in ,

Chef Wan Persenda Penemuan Serpihan Pesawat MH370?

Dalam pada operasi misi mencari dan menyelamat tengah sibuk mencari pesawat MH370 yang dikatakan berada di selatan Lautan Hindi, hari ini, agak kecoh di laman social apabila chef selebriti, Datuk Chef Wan telah mempersendakan insiden kehilangan pesawat MH370 dengan memuat naik gambar dirinya memegang pemantul cahaya di tepi pantai di Instagram miliknya. Membaca entri keterangan gambar tu, bikin yang marah dan melenting. Keterangan gambar di Instagram berbunyi:

“Dua objek di Perth dan satu ini saya ingatkan adalah sebahagian pintu kapal terbang. Setelah diteliti rupanya ia hanyalah sebahagian dari Pintu Jamban Cik Kiah di Pantai Morib yang sudah usang rupanya, Adoi Frust (kecewa).”

Namun, setelah menyedari entri tersebut begitu sensitif dengan mendapat 701 likes dan beliau dikecam teruk oleh pengikut Instagramnya, Chef Wan telah menarik balik status dengan memadamkannya. Namun, nasi dah jadi bubur, Budiey perhatikan ramai yang dah print screen dan sebarkan gambar tersebut.

Chef Wan Persenda Penemuan Serpihan Pesawat MH370?

Dalam gambar yang dimaksudkan, Che Wan telah mengupload gambarnya bersama sekeping objek iaitu pemantul cahaya yang dikatakannya sebahagian daripada pintu pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Dalam nada berjenaka yang tidak kena tempat, Chef Wan menyatakan objek tersebut merupakan sebahagian daripada pintu tandas di sebuah rumah di Pantai Morib.

[pullquote]Perth merupakan lokasi di mana dua objek yang dikatakan petunjuk terbaik dalam menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370.[/pullquote]

Tanpa memikirkan sensitiviti 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu, tindakan Chef Wan dianggap keterlaluan lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan oleh personaliti yang dipandang tinggi dalam bidang masakan tempatan dan dunia.

Che Wan merupakan Duta Ikon Pelancongan dan Duta Masakan Malaysia. Februari lalu, Chef Wan telah mengkritik hidangan nasi lemak yang disediakan oleh Malaysia Airlines sebagai ‘nasi lemak telanjang’. Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 kini masuk hari ke-14 dan misi SAR diteruskan di selatan Lautan Hindi di barat daya Perth.

Dengan sindiran seperti ini, ramai yang berpendapat, mereka sudah hilang hormat dengan kredibiliti Chef Wan sebagai Duta Masakan Malaysia.

“Respect yourself and others will respect you.” – Confucius

Sumber: Instagram Chef Wan & Astro Awani

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Tiket Konsert Dayang Nurfaizah & Marcell Istana Budaya

Chef Wan Jawab Isu Persenda Penemuan Objek Pesawat MH370