in ,

Ramalan 3 Lagi Gelombang COVID-19, Pakar Saran Lanjutkan PKP Jadi 6 Minggu

Hari ini merupakan hari ke-12 sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.

Walaupun arahan tersebut telah dilaksanakan, namun saban hari jumlah jangkitan wabak COVID-19 masih berada di tahap membimbangkan. Menurut pakar ahli epidemiologi, Prof. Datuk Dr Awang Bulgiba berpendapat Malaysia perlu sekurang-kurangnya enam minggu pelaksanaan PKP.

Hal ini bagi memastikan semua pihak bersedia menghadapi tiga lagi gelombang yang melibatkan ribuan peserta perhimpunan tabligh di Sri Petaling, mereka yang mengembara untuk perhimpunan tabligh di Sulawesi, Indonesia serta mereka yang pulang ke kampung halaman semasa tempoh PKP dijalankan.

Ramalan 3 Lagi Gelombang COVID-19, Pakar Saran Lanjutkan PKP Jadi 6 Minggu

Menurutnya, walaupun langkah pencegahan yang dilakukan oleh kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini berjaya mencatatkan penurunan jangkitan baru, namun tempoh PKP masih perlu dilanjutkan bagi memastikan negara benar-benar bebas daripada wabak COVID-19.

Beliau turut berkata tahap kepatuhan rakyat Malaysia yang kurang memuaskan terhadap arahan PKP turut menjadi punca peningkatan jumlah jangkitan baru masih dicatatkan.

Beliau mendakwa peratusan kepatuhan tersebut perlu berada di tahap tinggi bagi memastikan rangkaian penularan virus itu terputus.

Rentetan itu, Prof Awang menyeru kepada orang ramai supaya memandang serius supaya situasi yang berlaku di Itali dan Amerika Syarikat tidak menimpa tanah air.

Sumber: Sinar Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

COVID-19: Black Hanifah Tak Ambil Sewa Rumah Bulan April

Amy Umum Undur Diri dari Kumpulan Search