in

CLEVER GIRL MALAYSIA Cecah 4 Juta Penonton

Program realiti popular TV3, Clever Girl Malaysia telah pun melabuhkan tirainya pada hari Jumaat lepas dengan meraikan kemenangan anak kelahiran negeri Perak, iaitu Sara Amelia Binti Muhammad Bernard (Sara) yang dinobatkan sebagai juara Clever Girl Malaysia musim kedua sekali gus membawa pulang hadiah utama RM100,000 serta trofi.

Disiarkan secara langsung di TV3 pada 13 Oktober yang lepas, pentas akhir Clever Girl Malaysia telah mencecah lebih daripada 4 juta penonton atau 24.5% syer penonton dan 7.8 TVR sepanjang siaran dari pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam (sumber: Nielsen Audience Measurement).

Sara juara CG 2

Kemenangan Sara in juga bermakna dia berjaya mendahului tiga pesaing lain, di mana gelaran naib juara disandang oleh Fadila Zuraida Binti Mohd Nor atau lebih dikenali sebagai Fadila, yang mewakli Negeri Sembilan. Fadila ialah Mahasiswi Pendidikan, dan telah memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM 10,000.

Clever Girl Malaysia musim kedua ini dibawakan khas oleh Sayangku Ratna, keluaran Serai Mas, Jangan Berhenti Memuji selaku penaja utama. Program ini turut menampilkan Nin Jiom, Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak sebagai penaja bersama, dan disokong oleh tonton sebagai Geng Digital, Harian Metro dan New Straits Times sebagai Geng Media dan Hot FM sebagai Geng Radio.

Clever Girl musim kedua ini diterajui oleh Nazatul Fariz Mohd. Aziz sebagai penerbit eksekutif dan Shazreena Mohd. Kassim sebagai penerbit.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan www.abpbh.com.my serta ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter & Instagram @TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Para penonton juga boleh menyaksikan program ini melalui strim secara langsung definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Penobatan Sara sebagai juara

Sara bersama keluarga

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

iPhone 8 & iPhone 8 Plus Kini Dilancarkan di Malaysia

Berhijrah & Mencabar Potensi Diri Dalam TITIK PERUBAHAN