in , ,

“Biarlah Dikecam Asalkan Kita Tahu Jika Salah, Maaf Harus Dihulur,”- Haqiem Rusli

Sebelum ini, penyanyi berbakat besar Haqiem Rusli diumumkan sebagai pemilik trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 pada 13 November lalu.

Kemenangan membanggakan itu membuahkan hasil penat lelah Haqiem selama ini kerana dia berjaya membawa pulang 3 buah trofi dan sebuah kereta tajaan sebuah syarikat permotoran.

Terbaru, penyanyi itu dilihat membalas ciapan peminatnya yang memuji dirinya tetap gagah walaupun dikecam netizen.

Haqiem Rusli

“Jadilah mcm @HaqiemRusli Selalu dikecam tetap tersenyum, kan kem??”

Haqiem membalas ciapan itu mengatakan bahawa dia tidak risau dikecam jika tahu dirinya salah dan meminta maaf jika benar dirinya berada di pihak yang salah.

Haqiem Rusli

“Biarlah dikecam, asalkan kita tahu jika kita salah, maaf harus dihulur, jika betul, pertahankan”

“Sebab saya ni jenis tak kacau orang,saya buat hal saya, tapi bukan sombong, less is more. Just be yourself and be kind” – tulis Haqiem

Haqiem Rusli

Malah juara (ABPBH) Ke-33 ini juga memberitahu bahawa dia tidak pernah mengganggu mana-mana pihak dan hanya mahu fokus pada hal sendiri.

Dalam pada itu Haqiem juga menegaskan fokus pada diri sendiri bukan bermakna dirinya sombong, tetapi mahu lebih berhati-hati.

Sementara itu, Haqiem juga turut menerima kata-kata semangat daripada pengikutnya di Twitter yang mahu dirinya terus humble dan kekal positif seperti dirinya sekarang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Chef Wan Terima Pujian Netizen, Siap Tempah Baju Harian Ibunya Daripada Calvin Thoo

Bawa Watak Usu Sakinah dalam Perempuan Tanpa Dosa, Uyaina Arshad Terima Ugutan Penonton