in , ,

COVID-19: Black Hanifah Tak Ambil Sewa Rumah Bulan April

Walaupun dikecam teruk, Black Hanifah masih terus ingin membantu golongan yang terkesan ekoran perintah KAWALAN PERGERAKAN ini. Salah satu cara Black membantu ialah dengan tidak mengambil sewa bulan April bagi beberapa penyewa rumah miliknya. Dia mengambil inisiatif ini untuk meringankan beban penyewa-penyewanya.

Black berkata, inisiatif itu bagi membantu mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Berkurung (PKP).

BLACK HANIFAH

“Saya bersuara untuk yang memerlukan, contoh macam beberapa penyewa saya ini, saya tolong dengan cara macam ini. Walaupun tak banyak, saya yakin dapat mengurangkan sedikit bebanan mereka.

“Kenyataan saya tempoh hari pula, saya bersuara untuk penggiat seni. Saya malas nak tulis panjang, nanti anda tak baca pula,”

– Black

Black juga berharap pihak yang salah faham dengan kenyataannya tempoh hari dan ingin memberi bantuan kepadanya tidak perlu berbuat demikian.

Sebaliknya, dia meminta jasa baik mereka yang sudi supaya mengutamakan penggiat seni lain untuk dibantu.

BLACK HANIFAH

“Bagi yang nak hantar beras, susu, masukkan duit dalam bank saya dan cakap saya tak ada duit, itu semua tak perlu.

“Tapi, kalau boleh bagilah untuk penggiat seni yang memerlukan pula. Ini bukan riak, tapi ini jalan terakhir untuk warganet faham,”

– Black

Inisiatif tidak mengambil sewa daripada penyewa rumah miliknya ini hanyalah sebahagaian dari bantuan yang dia mampu berikan.

Dia turut berharap agak netizen tidak mengatakan bahwa dia seorang yang menunjuk-NUNJUK tetapi melihat dari sudut positif di mana dia membantu golongan yang terkesan dari perintah PKP ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini beliau aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sharnaaz Ahmad Mohon Netizen Bertenang, Nasihat Artis Supaya Berjimat Cermat

Ramalan 3 Lagi Gelombang COVID-19, Pakar Saran Lanjutkan PKP Jadi 6 Minggu