in , ,

Chef Zam Uji Kebolehan Memasak 13 Selebriti Instagram di TV2

13 episod program terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Gadis Insta Masuk Dapur” antara yang menarik dikongsikan RTM dengan penonton setia salurannya yang memaparkan 13 orang selebriti wanita yang popular dalam instagram diundang untuk hadir di dapur seorang cef popular, iaitu Chef Zam.

Mulai bersiaran 9 Oktober ini, setiap Rabu, pukul 9.30 pagi di TV2, dalam episod pertama bersama-sama Eslisa Loy, selebriti instagram yang diundang berkunjung ke dapur Chef Zam. Eslisa Loy diminta membeli barang-barang untuk memasak berpandukan menu yang telah disediakan. Kemudian mereka memasak bersama-sama. Sambil berbual -bual santai mereka memasak dua jenis makanan, iaitu Ayam Teriyaki dan Chorrus. 

Episod berkongsi kemahiran memasak dimiliki Ayra Messi, yang meluangkan masa menyediakan dua menu utama iaitu Hawaian Chicken dan Spring Roll. Nama Khoirunnisa yang berusia 18 tahun sangat popular dalam instagram, sebagai gadis yang mahir menimbang bola (free style football). Setelah membeli barang memasak dia menyediakan hidangan iaitu Makaroni Bakar dan Smoothie. 

salah seorang selebriti insta

Dekati seorang lagi gadis, iaitu Sufila Aida yang popular dalam instagram diundang untuk hadir di dapur Chef Zam. Sufila Aida popular di instagram kerana sering memaparkan tip-tip untuk mengaplikasikan make-up. Sufila Aida diminta membeli barang-barang untuk memasak berdasarkan menu yang telah disediakan oleh Chef Zam. Kemudian mereka memasak bersama-sama menu Ketupat Sotong dan Kuih Kasidah. 

Program santai ini diteruskan dengan kemunculan Nursyafika Rahman yang menjadi popular di instagram kerana wajahnya diviralkan sama dengan wajah penyanyi popular, Aiman Tino.

Dalam episod mengundang Fasiha Latiff, seorang gadis yang popular di instagram kerana bermula pada hari graduasi sebagai pelajar perubatan, gambar beliau dimuat turun dalam instagram. Setelah itu, beliau menerima lebih daripada 300,000 ucapan tahniah dan Fasiha Latiff menjadi popular di instagram. Fasiha dan Chef Zam berkongsi dapur memasak menu Kari Hijau Daging Thai dan Ondeh-ondeh. 

Gadis Insta Masuk Dapur

Kenali personaliti dan kemahiran di dapur pemilik nama Shahirah Mustafa, seorang gadis popular di instagram kerana menjadi seorang pemain futsal untuk universiti tempat dia belajar.

Beliau merupakan seorang mahasiswa dalam jurusan Komunikasi Massa. Apabila ditanya oleh Chef Zam tentang cita-cita kerjayanya, beliau mengatakan bahawa beliau ingin bekerja dalam bidang komunikasi dan bermain futsal sebagai hobi sahaja. Dalam episod ini Chef Zam dan Shahirah memasak Pai Ayam Cendawan dan makanan manis, English Trifle. 

Seterusnya luangkan masa menyaksikan Intan Hanifiah, seorang gadis yang aktif di jim dengan tip-tip penjagaan kesihatan.

Chef Zam menjemput beliau masuk dapur untuk melihat sama ada gadis jimnasium itu boleh memasak atau tidak. Mereka berjaya memasak Nasi Beriyani dan Lempeng Kelapa. 

Gadis instagram, iaitu Joanna Joseph turut diundang berkunjung ke dapur Chef Zam. Beliau popular di instagram kerana sering memuat turun gambar-gambar beliau sebagai seorang model. Joanna berasa gembira kerana mendapat peluang memasak bersama-sama cef terkenal memasak resipi Ayam Goreng Perap dan Roti Mentega. 

Cef Zam.. hos

Siapakah Sharifah Eleen? Namanya dikenali di Instagram kerana sering memaparkan tempat-tempat menarik yang dikunjunginya, terutama laut. Sebagai seorang ‘social media influencer’, Sharifah Eleen menyatakan bahawa beliau tidak takut dengan kritikan netizen. Masakan yang disediakan oleh Sharifah Eleen dan Chef Zam ialah Pasta dan Cip Cokelat dengan Kismis.

Dalam episod seterusnya mengundang Farah Farhana yang namanya popular di instagram kerana sering memperagakan pakaian. Beliau adalah seorang pelajar Sains Sukan di UiTM. Chef Zam menguji kebolehan Farah Farhana memasak Sate Goreng dan Vietnamese Spring Roll. 

Episod akhir menemui bual Nabila Asyiqin yang popular di instagram kerana sering memperagakan pakaian. Beliau juga sering memuat naik gambar-gambarnya ketika melancong di banyak negeri. Beliau pernah melancong ke India atas tajaan Air Asia. Beliau menyatakan bahawa India sangat disukainya kerana makanan yang enak dan kepelbagaian budaya masyarakatnya. Nabila Asyiqin dan Chef Zam telah menyediakan dua jenis hidangan, iaitu Ketam Bercili dan Pengat Labu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keluarga Hafreez Adam Datang Merisik, Ada Sebab Zara Zya Rahsiakan

Jom Tonton Wizards Of Wanna Walk Terbitan Disney Asia Channel