in , ,

Dah Siap Buat Aqiqah, Emma Maembong ‘Kunci Mulut’ Bersalin Bayi Lelaki?

Pelakon Emma Maembong dilaporkan sudah pun bersalin anak pertamanya baru-baru ini.

Menerusi maklumat dari Harian Metro, Emma dan suami Muhammad Shazli Azhar menimang cahaya mata lelaki dan sudah pun membuat majlis aqiqah serta doa selamat.

Emma Maembong Umum Kehamilan Siar Gambar Ketika Berbulan Madu

Tak Ada Sebarang Pengesahan Di Media Sosial

Walau bagaimanapun, tiada sebarang pengumuman dilakukan dan hanya hantaran majlis mengumumkan jantina anak mereka dimuat naik di Instagram.

Di media sosial adik-beradiknya juga dilihat tidak memuat naik sebarang tanda bahawa Emma sudah pun bersalin. Namun begitu, pelakon tersebut sempat berkongsi majlis mengumumkan jantina anak di akaun YouTubenya.

Emma dan pasangan telah bernikah pada 20 Februari 2020 dan mengumumkan dirinya hamil ketika usia kandungan memasuki 4 bulan iaitu semasa mereka sedang bercuti di Langkawi tempoh hari.

Apapun, tahniah diucapkan buat Emma Maembong dan suami kerana dikurniakan zuriat sulung.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tengku Zafrul | 23

Berita Baik! Yang Terjejas COVID-19, Boleh Keluar Pendahuluan KWSP Hingga RM60,000

Azwan Ali | 24

Cuma 2 Minggu Bersiaran, Azwan Ali Ucap Selamat Tinggal Buat LAGU CINTA KITA 2