Dagu Zoey Memang Dagu Asli

Pada 24 Disember 2008 lalu, masa singgah di majlis pelancaran Sensasi Astro MEGADRAMA 2009, Budiey berkesempatan borak-borak dengan pelakon, model iklan dan juga pengacara, Zoey.

Zoey baru sahaja habis pengambaran drama YUSOF arahan Usop Hitler dan akan mengendalikan satu program game show kanak-kanak di Astro Ceria. Hehe, jangan tak tahu, Zoey ni kan duta untuk saluran Astro Ceria. Ada hadiah menanti kanak-kanak yang menyertai. Wow, kata Zoey, program Gerak Geri Gasing kini sedang ditayangkan di Indonesia.

Dalam drama Yusof, Zoey membawa watak adik bongsu kepada Yusof bernama Benjami.

Berusia 23 tahun, Zoey telah menyambut kelahirannya pada 3 Januari yang lalu. Selamat hari jadi, Zoey dari kami di Sensasi Selebriti. Di bawah pengurusnya SAM, Zoey kini sibuk dengan pengambaran iklan. Terbaru Zoey akan muncul dalam iklan Maggi. Jadi hos untuk program family day yang dianjurkan oleh Petronas di Terengganu dan ada buat program untuk Dutch Lady.

Komen sikit, ada kata you buat dagu, betul ke?
“Saya.. ntahlah mungkin… setiap manusia akan mengalami perubahan pada muka… dari muka tak matured akan jadi lebih matured… dari dewasa akan menjadi tua… so… mungkin dulu saya kurus sikit… sekarang dah jadi tak berisi, kurus sikit. Masa saya umur 23 tahun, seluar dah longgar. Beza macam dulu. Masa tingkatan 5, berat saya hampir 60 kg. Sekarang turun 55 kg. Saya tak control makan sangat. Mungkin sebab terlalu sibuk. Kerja pergi sana sini, buat IT dan buat bisnes jual tudung di internet…”

Duta Astro Ceria

Imej matured Zoey

Dah lali dengan gosip

Budak Terengganu

Di Pelancaran Astro MegaDrama

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. huhuhu artis wanita kat malaysia semua makan hati dengan kejelitaan zoey yang berdagu original…

    aku rasa dia kena kecik kan dagu tu lah, nampak macam something wrong huhuhu

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sneak Preview Filem Maut Scene Neraka

Trivia: Belakang Siapa Ini?