in

Drama Komedi Romantik CINTA LEMON MADU

Semanis madu sepahit hempedu

Drama romantik komedi di tonton
Tayangan di tonton 14 Mac 2018, Rabu, 12.00 tengahari
Durasi 13 episod x 60 minit
Tayangan serentak kesemua episod (tonton First)

Tidak semua perkahwinan tidak bergolak , begitu juga dengan drama romantik komedi terbaru ‘’Cinta Lemon Madu’’ yang bakal ditayangkan lebih awal di tonton. Drama ini adalah hasil karya Hashim Rejab menjanjikan sesuatu yang berlainan bagi pengikut setia slot Lestary.

Drama Komedi Romantik

Jika Segitiga Bermuda menyimpan sejuta rahsia yang tidak mampu dirungkai oleh para pengkaji, drama ‘Cinta Lemon Madu’ pula mungkin merungkaikan teka-teki yang akan meninggalkan tanda tanya kepada penonton.

Dapatkah penonton meneka setiap plot pengakhiran drama bersiri ini? Sama-sama kita ikuti drama ini dan nantikan pengakhiran cerita yang cukup dramatik disulami debaran.

‘’Hargai pasangan sebelum terlambat’’

Cinta Lemon Madu memaparkan kehidupan Firash yang membesar bersama dengan isterinya Haida semenjak kecil lagi. Persahabatan yang erat diantara mereka yang membawa mereka ke jinjang pelamin, direstui oleh semua pihak. Namun percintaan mereka goyah dengan sikap Haida yang tidak bertanggungjawab dalam menggalas tugas sebagai seorang isteri.

Lebih perit, apabila Firash telah berkahwin secara senyap dengan persetujuaan ayahnya, Hj Kamsan yang juga mempunyai dua isteri. Aisyah memilih untuk bercinta dengan Firash selepas bernikah membuatkan perjalanan cinta cerita mereka lebih romantis yang bakal menggamit perasaan penonton.

Drama komedi romantik baharu, Cinta Lemon Madu disiarkan eksklusif di tonton mulai 14 Mac ini dalam format definisi tinggi (HD), pasti membuatkan penonton dibuai perasaan romantis pabila melihat kemesraan pasangan Firash dan Aisyah dalam melayari bahtera perkahwinan mereka.

Nantikan debaran menerusi tontonan kesemua 13 episod drama komedi ini lebih awal dari tanyangan TV, menerusi slot saluran di tonton ‘First’.

Memetik kata-kata dari Anthony J.D’Angelo mengenai hubungan percintaan,

“Kekalkan hubungan anda dan bukannya mencari yang baru”

Menampilkan barisan bintang antaranya Ruhainies sebagai Haida dan Aidil Aziz sebagai Firash; selain turut disertai oleh Riena Diana sebagai Aisyah; drama komedi ini mampu membuatkan anda diulit perasaan dengan pelbagai aksi komedi romantis mereka.

Airin Zainul, Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad berkata,

‘’Selalunya kita melihat kesetiaan di dalam sebuah perkahwinan menerusi drama-drama tempatan sebelum ini. Berbeza pada kali ini kerana, plot cerita yang membawa penonton melihat sikap seseorang boleh merubah pasangannya. Moral di sebalik drama ini diharap dapat memberi pengajaran kepada 7.8 juta pengguna tonton dalam mendalami erti kehidupan.’Drama ini juga turut disiarkan lebih awal dan pengguna boleh melihat siri ini di tonton dalam format definisi tinggi (HD). Kami sentiasa mahukan yang terbaik buat para pengguna.”

Tajuk Cinta Lemon Madu
Tarikh Tayangan / Masa 14 Mac 2018 / Rabu, 12pm
Deskripsi Tonton First
Siaran eksklusif kesemua episod hanya di tonton
Durasi 60 minit
Episod 13
Produksi / Diterbitkan oleh Sha’s Media Sdn Bhd
Pengarah Hashim Rejab
Penulis Skrip Siti Solehah Abdul Ghani
Teraju / Pelakon Aidil Aziz as Farish
Ruhainies as Haida
Riena Diana as Aisyah

Kini, pengguna tonton di Malaysia boleh melayari program `catch-up tv’ secara PERCUMA.

Alami variasi pengalaman tontonan meluas yang menawarkan program-program stesen TV secara live, rancangan premium seperti siaran secara langsung Anugerah berprestij, konsert selain dari berita, perkembangan sukan, hiburan, rancangan klasik serta kandungan premium eksklusif tonton selain boleh menikmati siaran episod secara terus-menerus tanpa henti (‘binge-watch’).

Teruskan melanggan pakej tonton VIP yang menawarkan arkib video lebih 30,000 jam pengalaman video bebas iklan menerusi pelan langganan VIP bermula dari serendah RM3 setiap hari, RM5 mingguan, RM10 bulanan dan RM96 setiap tahun.

Untuk maklumat lanjut, layari www.tonton.com.my. Ikuti kami melalui platform media sosial kami:
Facebook: tontonMY
Twitter: tontonMY
Instagram: tontonMY
Hashtag kami di #tontonMY #tontonMacamVIP

 

Layari www.xtra.com.my untuk maklumat lanjut!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Minggu Fesyen Islamik Asia 2018 #AIFW2018

Ramai Terkilan Gambar Baby CTDK Tersebar