in , ,

COVID-19: Aishah Catu Makanan Elak Pembaziran Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Penyanyi Janji Manismu, Aishah kini mengambil keputusan untuk mencatu makanan keluarganya selepas angka kematian akibat wabak Covid-19 semakin meningkat.

Menurut kenyataan Aishah yang dipetik dari Harian Metro, tindakan mencatu makanan perlu dibuat bagi mengelakkan ketua keluarga kerap keluar membeli barang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu. Pada masa kini, semuanya mahu berjimat. Berjimat selagi boleh, sehingga makan pun perlu catu. Tapi kita kena ingat jugak, jangan pulak sebab kita mencatu makanan, kesihatan pulak terganggu, betul tak?

“INI bukan masa nak suka-suka masak macam nak raya,”

“Hari ini, saya ambil keputusan untuk mencatu stok makanan di dalam rumah kami. Kenapa saya kata begitu? Kalau kita, ibu asyik masak macam-macam, sudah tentu barang keperluan kita cepat habis.

“Maka ketua keluarga terpaksa keluar untuk membeli barang makanan. Ini bermakna kita meletakkan suami, anak atau ketua keluarga kita dalam risiko jangkitan Covid-19.

“Anggaplah bila kita minta ketua keluarga pergi membeli barang keperluan kita menghantar mereka ke medan ‘perang’. Sanggup kita senang-senang minta mereka keluar sebab nak makan sedap-sedap,”

– Aishah
View this post on Instagram

Day #5 – Reality kicks in,dgn.semakin byk.kematian mangsa Covid19.Am terrified😟😟😟Ngeri…😔😔😔😔 Hari ini,I ambil keputusan utk.mencatu stock makanan di dalam rumah kami.Ini bukanlah masa nak suka2 masak mcm nak raya pulak.Kenapa I kata begitu???Kalau kita,ibu2 asyik masak macam2,sudah tentu brg.keperluan kita cepat habis.Maka ketua2 keluarga terpaksa keluar utk membeli barang makanan.Ini bermakna kita meletakkan suami/anak/ketua keluarga kita dlm risiko jangkitan Covid19.Anggaplah bila kita minta ketua keluarga pergi membeli barang keperluan kita menghantar mereka ke medan 'perang'.Sanggup ke kita senang2 je mintak mereka keluar pasal kita nak makan sedap2.Jadi hari ni kami panaskan 'rezeki ' semlm,juga nasi goreng dgn nasi lebih semalam.Ikan bilis goreng dan serunding memang sentiasa standby sejak kebelakangan ni.Ikan pun ikan goreng kelmarin.Yg.ramai anak2 di rumah tu,mungkin boleh 'catu' makanan setiap hari,mungkin kita kumpulkan makanan yg boleh di makan utk hari ni saja,umumkan pada ahli keluarga boleh makan byk itu sj utk hari ni,secara automatic kita akan berpada2 bila makan tu,bukannya makan like there is no tomorrow ok🤭🤭Begitu juga,esok dan lusa.Yg.pandai memasak mungkin boleh share resipi2 makanan yg.menggunakan bahan paling kurang.Kalau kita amalkan ini,kurang keraplah org tersayang kita terpaksa keluar buat masa ini.Juga,ianya boleh menimbulkan rasa 'empathy' kepada kawan2 kita yg kurang kemampuan.I percaya ramai yg kreatif,jom kita 'create' resipi murah dan mudah utk family kita.Stay safe,stay healthy,STAY HOME guys😍😍😍 #sampaikanygbaik2 #AishahjmmC19thoughts

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on

Menerusi perkongsian sama di Instagram, Aishah berkata, langkah memanaskan semula makanan adalah cara terbaik untuk mengelakkan diri kerap memasak menu baharu.

“Jadi hari ini kami panaskan ‘rezeki’ semalam, juga nasi goreng dengan nasi lebih semalam.

“Ikan bilis goreng dan serunding memang sentiasa ‘stand by’ sejak kebelakangan ini. Ikan pun ikan goreng kelmarin.

“Yang ramai anak di rumah, mungkin boleh catu makanan setiap hari. Mungkin kita kumpulkan makanan yang boleh dimakan untuk hari ini saja.

“Umumkan pada ahli keluarga boleh makan banyak itu saja untuk hari ini. Secara tidak langsung kita akan berpada-pada apabila makan itu, bukannya makan seperti tiada hari esok,”

– Aishah

Satu tindakan yang baik dan boleh diamalkan oleh seluruh warga Malaysia yang sekarang ini bersuka ria apabila kerajaan membenarkan untuk mengeluarkan wang RM500 dari akaun ke-2 KWSP.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

COVID-19 Ragut Satu Lagi Nyawa, Angka Keseluruhan Kini 11 Kematian

Senarai Filem Tempatan Blokbuster di Astro Ria Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan!