in ,

Chef Wan Jawab Isu Persenda Penemuan Objek Pesawat MH370

Selepas ramai yang memberi respon dengan mencemuh dan memberi kritikan yang panas tentang posting lawak di Instagram, Chef Wan atau nama sebenarnya, Redzuawan Ismail telah menarik balik dengan memadamkan semula entri tersebut dan menggantikan dengan satu posting yang baru. Budiey sendiri tak dapat terima lawak seperti ini. Dengan menyiarkan gambar print screen dari paparan berita yang disiarkan di Astro Awani, chef selebriti terkenal itu telah memberi satu kesimpulan bahawa orang kita suka mencari kesilapan dan cepat melatah. Chef Wan juga bercerita tentang sebab mengapa posting itu disiarkan.

chef-wan

Termasuk bercerita secara terperinci behind the scenes dan situasi sebenar ketika mana entri itu ditulis. Sementara itu, Chef Wan seperti menyindir pula media yang suka memprovokasikan dan memanupulasi berita serta blogger yang suka memperbesarkan cerita. Sebagaimana kata Chef Wan di akhir entri tersebut:

Now let us judged pula how those ulat di blog2 tu dan Press2 manupulate this issue pula as u all pun dah tahu cerita yg sebenarnya.Mari kita tengok cara mereka melatah and those yg gemar sebar kan berita2 ini and melakukan fitnah pula…Let us see their true colors… Remember what i said at the end of the day ” The wiseman will have the last laugh watching all this drama unfold!”

Antaranya, Chef Wan menulis:

Sibuk shooting tadi tak sempat nak respond to all this. In between filming tadi Berita Harian dan Murai.Com cepat call minta saya comment. I told them the honest truth. Masa di Pantai pagi tadi i told all the crew.Let play a joke and see the reaction of all Malaysian yg suka melatah and mengutuk orang as well as press and blog that will take this issue even bigger! My driver kata ” Jangan la CW nanti org cari sebab nak marah kan u even tho u bergurau and kita faham”. Crew2 production pun gelak berderai. I am sure many of us behind close door have bergurau about this issue the last few days except i had put it on my IG deliberately to see the public reaction! Wow berjalan tak sampai 10minit dari pantai i was contacted by Ayie of Murai.Com tu..Murai juga cepat dapat mencium issue ini. Hee hee rupanya i was right memang orang Malaysia ini suka mencari sebab untuk memburuk kan orang even though this was done to make others laugh at that silly jokes. Baik apa pun saya terima the consequences of this action as i did it pun dengan sengaja and indeed i was successful. Now let us judged pula how those ulat di blog2 tu dan Press2 manupulate this issue pula as u all pun dah tahu cerita yg sebenarnya.Mari kita tengok cara mereka melatah and those yg gemar sebar kan berita2 ini and melakukan fitnah pula…Let us see their true colors… Remember what i said at the end of the day ” The wiseman will have the last laugh watching all this drama unfold!”

Entri terbaru ini turut menerima kritikan daripada pengikut Chef Wan di Instagram. Ada yang menyokong dan tak kurang ramai yang memberi kritikan yang pastinya tak enak dibaca. Ada juga yang turut menasihati agar Chef Wan berhati-hati meletakkan sebarang gambar di sosial media miliknya.

Antara komen yang Budiey baca:

“Sepatutnya xperlu ada joke yg mcm ni sebagai mnghormati keluarga mangsa..xpasal pasal kena hentam..dah tahu issue ni sgt sensitif skrg.. kenapa perlu nk buat utk tgk reaksi rakyat malaysia.. lepas tu bila rmai manusia yg mnhentam…mula pula lah mnyalahkan mentality rakyat msia yg xbagus suka hentam tanpa tahu punca cerita..sebaik baiknya xpayah la post joke yg mnyentuh MH370..rakyat msia sedang sedih dah mmg sensitif….bgla reason ape pun..org rmai mmg akn hentam kaw2..”

Chef Wan menafikan beliau tidak peka, sebaliknya hanya ingin menguji mentaliti masyarakat negara ini yang didakwanya cepat melatah apabila berdepan dengan situasi begitu. Menurut beliau, dia bukannya mahu mengaibkan sesiapa.

Jadi, apa pendapat anda tentang isu ini?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Chef Wan Persenda Penemuan Serpihan Pesawat MH370?

Live Streaming 5 Seconds of Summer