in

COVID-19 Ragut Satu Lagi Nyawa, Angka Keseluruhan Kini 11 Kematian

PENULARAN kes jangkitan Covid-19 di Malaysia mengorbankan seorang lagi mangsa menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini adalah 11 orang.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes berkenaan dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC).

Mengulas lanjut, katanya, kes kematian ke-11 itu adalah kes positif ke-1,070 iaitu membabitkan warganegara Malaysia berusia 70 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik.

“Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu lagi pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 yang telah dilaporkan kepada CPRC.

“Beliau (arwah) mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada Februari 2020. KKM juga dimaklumkan bahawa beliau adalah pengerusi surau kawasan setempat beliau.

“Beliau mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 18 Mac 2020.

“Beliau disahkan positif Covid-19 pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Kesihatannya merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia 22 Mac 2020 jam 9.05 malam. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit,” katanya di Facebook (FB).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

COVID 19: Mark Adam Ucap Terima Kasih & Penghargaan Buat Team Frontliner Yang Berkorban Nyawa

COVID-19: Aishah Catu Makanan Elak Pembaziran Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan