in , ,

Alha Alfa Umum Sudah Bercerai dengan Noor Azlin di Instagram

Jurusolek dan usahawan kosmetik ternama, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau nama komersialnya, Alha Alfa, 32 tahun, telah mengumumkan bahawa beliau sudah bercerai dengan isterinya, Noor Azlin Ismail, 24 tahun.

Berita ini diumumkan oleh Datuk Alha Alfa di Instagram dan Facebook rasmi miliknya pada petang tadi. Sebelum ini, gosip tentang Alha Alfa dah berpisah telah didedahkan oleh penulis ruangan hiburan, Cik Pang menerusi laporan Harian Metro pada hari ini.

Alha Alfa Umum Sudah Bercerai dengan Noor Azlin di Instagram

Selepas hampir enam bulan hidup bersama, usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa mengesahkan sudah menceraikan isteri, Datin Noor Azlin Ismail. Membuat pengakuan di Facebook (FB) dan Instagram (IG), Alha atau nama penuh, Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil menjelaskan, beliau melepaskan Azlin sebagai langkah terbaik menangani kemelut rumah tangga mereka.

Beliau juga sudah meminta izin bekas isterinya untuk memuat naik entri berkenaan. Bagaimanapun, pada entri itu, Alha tidak menyatakan tarikh perceraian mereka.

Alha, 32, menikahi Azlin di Taiping, Perak pada 28 September lalu. Alha berkata, beliau dan bekas isteri sepakat menamatkan perkahwinan secara damai dan berharap tiada pihak yang akan mengeruhkan keadaan.

Alha berkata, bekas isteri mungkin boleh menerima pekerjaan, kehidupan dan pangkat beliau (Alha) sebelum berkahwin.

Alha mendakwa, kehidupannya bersama Azlin normal dan mereka hampir pasti menjadi ibu bapa tetapi bekas isteri mengalami keguguran.

Berkongsi foto menampakkan kesan calar pada dada dalam entri itu, Alha mendakwa, dia bergelut dengan Azlin bagi menghalang bekas isteri mencederakan dirinya.

Beliau juga pernah berniat untuk berbulan madu di Makkah bersama Azlin tidak kesampaian berikutan penularan COVID-19.

Tambah Alha, beliau tidak boleh meninggalkan bidang solekan yang sudah menjadi mata pencarian hidupnya.

“Saya cuba sembunyikan perkara ini, hari ini, ada hamba Allah yang menulis dan menyebarkan berita ini.

“Mungkin juga ini salah satu jalan Allah ingin membuka ruang dan jalan untuk kami. Saya seboleh-bolehnya ingin berdiam diri dan tak nak membesarkan hal ini supaya aib kami terjaga.

“Tapi mungkin juga ini ujian berat dalam hidup saya,”

“Saya amat berterima kasih kepada bekas isteri yang membahagiakan saya selama setengah tahun bersama.

“Mungkin beliau masih muda dan impikan hidup bersama, sedangkan pekerjaan ini dan masa saya sangat terhad. Saya berkahwin ketika perniagaan sedang naik. Banyak masa dan keringat saya kumpul keselesaan pada masa tua nanti bersamanya, terhenti di sini.

“Mungkin terlalu banyak penggambaran, kerja luar dan lain-lain lagi membuatkan beliau (Azlin) tidak boleh terima kerjaya saya.

“Benda ini akan menjadi perselisihan faham apabila saya hendak pergi kerja. Saya risau nak keluar rumah untuk bekerja… Saya hampir hilang diri saya,”

“Tetapi apabila hidup bersama, akan sentiasa rasa cemburu dan tidak puas hati. Sumpah, saya faham dan cuba meletakkan diri dalam keadaan beliau.

“Sapa saya untuk memaksa beliau memahami saya,”

“Hari itu, saya dah hendak menjadi ayah tetapi keguguran… Mungkin belum ada rezeki.

“Tetapi apa yang pertahankan ini tidak panjang, saya tak nak beliau kemurungan dan ‘stress’ berpanjangan, ugut hendak mencederakan diri dan lain-lain,”

“Saya tak boleh dan ‘kalah’ dalam bab ini sebab saya tidak dibesarkan dalam situasi macam ini. Mungkin gurauan bagi beliau tetapi ini sangat menakutkan saya.

“Jadi, saya lepaskan beliau sebaiknya,”

“Syarikat saya, kakitangan… Kalau saya kalah, semuanya habis. Tidak mengapalah isteriku, semoga beliau berjumpa pasangan yang betul-betul memahami kehendaknya,”

“Maafkan saya kerana gagal mengemudi bahtera ini ke syurga,”

– IG Alha Alfa

“Serba salah Cik Pang nak mulakan cerita sensasi ini, jujur Cik Pang terkejut ketika menerima berita ini daripada seorang teman. 

“Apa tidaknya, pasangan ini baru saja mendirikan rumah tangga tahun lalu namun tidak sampai enam dikatakan sudah bercerai. 

“Ketika diberitahu seorang rakan, Cik Pang cuba meneka beberapa individu yang dimaksudkan, namun gagal. 

“Sehinggalah kawan Cik Pang beritahu individu itu adalah usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa,”

– Cik Pang
Alha Alfa Umum Sudah Bercerai dengan Noor Azlin di Instagram

Seakan menguatkan spekulasi, Cik Pang berkata, Alha kini dilihat tidak lagi memuat naik foto bersama isterinya di laman Instragram.

“Patutlah sudah lama Cik Pang tak nampak gambar Alha bersama isteri di Instagram miliknya,”

– Cik Pang

Tidak mengetahui sejauh mana kebenaran khabar angin yang dikongsikan, Cik Pang memohon supaya Alha dapat segera tampil memberikan pencerahan bagi mengelakkan status rumah tangganya terus menjadi tanda tanya. 

“Andai betul cerita ini, Cik Pang harap Alha dan Azlin kuat menempuhi dugaan ini namun jika sebaliknya, anggaplah ada pihak yang kurang senang dengan kebahagiaan kalian. 

“Bagaimanapun Cik Pang harap Alha tampil menjelaskan keadaan dan status diri yang sebenar supaya tidak ramai yang berteka-teki,”

– Cik Pang
Alha Alfa Umum Sudah Bercerai dengan Noor Azlin di Instagram

Terdahulu, Alha dan Noor Azlin disatukan sebagai pasangan suami isteri pada majlis akad nikah yang berlangsung pada 28 September 2019.

Sebelum ini, telah viral video kek kaca lapan tingkat bernilai RM5,000 telah tumbang pada majlis resepsi perkahwinan dan Alha Alfa menafikan kejadian tersebut adalah satu gimik.

Sumber: BH Online

What do you think?

63 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

COVID-19: Hans Isaac Jalani Ujian Saringan Selepas Jangkitan Kuman di Paru-Paru

COVID-19: Pemain Keyboard Band Bon Jovi David Bryan Disahkan Positif