in , ,

LoveLove CuteCute OMG!OMG!

Lima Selebriti Bergabung Jayakan Lagu Patriotik Berjudul WARNA MERDEKA

Pada 21 Ogos 2020, World Peace Entertainment akan melancarkan sebuah lagu baru yang bertajuk WARNA MERDEKA yang menampilkan Ismail Izzani, Naim Daniel, Daniesh Suffian, Sean Lee dan Kidd Santhe.

Lagu ‘Warna Merdeka’ merupakan hasil ciptaan Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh. Lagu patriotik bergenre pop ini adalah kolaborasi ke-2 artis-artis naungan World Peace Entertainment bersama Sean Lee dan Kidd Santhe selepas lagu hari raya mereka yang bertajuk ‘Harmoni Aidilfitri’.

Lima Selebriti Bergabung Jayakan Lagu Patriotik Berjudul WARNA MERDEKA
Lima Selebriti Bergabung Jayakan Lagu Patriotik Berjudul WARNA MERDEKA

Bagi lagu ‘Warna Merdeka’ ini, World Peace Entertainment akan menampilkan sebuah muzik video yang bertemakan penghargaan dan sokongan berterusan terhadap petugas barisan hadapan yang bekerja keras mengekang penularan wabak koronavirus (COVID-19).

Penceritaan muzik video ini diinspirasikan dari lukisan mural khas untuk petugas barisan hadapan yang menjadi viral akibat vandalisma. World Peace Entertainment berjaya menghasilkan satu lagi mural yang bertemakan penghormatan yang sama dari hasil kolaborasi bersama Medeaprojekt.

Istimewa untuk peminat-peminat Ismail Izzani, Naim Daniel, Daniesh Suffian, Sean Lee dan Kidd Santhe, lagu ‘Warna Merdeka’ terbitan World Peace Entertainment ini boleh didapati dan dimuat turun di semua streaming platform, seperti Spotify, Apple Music, Youtube, JOOX dan lain-lain.

Lima Selebriti Bergabung Jayakan Lagu Patriotik Berjudul WARNA MERDEKA
Lima Selebriti Bergabung Jayakan Lagu Patriotik Berjudul WARNA MERDEKA
Lima Selebriti Bergabung Jayakan Lagu Patriotik Berjudul WARNA MERDEKA
Lima Selebriti Bergabung Jayakan Lagu Patriotik Berjudul WARNA MERDEKA
Lima Selebriti Bergabung Jayakan Lagu Patriotik Berjudul WARNA MERDEKA
Lima Selebriti Bergabung Jayakan Lagu Patriotik Berjudul WARNA MERDEKA
Lima Selebriti Bergabung Jayakan Lagu Patriotik Berjudul WARNA MERDEKA
Lima Selebriti Bergabung Jayakan Lagu Patriotik Berjudul WARNA MERDEKA

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Hiasan

Tular Video AYAH MASAK KETUM, Ini reaksi Presiden Kesatuan Guru

Dany Seth Bergabung dengan Nadeera Zaini dalam Lagu DUKA