in , ,

COVID-19: Pereka Fesyen Rizman Ruzaini Bekal PPE kepada PPUM

Pereka fesyen Rizman Ruzaini komited membekalkan pakaian perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan petugas barisan hadapan di Pusat Perubatan Unversiti Malaya (PPUM) sehingga wabak COVID-19 lumpuh.

Rizman Nordin memberitahu, syarikatnya bekerjasama dengan PPUM menyediakan pakaian, tudung dan sarung kaki kepada jururawat dan petugas barisan hadapan.

“Jenama kami dikenali kerana sokongan banyak pihak. Tibalah masanya untuk kami memberi semula kepada pihak yang memerlukan,”

– Rizman Ruzaini

Rizman yang sering menjadi pilihan Nur Fazura dalam menata gaya memberitahu, projek itu menggunakan tenaga kerja yang ramai.

Namun, dia bersyukur banyak pihak sudi tampil membantu tanpa mengira wang ringgit.

“Dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami perlu membenarkan kakitangan berkurung di rumah. Ini mengakibatkan kami kekurangan tenaga kerja.

“Bagaimanapun, selepas mengumumkan kami mahu mencari mereka yang boleh membantu di Instagram, sambutan diterima sangat menggalakkan.

“Lebih menyentuh hati, mereka sanggup bekerja secara percuma,”

– Rizman Ruzaini

Dalam perkembangan berkaitan, label terbabit mengadakan jualan amal kemeja-T leher bulat bagi membantu golongan kurang berkemampuan, baru-baru ini.

“Alhamdulillah, semua baju habis terjual. Kami berjaya membantu 109 keluarga kurang berkemampuan.

“Insya-Allah, projek ini akan diteruskan dari masa ke semasa,”

– Rizman Ruzaini
Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zara Zya Hiasan | 17

Maxis Sebar Mesej Positif Dengan Kempen #KitaSapotKita

Neelofa 2020 | 18

Kempen S.O.S (Save Our Shops), Rakan Penghantar Diperlukan