in , ,

Chef Wan Terima Pujian Netizen, Siap Tempah Baju Harian Ibunya Daripada Calvin Thoo

Semestinya apabila seseorang selebriti atau orang kenamaan akan menghadiri majlis tertentu atau pun acara gilang-gemilang pasti mereka akan menempah pakaian mereka daripada pereka fesyen terkenal. Namun lain pula bagi chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau dikenali sebagai Chef Wan.

Berkongsi akaun Instagramnya, Chef Wan telah berkongsi mengenai baju kedah ibunya yang telah siap dijahit oleh pereka fesyen terkenal iaitu Calvin Thoo. Biarpun hanyalah baju untuk kegunaan harian, Chef Wan tetap mahukan yang terbaik buat ibu tercinta dan menggembirakan hati ibunya itu.

Tulis Chef Wan pada perkongsiannya itu, baju-baju tersebut telah diambil  di kedai Calvin Thoo, malah ibu Chef Wan yang dikenali sebagai Cik Ani memuji akan baju kur0ng kedah yang dijahit oleh Calvin Thoo itu sedap dipakai dan sangat selesa. Kongsi Chef Wan lagi, baju-baju yang siap itu akan turut dipadankan dengan 15 kain batik sarung yang baru dibelinya.

Chef Wan

Melihat daripada perkongsian gambar  Che Wan mengenai baju Cik Ani itu, memang kelihatan cantik dan meskipun hanya baju kur0ng kedah, terlihat pada hujung lengan baju tersebut mempunyai sulaman manik yang begitu kemas dan menaikkan lagi seri baju tersebut.

Chef Wan

Ikuti perkongsian oleh Chef Wan di bawah ini :

Meninjau di ruangan komen, ramai yang memuji akan sikap Chef Wan yang sanggup memberikan yang terbaik buat ibunya. Antara komen-komen tersebut adalah :

‘Bertuah  Mak Ani, Calvin Thoo yang jahitkan baju kedah, moga Allah murahkan rezeki Chef Wan dan didoakan semoga Chef Wan menjadi anak yang soleh.. “

” Sejuk perut Cik Ani mengandungkan Chef Wan, kasih sayang yang luar biasa, sanggup apa sahaja untuk gembirakan ibunya.. “

” Masyaallah, anak yang baik, patut murah rezeki Chef Wan, membahagiakan ibunya hingga ke hujung ny4wa, antara skp yg patut diteladani semua anak-anak.. “

” Ya Allah, bertuah Cik Ani anak yang bju kdh pak4u kt rumah pun ditempah oleh pereka fesyen terkenal. Awak memang terbaik Chef Wan.. “

” Class Cik Ani, baju pakai kat rumah pun dijahit oleh pereka fesyen. Seronok tengok cara Chef Wan layan ibunya. mest Cik Ani seronok dapat baju baru.. “

” Baju cantik sangat, alahai mesti gembira hati ibu kan anak membahagiakannya, patut lah Chef Wan ni murah rezeki, tengok lah cara dia layan mak dia.. “

” Allahu Rabbi… Semuga Allah permudahkan segala urusan Dan percepatkan kesemb0han buat Cik Ani… Dan buat you, Chef Wan.. Semuga Allah bal4s dgn kebaikan di dunia Dan di akhir4t… “

Chef Wan

Beruntung Cik Ani, malah mesti bahagia mendapat anak yang tidak pernah langsung mengabaikan tanggungjawab menjaga dirinya, dan melakukan habis terbaik untuk melihat dirinya tersenyum. Apa-apa pun, kami mengharapkan semoga Chef Wan sentiasa dimurahkan rezeki selalu dan bahagia bersama keluarga tercinta. Aamin.

Sumber : IG Chef Wan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pegang Watak Warak dalam PENUNGGANG AGAMA, Azira Shafinaz Belajar Hukum Bacaan Al-Quran

“Biarlah Dikecam Asalkan Kita Tahu Jika Salah, Maaf Harus Dihulur,”- Haqiem Rusli