in , ,

Dah Ada Single Baharu Berjudul IRAMA, Shiha Zikir Kini Mahu Fokus dalam Bidang Nyanyian

Setelah hampir setahun fokus kepada bidang lakonan, Shiha Zikir kini kembali melancarkan lagu terbaharunya yang bertajuk IRAMA. Korang dah dengar ke belum.

Nama penyanyi tanah air Shiha Zikir, kini sudah mula dikenali di persada antarabangsa terutamanya di Los Angeles apabila baru-baru ini beliau berjaya memenangi anugerah Intercontinental Music Awards (ICMA) dalam kategori Pop Asia. Anugerah itu sekaligus membuktikan bahawa anak Malaysia juga mampu bersaing setaraf dengan penyanyi antarabangsa lain. 

Situasi pandemik Covid-19 bukan penghalang buat Shiha Zikir untuk terus aktif dalam industri muzik yang diminatinya. Terkini, Shiha Zikir telah bersedia untuk melancarkan lagu terbaharunya yang bertajuk ‘IRAMA‘  setelah hampir setahun fokus kepada bidang lakonan. 

Lagu ‘IRAMA‘ ini merupakan hasil kolaborasi di antara dua label music iaitu Todak Music & Alternate. Lagu berentak catchy dan up to date ini merupakan sentuhan Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves. 

Dah Ada Single Baharu Berjudul IRAMA, Shiha Zikir Kini Mahu Fokus dalam Bidang Nyanyian

Diinspirasikan oleh Pop Korea, rentak ini menjadi trend dan senang untuk didengar. Lagu ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang sangat menyukai seorang lelaki yang baru sahaja dikenalinya. 

“Setelah berkecimpung hampir 10 tahun di dalam industri hiburan, banyak yang Shiha pelajari secara tidak langsung mengasah bakat Shiha untuk lebih menyerlah.

Antara yang Shiha sedang fokuskan ialah belajar untuk menjadi lebih mahir menyampaikan lagu dalam pelbagai genre.

Shiha berharap dengan usaha ini dapat mengembangkan lagi bakat saya ke negara jiran seperti Korea, Thailand dan lain-lain lagi. IRAMA menjadi taruhan untuk Shiha walaupun masih dalam Bahasa Malaysia namun muziknya tidak seperti lagu-lagu biasa yang Shiha nyanyikan.

Diharapkan semua peminat dapat menerima buah tangan terbaru dari Shiha ini.” 

– Shiha Zikir

Lagu IRAMA edaran Alternate Records & Talents dan Todak Music akan dilancarkan di semua pelantar digital bermula pukul 12:00 pagi pada 20 Ogos 2021 ini. 

Lirik Lagu IRAMA

Composer: Iqie hugh (World Peace Entertainment) , Firdaus Rahmat (World Peace Entertainment) & John Jeeves (Faithful Music)

Lyricst: Iqie hugh (World Peace Entertainment) , Firdaus Rahmat (World Peace Entertainment) & John Jeeves (Faithful Music)

Verse:

Seminggu sudah pun berlalu

Sesaat pun tak jemu dengan mu

Bertahun pun akan ku tunggu

Tuk’ menyelam, ke dalam alam malam mu 

Pre-Chorus:

Kamu asyik mengada-ngada

Memujuk ku

Jika kau perlu

Dekati lah hati ku 

Cairkan yang terbeku

Chorus:

Pa pa pa ra ra 

Rentak lagu di gendang

Irama berdendang 

Pa pa pa ra ra

Rasa makin di sayang

Di belaian manja

Pa pa pa ra

Cinta ini ,sehalusnya sutera 

Malam ini , terpaku ku ku ku ku di hatinya 

Rentak lagu di gendang

Irama berdendang 

Pa pa pa ra ra 

Verse 2:

Sekilas pandangan di mata

Sejelas rasa indah berganda

Sebelas kali ku tertanya

Adakah kau, memukau atau bergurau

Bridge: 

Petik – petik buah ciku

Siapa usik baik kau mengaku 

Detik – detik oh di laman rindu

Sudikah kau melamar hati ku? 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kelesuan Pandemik Dalam Masyarakat Kian Kritikal

Filem Box Office di China, ON YOUR MARK Bakal Ditayangkan di Astro First Mulai 26 Ogos Ini