in , ,

Drama RINDU YANG TERINDAH Popularkan Lagu CUKUP Nyanyian Rizal Rasid

Tidak ramai yang menyangka sebuah lagu baru dapat dipilih menjadi runut bunyi slot drama popular stesen TV swasta TV3.

Namun itulah yang terjadi kepada Rizal Rasid, penyanyi baru berasal dari Brunei yang kini menetap di Malaysia. Mempunyai minat terhadap nyanyian sejak kecil, Rizal yang kini berumur 25 tahun telah berjaya merakamkan sebuah lagunya sendiri yang berjudul ‘CUKUP’.

‘CUKUP’ adalah ciptaan penyanyi daripada Brunei iaitu Isyraf Yusri. Menurut Rizal, single ini amat bermakna baginya kerana ia ada kena-mengena dengan kehidupan peribadi Rizal sendiri. Single yang dirakam di Brunei ini mengisahkan perjalanan cinta yang terjalin bertahun lamanya namun berakhir kala ditinggalkan kekasihnya yang telah hilang perasaan cinta terhadapnya.

Cukup - Rizal Rasid

“Single ini amat memberikan kesan kepada kehidupan saya kerana ia adalah kejadian yang menimpa saya pada masa lalu,”

– rizal rasid

Rizal mengimpikan untuk berkolaborasi bersama Ismail Izani. Rizal juga menambah bahawa beliau amat bersyukur kerana single ini diterima di Malaysia bahkan sudah menjadi runut bunyi untuk drama yang sedang dimainkan di slot Samarinda TV3 iaitu Rindu Yang Terindah.

Video muzik rasmi ‘CUKUP’ juga telah mendapat 376 ribu tontonan sejak dilancarkan pada 1 Februari 2020 yang lepas. Single ‘CUKUP’ ini merupakan nyanyian dan terbitan Rizal Rasid manakala edarannya dilakukan oleh Warner Music Malaysia. 

RIZAL RASID

‘CUKUP’ boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 2 FEBRUARI 2020 yang lepas.

Anda boleh dengarkan ‘CUKUP’ di pautan ini https://wmm.lnk.to/Cukup

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza & Fattah Amin Join Malaysia’s TikTok #StayAtHome Live! Specials

Kisah Tular Datuk Dr Noor Hisham & Lara Khadijah Berbalas Surat Cukup ‘Manis’