in ,

Celcom Membawakan NUBIA RED MAGIC 3 Secara Eksklusif Ke Malaysia!

Penggemar permainan mudah alih kini boleh menikmati telefon pintar khas untuk permainan –nubia Red Magic 3, dibawakan oleh Celcom secara eksklusif ke Malaysia.

Red Magic 3 merupakan telefon pintar permainan pertama di dunia, yang didatangkan dengan sistem penyejuk aktif bersama kipas penyejuk dalaman. Red Magic 3merupakan peranti berkuasa tinggi dengan spesifikasi termasuk butang rangsangan permainan, picu bahu sensitif sentuhan, kuasa Qualcomm® Snapdragon™ 8556.65 inci skrin ultra-lebar dengan kadar ‘refresh’90hz, getaran 4D, pembesar suara dwi-hadapan, bateri berkuasa 5,000mAh battery dan ia menyokong sehingga 18W pengecasan pantas bagi prestasi permainan terunggul. 

Roy Ong celcom

Pelanggan yang melanggan pelan Celcom Mobile Platinum Plus(100GB) pada RM188 setiap bulan month boleh memiliki telefon permainan Red Magic 3hanya pada RM499! Pelanggan juga boleh menikmati kehebatan Red Magic 3hanya pada RM1,358 apabila memilih untuk melanggan pelan pascabayar Celcom Xpax XP60pada RM60 setiap bulan.  

Roy Ong, Ketua Pegawai Produk dan Inovasi, Celcom Axiata Berhad berkata Celcom amat teruja untuk menawarkan telefon pintar permainan yang terkini iaitu nubia Red Magic 3, khas buat penggemar permainan mudah alih yang bergantung kepada kualiti peranti dengan rangkaian 4G LTE terbaik bagi memenuhi keperluan permainan atas talian mereka. 

“Industri e-sukan hari ini termasuk permainan mudah alih, kini pesat berkembang dan kami menyedari terdapat permintaan yang begitu tinggi daripada pelanggan untuk rangkaian dan peranti terbaik bagi memberikan pengalaman permainan mudah alih yang lancar dan terunggul.

Dengan tawaran terkini dan eksklusif ini, golongan pemain kasual mahupun pakar boleh menjangkakan pengalaman permainan yang menarik bersama rangkaian 4G LTE kami,”

– Roy Ong
Roy Ong celcom

Bagi maklumat lanjut mengenai tawaran Celcom, layari www.celcom.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menonton Filem Disney’s The Lion King

Maybank Menawarkan Hiburan Asia Tanpa Had Dengan dimsum