in , ,

Da’i Syed & Pengacara TV Hana Ismail Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat

Semalam hangat diperkatakan mengenai pendakwah bebas, Da’i Syed selamat mengikat bertunang dengan pengacara TV Al-Hijrah, Hana Ismail.

Memetik Harian Metro, Syed berkata majlis pertunangannya dengan Hana berlangsung pada 23 Oktober lalu di kediaman keluarga Hana di Johor Bahru, namun baru dikongsikan Umie Aida di Instagram semalam.

Berkongsi mengenai kisah perkenalannya dengan Hana, mereka bertemu dalam satu majlis ilmu. Meskipun tidak pernah berbual namun hatinya sudah terpaut pada Hana.

Da’i Syed & Pengacara TV Hana Ismail Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat

“Perkenalan kami sangat singkat iaitu lebih kurang dua minggu saja. Kami bertemu dalam sebuah majlis ilmu. Sepanjang terbabit dalam majlis ilmu itu kami tidak pernah berbual cuma selalu terserempak tapi entah bagaimana saya mula jatuh cinta dan beritahu kepada kak Umie dan bertanya adakah dia sudah dimiliki

“Kak Umie beritahu dia masih solo. Jadi, saya pun beritahu kepada ibu saya mengenai perkara ini dan Alhamdulillah ibu merestui untuk saya mendekatinya.

“Ketika sesi taaruf (berkenalan) dengan Hana yang berlangsung selama sejam, kami mula berkenalan. Kemudian Hana meminta tempoh tujuh hari untuk dia membuat keputusan dan selepas itu barulah dia mengajak keluarga saya bertemu keluarganya,” katanya.

Dalam pada itu, Syed berkata dia bakal melangsungkan pernikahan dengan Hana dalam masa terdekat namun belum bersedia untuk berkongsi tarikh rasmi majlis mereka.

“Buat masa ini saya terpaksa rahsiakan dulu. Namun, saya akan maklumkan kepada semua nanti.

“Salah satu sebab saya izinkan kak Umie (Datin Seri Umie Aida) untuk berkongsi berita pertunangan saya dan Hana kerana tarikh pernikahan kami sudah semakin hampir,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Seniman Serba Boleh Imuda Beraksi dalam Drama THE PAK MAT CLAN TV3

tony fernandes airasia-2020

AirAsia X Sambung Semula Laluan Terus dari Kuala Lumpur ke Busan