in ,

Slot Cerekarama Tampil Dengan Tema Anugerah Juara Lagu 32 

KERANCAKKAN BERMULA JANUARI INI! 

Bahang semakin terasa. Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32) bakal berlangsung pada bulan Februari nanti. Pastinya acara yang mempertaruhkan lagu-lagu terbaik sepanjang tahun ini menjadi tumpuan para peminat.

Ajl-32-Logo-Lowres

Setelah menggegarkan Nu Sentral dengan nyanyian mereka sepanjang bulan Disember tahun lalu di sesi ramah mesra pertama, 12 finalis kembali menemui peminat dengan sesi ramah mesra AJL 32 pada tahun 2018. Jangan lepaskan peluang untuk hadir menemui penyanyi kesayangan anda pada:

TARIKH/MASA/TEMPAT ARTIS
7 Januari 2018, 5 petang

Plaza Alam Sentral Shah Alam

Khai Bahar & Salma
13 Januari, 4 petang

Setia City Convention Centre,(GegaRia Fest 2018)

Haqiem Rusli, Hael Husaini, Salma, Ernie Zakri, Syamel & Ara Johari
21 Januari, 5 petang

IOI Mall Putrajaya

Dayang Nurfaizah, Wany Hasrita dan juga Altimet
27 Januari, 12 tengah hari

Tapak Busking Sogo Kuala Lumpur

Haqiem Rusli, Hazama & Azmi Caliph Buskers

 

Lebih istimewa, selain sesi ramah mesra AJL 32, bersempena tahun baharu 2018 ini slot Cerekarama juga turut menampilkan kelainan apabila membariskan telefilem mengikut tema berbeza setiap bulan. Untuk menghangatkan lagi AJL 32 yang bakal tiba, slot Cerekarama tampil dengan tema Istimewa AJL bagi bulan Januari dengan penampilan khas finalis Anugerah Juara Lagu terdahulu Dato’ Hattan, Ziana Zain, Akim & The Majistret dan juga Dato’ Awie sebagai pelakon utama. Saksikan telefilem lakonan mereka ini setiap hari Sabtu, jam 10 malam bersempena AJL 32.

Jtsa Still 35

SINOPSIS

DARI KEKASIH KEPADA KEKASIH, 6 JANUARI

Drama ini menampilkan Datuk Hattan yang, seorang pemandu lori sering menghantar barang dari ibu kota ke Kuala Pilah. Setiap kali dia ke sana, dia tanpa henti akan berhenti di satu tempat memerhatikan bekas kekasihnya, Rita. Mengimbas kembali sejarah lampau 20 tahun yang lalu, Rita berkahwin dengan abangnya, Zakuan tanpa rela. Perkahwinan mereka gagal, dan dikurniakan seorang anak bernama Amir. Hattan kecewa membawa diri ke Kuala Lumpur untuk menjadi penyanyi rock tapi gagal. Konflik bermula apabila dia menyelamatkan Rita dan Amir daripada Zakuan yang sering menjadi menggangu hidup mereka.

PELAKON: Dato’ Hattan, Sharifah Shahira, Adik Shamim, Aman Graseka, Ropie & Joey Daud

DATIN GLAM, 13 JANUARI

Nona ke Kuala Lumpur untuk menjaga sepupunya, Datin Ros yang sedang sakit tenat. Datin Ros berhajat untuk suaminya Datuk Kamal mengahwini Nona sekiranya dia tidak ada lagi. Tidak lama selepas itu, Datin Ros meninggal dunia dan Nona berkahwin dengan Datuk Kamal. Sejak itu, dia belajar mengubah penampilannya menjadi seorang ‘Datin’. Namun, hubungan Nona dan Datuk Kamal telah dicemburui oleh Datin Zura yang mempunyai perasaan terhadap Datuk Kamal dan merencanakan pelbagai masalah untuk mengganggu rumah tangga mereka.

Pelakon: Ziana Zain, Norman Hakim, Rita Rudaini, Amyza Aznan, Norlia Ghani, Ku Fridah & Datuk Chef Wan 

Sa 3

JODOH TAK PERNAH SALAH ALAMAT, 20 JANUARI

Luqman pernah mengenali seorang gadis bernama Diana ketika Diana melanggar keretanya dahulu. Diana berpenampilan seksi dan mengamalkan cara hidup barat membuatkan Luqman bersangka buruk terhadap Diana. Satu hari, Luqman ke masjid dan terserempak dengan seorang gadis cantik iaitu Adawiyah. Tanpa mengetahui, Adawiyah dan Diana adalah orang yang sama. Diana pernah terlibat dengan kemalangan dan sejak itu hidupnya berubah sepenuhnya.

Pelakon: Akim Ahmad, The Majisret, Raysha Rizrose, Sharifah Shahora & Adam Shah

Jtsa Still 02

STUDIO AWIE, 27 JANUARI

Awie, seorang eksekutif pentadbiran yang kedekut, hati kering dan pentingkan diri sendiri. Dia seorang duda dan mempunyai anak lelaki bernama Syahmil. Cita-citanya untuk memiliki motor besar, oleh itu dia membuat kerja sambilan sebagai cikgu vokal selepas waktu kerja di pejabat. Dia dikenali sebagai Cikgu Sado, dan menjadi rebutan mak-mak, kakak-kakak pelajarnya dan cikgu di situ. Cikgu Mawar dan Julia antara orang yang meminati Awie. Perbalahan banyak berlaku untuk mencuri hati Cikgu Sado.

Pelakon: Dato’ Awie, Liyana Jasmay, Jasmin Hamid, Puteri Balqis, Muntazar Ghufran & Ahya Rosli

Untuk maklumat lanjut mengenai sesi ramah mesra AJL 32 dan juga telefilem menarik bersempena AJL 32, sila layari laman sosial Facebook, Twitter & Instagram @TV3Malaysia.

Jtsa Still 14

*TRIVIA*:

  • Ziana Zain: Beliau merupakan finalis yang bertanding pada edisi pertama kategori Balada diwujudkan iaitu pada tahun 1992 dengan lagu Madah Berhelah. Beliau juga turut bertanding pada edisi terakhir kategori ini diadakan pada tahun 2008 dengan lagu Dingin. Beliau juga pernah memenangi kategori Balada pada tahun 1993 dengan lagu Puncak Kasih.
  • Datuk Hattan: tiga kali melayakkan diri ke peringkat akhir AJL namun tanpa sebarang kemenangan dengan lagu Memburu Rindu, Mahligai Syahdu dan Gadis Jolobu.
  • Datuk Awie: Beliau berjaya mara ke pentas akhir AJL bersama dengan kumpulan Wings. Kumpulan Wings yang layak dengan lagu dua lagu pada tahun 1989 iaitu Taman Rashidah Utama dan Misteri Mimpi Syakila. Manakala pada tahun 1990, Sejati telah memenangi tempat pertama bagi persembahan terbaik dan tempat ketiga AJL.
  • Akim & The Majistret: Dinobatkan juara Anugerah Juara Lagu 30 dan turut membolot kategori persembahan terbaik menerusi lagu Potret, selepas kecewa tidak dapat melayakkan diri dengan lagu Mewangi yang hanya layak ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 29.

Jtsa Still 25

Dg 3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Telemovie Pak Zain D.I.Y

IN2IT ASIA SHOWCASE TOUR Carpe Diem Malaysia