in ,

Danial Lawak Solo Kini Bergelar Penyampai ERA fm

Bermula 2 Februari lalu, juara sebuah program realiti komedi, Lawak Solo iaitu Danial, secara rasminya memulakan pekhidmatannya sebagai penyampai radio ERA fm dan mengendalikan segmen #ERASolo setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 10 pagi hingga 1 tengahari.

Program realiti komedi Lawak Solo yang pernah disertai Danial merupakan sebuah program yang ingin mencari pelapis bagi memeriahkan lagi dunia komedi solo atau pun stand-up comedy yang sememangnya mendapat perhatian para peminat komedi di Malaysia.

Danial Lawak Solo

Danial (Lawak Solo) Kini Bergelar Penyampai ERA fm, Kendali Segmen #ERASolo

Danial, berasal dari Bayan Baru Pulau Pinang berumur 24 tahun mempunyai minat yang mendalam bidang seni. Beliau pernah menyertai beberapa ujibakat program- program realiti yang dikendalikan oleh Astro. Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan seorang pengarah muzik video.

Pastinya ramai yang tidak sabar menantikan celoteh Danial mengendalikan segmen baharunya di ERA fm! Dengarkan setiap Isnin hingga Jumaat, 10 pagi hingga 1 tengahari bersama Danial di segmen #ERASolo. Ikuti segala cerita-cerita menarik mengenai penyampai ERA fm, kandungan terkini ERA fm dan macam macam lagi di laman sosial ERA fm (Facebook, Instagram dan Twitter). Anda juga boleh layari www.era.fm untuk kandungan terkini yang disajikan oleh ERA fm.

Danial Lawak Solo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Luahan Jiwa Aweera Dalam Single Terbaru WANITA CINTA TERAGUNG

Celcom Welcomes The Year Of The Rooster