tinggi, beliau cuba melawan dengan kata-kata positif. Segala perit yang dihadapi harus ditempuh dan kekuatan adalah datang dari diri sendiri dan terus berdoa untuk kebaikan demi meneruskan kehidupan.

Dany Seth Bergabung Dengan Nadeera Zaini Dalam Lagu Duka

Lirik lagu ini pastinya menarik perhatian dan memukau para pendengar di luar sana. “Duka” boleh didapati di semua platform digital muzik dan streaming. Diharapkan lagu ini mendapat tempat di hati peminat dan sokongan daripada pihak media. Terus menyokong Dany Seth untuk terus mewarnai industri muzik.

LIRIK LAGU DUKA (Dany Seth) feat NADEERA ZAINI 3’35 

Lagu: Syko G & Jack Jafni / Lirik: Danny Seth, Syko G & Jack Jafni 

(OP Positive Recording SP Media Asia Production Sdn Bhd)

VERSE 1

Tidak Dapat Ku Leraikan Air Mata Dipipi.

Tangisan Yang Menghantui Seringkali Termimpi. 

Garisan Luka Terpampar Hingga Paksa Menyepi.

Setimpal Duka Terdampar Hingga Tiada Bertepi.

Tapi Janji Dalam Kata, Engkau Telah Ingkari.

Hanya Dalam Sekelip Mata Kisah Ini Diakhiri.

Jalanan Masih Lurus, Mencari Diri.

Murung Dan Berkurung Terus Aku Tekad

Menyendiri.

Langkah Kiri Menjerat Seakan Diperhati.

Mentaliti Di Salah Erti Giat Meneliti.

Tapi Apa Sudah Pasti, Manusia Menyakiti.

Trasa Patah Hati Sakit Bila Telah Dikhianati.

Setiap Apa Yang Berlaku Pasti Akan Ada Kebaikan.

Walau Hati Gusar Hangat Dengan Apa Di Bencikan.

Setiap Permulaan Yang Pasti, Akan Ada Pengakhiran.

Walau Ditimpa Tubi Tubi, Dugaan Dan Cabaran.

VERSE 2

Keluhan Nasib Yang Disaksi Jadi Sumber Inspirasi.

Dua Jiwa Satu Paksi Mungkin Tidak Akan Serasi.

Penglihatan Telah Dikaburi, Gelapnya Halusinasi.

Zahirku Terperangkap Bergari Dalam Imiginasi.

Situasi! Memutuskan Kita Untuk Berlalu Pergi.

Bayangan Gelap Datang Dari Bentuk Tiga  Segi.

Guruh Awan Hitam Cuba Untuk Aku Perangi.

Redah Hujan Ribut Hingga Muncul Sang Pelangi.

Rimpuh Rasa Tubuh Hadap Permainan Dunia.

Rapuh Dalam Teguh Dengan Apa Yang Dikurnia.

Derita Yang Ku Gubah Menghasilkan Jalan Cerita.

Dan Engkaulah Penyebab Lagu, Lagu Ini Tercipta.

VERSE 3

Ego Ke Puncak Langit Dahagakan Kemegahan.

Tanpa Rasa Sedar Masih Berpijak Di Bumi Tuhan.

Jiwa Raga, Jadikan Penyerahan. 

Akal Minda Mati Kutu Kerna Inginkan Pencerahan.

Hasrat Di Salah Erti Lalu Diam Tanpa Kata.

Berbeza Pandangan Hati Atau Pandangan Mata.

Berdoa Dalam Sujud Hanya Satu Yang Ku Pinta.

Terhapus Segala Harapan Tiada Lagi Duka Cita.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ismail Izzani Black | 15

Lima Selebriti Bergabung Jayakan Lagu Patriotik Berjudul WARNA MERDEKA

Aman Ra | 16

Aman RA Kembali Dengan Single & Muzik Video Bertajuk SEMANGAT IMPIAN