Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in , ,

Ceria Megastar Ministar Imbas Nostalgia Dengan Tema Mingguan PLAYLIST MAMA PAPA

Program realiti kanak-kanak yang berkonsepkan pertandingan nyanyian anjuran Astro Ceria,‘Ceria Megastar Ministar’, ternyata membawa audiens kembali ke dunia nostalgia dengan persembahan penuh bertenaga dari bintang-bintang kecil dengan tema minggu keempatnya, ‘Playlist Mama Papa’ pada minggu lalu, Jumaat, 5 Julai, 9.00 malam di Astro Ceria (saluran 611). 

Barisan peserta cilik yang lebih dikenali dengan nama ‘Ministar’ itu ditugaskan untuk menyanyikan lagu-lagu dari era ibu bapa mereka oleh pihak juri. Menarik lagi, ibu bapa mereka sendiri yang memilih lagu untuk dipersembahkan pada minggu tersebut. Program realiti berbentuk nyanyian ini dihoskan oleh pengacara popular, Nabil Ahmad.

Dengan sokongan dari Mentor mereka, iaitu bekas peserta program ‘Ceria Megastar’ – Wafiy Aan, Vanessa Reynauld, dan Chubb-E, serta di bawah bimbingan Guru Vokal, penyanyi Mark Adam dan Guru Persembahan, Alam Wakaka, para peserta semestinya bersemangat untuk merebut takhta ‘Mikrofon Wow!’ yang diberikan kepada peserta dengan markah tertinggi pada minggu itu. 

‘Mikrofon Wow!’ yang sebelum ini dimenangi Ministar Aliff dengan dendangan ‘Sandiwara’ (nyanyian Xpose Band) di Minggu Ketiga kali ini bertukar pemilik kepada Ministar Eiffel yang telah berjaya mencuri hati juri tetap, Pak Nil dan Zizan Razak, serta juri jemputan Amy Mastura, dengan lagu ‘Belaian Jiwa’ oleh Carefree di Minggu Keempat ini. 

PESERTA DAN LAGU NYANYIAN MINGGU KE-4

NO.PESERTA – ‘MINISTAR’LAGU NYANYIANMENTOR – ‘MEGASTAR’
1Umai‘Percayalah’ – Indah RuhailaWafiy Aan
2Acap‘Wonderful Tonight’ – Eric Clapton
3Cici‘Samar Bayangan’ – Nicky Astria
4Eiffel‘Belaian Jiwa’ – CarefreeChubb-E
8Ranea‘Cinta’ – Amy Mastura
6El‘Marry Me’ – Mark Adam
7Aliff‘Bujang Senang’ – WingsVanessa Reynauld
8Timah‘Sinaran’ – Datuk Sheila Majid

PESERTA DENGAN MARKAH TERTINGGI & PESERTA DENGAN MARKAH TERENDAH (MINGGU KE-4)

TIGA TERTINGGITIGA TERENDAH
EiffelUmai
CiciEl
TimahAcap (Tersingkir)

Mampukah barisan ‘Ministar’ memenangi hati Juri Jemputan minggu ini, Ernie Zakri? Lebih-lebih lagi apabila tema pada minggu ini adalah #SAYACUBA, di mana setiap Ministar akan ‘mencuba’ membawa kelainan dengan menyanyikan lagu yang luar dari genre kebiasaan mereka. 

Saksikan gelagat kanak-kanak yang berbakat serba-boleh ini hanya di saluran Astro Ceria (CH 611), Astro Prima (CH 105) danAstro Prima HD (121)pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam! Ceria Megastar Ministar juga boleh diakses melalui aplikasi Astro GOyang mempunyai versi ‘extended cut’serta di platform digital On Demand.

MENGENAI PROGRAM ‘CERIA MEGASTAR MINISTAR’

‘Ceria Megastar Ministar’adalah rancangan realiti nyanyian kanak-kanak dari Astro Ceria. Dihoskan oleh pengacara popular Nabil Ahmad,‘Ceria Megastar Ministar’ adalah idea yang terhasil daripada program ‘signature’ Astro Ceria iaitu Ceria Megastar, di mana ‘Megastar’ Wafiy Aan, Chubb-E danVanessa Reynauld bersama dengan Guru VokalMark Adam,dan Guru Persembahan,Alam Wakaka, melatih para ‘Ministar’ (peserta) dalam pencarian bakat nyanyian kanak-kanak terhebat generasi masa kini. Pak Nil danZizan Razakjuga tampil sebagai Juri Tetapuntuk memberikan kata-kata semangat bagi meralisasikan impian kanak-kanak ini untuk menjadi seorang ‘Megastar’.

HADIAH KEMENANGAN

  • Juara: RM20,000.00 dan sebuah trofi
  • Naib Juara & Tempat Ke-3: RM10,000.00 dan sebuah trofi

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version