in ,

COVID-19: Pemain Keyboard Band Bon Jovi David Bryan Disahkan Positif

Anggota kumpulan rock popular, Bon Jovi iaitu David Bryan disahkan positif COVID-19.

Bryan yang juga pemain keyboard band yang popular dengan lagu It’s My Life, mengumumkan perkara itu di media sosial. Pemuzik ini yang juga anggota asal Bon Jovi memberitahu, kesihatannya merosot dan dikuarantin sejak minggu lalu.

COVID-19: Pemain Keyboard Band Bon Jovi David Bryan Disahkan Positif

“Saya mendapat keputusan hari ini dan ujian didapati positif. Saya tidak sihat selama seminggu, bagaimanapun kesihatan saya beransur baik setiap hari.

“Tolong jangan takut. Saya dikuarantin selama tujuh hari dan sambung seminggu lagi. Apabila sihat, saya akan jalani ujian sekali lagi untuk memastikan saya bebas daripada virus jahat ini.

“Tolonglah antara satu sama lain. Ini semua akan berakhir tidak lama lagi, jika ada kerjasama antara setiap rakyat Amerika Syarikat (AS),”

– David Bryan

Bryan juga memberitahu, vokalis kumpulan berkenaan, Jon, menyokongnya, lapor agensi.

“Pada masa yang sukar ini, saya bersama anda semua dengan sepenuh hati dan jiwa. Marilah menyanyi… Kita hadapi perkara ini bersama-sama,”

– David Bryan

Sepanjang empat dekad bersama Bon Jovi, Bryan mencipta legasi sendiri malah pernah memenangi empat anugerah termasuk Muzikal Terbaik melalui projek muzikal, Memphis pada Anugerah Tony Ke-64.

Dilaporkan, produksi terbaru terbitan Bryan, Diana : A True Musical Story berkisar kehidupan mendiang Puteri Diana yang sepatutnya dipentaskan di Broadway pada 31 Mac in, ditunda sehingga 12 April depan. – AGENSI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alha Alfa Umum Sudah Bercerai dengan Noor Azlin di Instagram

COVID 19: Mark Adam Ucap Terima Kasih & Penghargaan Buat Team Frontliner Yang Berkorban Nyawa