in

Celcom Lancar Portal Bachabooku, Buzzaar & The Crescent

Pada awal minggu lalu, jadual Budiey disibukkan dengan pelbagai event dan acara yang menarik. Apabila banyak event yang perlu dihadiri, membuatkan Budiey tak ada masa untuk membaca buku macam dulu lagi. Dulu, Budiey terkenal dengan panggilan ulat buku, sekarang bila dah sibuk macam ni, semuanya dah terbalik.

Ramai kawan-kawan di internet cuba memberi cadangan supaya Budiey baca buku dengan menggunakan tablet. Ye lah sekarang ni, zaman dah canggih dann dah banyak portal digital yang menyediakan macam-macam bahan bacaan kat internet. Jadi, tak payah lagi nak bawa buku fizikal sebab kita hanya bawa gajet tablet je untuk baca buku atau novel.

Cadangan kawan Budiey ni boleh dipertimbangkan. Itu pun setelah baru-baru ini, Budiey dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran Aplikasi Portal Perkhidmatan Digital yang diadakan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Celcom Lancar Portal Bachabooku, Buzzaar & The Crescent

[dropcap]A[/dropcap]pa yang menariknya ialah, Celcom telah melancarkan tiga portal online sekaligus! Aplikasi portal yang Budiey maksudkan ialah Bachabooku, Buzzaar & The Crescent. Tiga aplikasi yang dibangunkan oleh Celcom ini kesemuanya boleh dilayari oleh pengguna mulai 1 September lalu. Yang istimewanya, semua aplikasi itu boleh digunakan oleh orang ramai meskipun bukan pelanggan Celcom. Mmm, kiranya, semua orang boleh guna perkhidmatan ini dan Celcom telah mensasarkan 13 juta pengguna.

Ketiga-tiga aplikasi itu boleh dilayari menerusi www.bachabooku.com, www.thecrescent.com dan www.buzaar.my.

Celcom Lancar Portal Bachabooku, Buzzaar & The Crescent

Budiey dikhabarkan, Celcom Axiata Bhd menyasarkan untuk menarik sejuta pelanggan untuk ini menjelang akhir 2014.

Ketua Perkhidmatan Digital Celcom, Afizulazha Abdullah berkata, pelancaran itu merupakan antara langkah awal syarikat bagi meluaskan sumber pendapatan menerusi perkhidmatan digital atau aplikasi, berbanding penumpuan kepada khidmat suara, data serta perkhidmatan internet.

Katanya, kemudahan perniagaan dalam talian itu dijangka berupaya menjadi penyumbang penting kepada perolehan Celcom dalam tempoh dua tahun lagi.

Celcom Lancar Portal Bachabooku, Buzzaar & The Crescent

Bachabooku

Bachabooku merupakan aplikasi perniagaan dalam talian yang menghimpunkan pelbagai judul buku daripada penerbit-penerbit utama. Ia menjadi e-book portal yang pertama dari Celcom.

Bachabooku Celcom

[dropcap]B[/dropcap]achabooku menawarkan lebih 700 penerbitan elektronik, termasuk buku dan majalah daripada pengarang dan penerbit tempatan. Selepas meneliti apa yang ada dalam ketiga-tiga portal ini, Budiey boleh katakan ia seperti portal yang meliputi semua gaya hidup kita. Contohnya, portal ebuku yang menjual macam-macam buku dan majalah yang ada di pasaran, ya memang sesuai ia dinamakan Bachabooku.

Pelanggan boleh membeli content dengan menggunakan telefon bimbit dan tablet dengan harga serendah RM0.90 untuk harga promo istimewa sempena pelancaran ini dan anda kini boleh membeli barangan di Bachabooku dengan potongan harga sebanyak 50% untuk langganan majalah selama 12 bulan atau lebih.. Kira murah dan berbaloi kan?

Budiey telah pun melanggan dua buah majalah yang ada di Bachabooku iaitu Media Hiburan dan majalah Maskulin. Sementara itu, Budiey lihat banyak juga novel-novel yang diterbitkan secara ebook ada kat Bachabooku ni. Antaranya, Aduhai Isteri, Salju Sakinah dan banyak lagi.

Nak senang, anda boleh memuatturun aplikasi Bachaabooku ini di Apps Store dan Google Play.

bachabooku

Buzzaar

Selain memfokuskan kepada buku digital, pihak Celcom juga memperkenalkan portal digital yang unik yang boleh Budiey umpamakan seperti ‘pasar dalam-talian’ dinamakan sebagai Buzzaar. Portal ini mempermudahkan dagangan produk istimewa oleh usahawan-usahawan tempatan bagi pasaran produk mereka dan produk yang dibeli akan dihantar ke pintu rumah pembeli dengan jaminan dan selamat.

Celcom Lancar Portal Bachabooku, Buzzaar & The Crescent

Buzzaar ialah aplikasi perniagaan produk-produk tempatan yang unik seperti makanan atau kraftangan.

Buzzaar ini menawarkan produk-produk keluaran usahawan tempatan kepada umum. Daripada apa yang Budiey lihat melalui laman Buzzaar, ia kelihatan seperti dijana melalui Shopify. Perkhidmatan tersebut kelihatan masih belum dibuka kepada umum buat masa ini, tetapi beberapa halaman web berkenaan boleh dilihat melalui Google Cache.

Budiey kira amat senang untuk membeli belah di sini sebab ia menyokong pembayaran melalui PayPal, dan juga kad kredit. Kepada anda yang tiada kad kredit, jangan risau ya sebab daripada halaman FAQ, Budiey dapati Buzzaar akan menyokong pembayaran melalui bank tempatan menjelang November kelak. Sama-sama kita tunggu ya.

Pada masa ini, ada 50 peniaga tempatan yang menyediakan 100 barangan bagi pembeli dalam Buzzaar, dan menjangka bilangan itu akan meningkat dari semasa ke semasa.

The Crescent

The Crescent adalah pusat gaya hidup setempat Islam yang menawarkan maklumat dan hiburan berbentuk keIslaman. Portal ini adalah portal pusat sehenti gaya hidup Islamik dari Celcom. Di portal ini, kita dapat membeli barangan dan juga pakaian fesyen untuk Muslim dan juga Muslimah. Nak senang lagi, kat portal ini ada video tutorial dan pelbagai tips tentang gaya hidup Islam dipaparkan.

Celcom Lancar Portal Bachabooku, Buzzaar & The Crescent

Faedah & Kemudahan Portal

Sekurang-kurangnya, portal-portal baru ini akan memberi manfaat kepada lebih 13 juta pelanggan Celcom dan mereka yang lain di negara ini. Dengan adanya tiga portal ini kita kat Malaysia khususnya dah ada banyak pilihan untuk membeli barangan dan perkhidmatan melalui peranti Internet masing-masing, betul tak?

Dari segi peniaga pula, Budiey kira ia satu keuntungan untuk peniaga online kat luar sana sebab dengan adanya tiga servis portal digital ini akan meningkatkan pendapatan mereka dan turut memberi faedah kepada pelanggan dan penyedia perkhidmatan dan pemaju kandungan. Ini sekaligus dapat mencetuskan pembangunan IT kat negara kita.

Celcom akan menjana pendapatan menerusi yuran pendaftaran atau perkongsian pendapatan daripada kalangan peniaga yang mengguna pakai perkhidmatan mereka. Kadar yuran dan perkongsian pendapatan itu adalah bergantung kepada jenis produk dan perniagaan yang ditawarkan.

Portal-portal itu ditawarkan kepada semua pelanggan domestik dan antarabangsa mulai 1 Sept, 2013, tanpa mengira sama ada mereka adalah pelanggan Celcom atau bukan.

Sepanjang Budiey menjadi pengguna untuk ketiga-tiga portal ini, Budiey dapat rasakan portal ini sangat mesra pengguna, hanya guna search & navigation yang memang cepat, katalognya pun memang lebih sedap mata memandang, senang untuk dilayari, mudah untuk beli barangan kat sini sebab Budiey hanya guna kad kredit.

Apa-apa pun, anda cubalah dulu masuk dan alami sendiri pengalaman membeli barangan di portal ini ya. Selamat mencuba!

Celcom Lancar Portal Bachabooku, Buzzaar & The Crescent

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

McDonald’s Perkenal McDonald’s Brekkie WrapTM

Pertandingan Futsal Neon Dashing Musim Kedua