Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in , , ,

Celcom Memperkasa Kediaman Malaysia Dengan Perkhidmatan Internet Berkelajuan Tinggi

Mulai hari ini, Celcom Axiata Berhad mengumumkan perkhidmatan internet gentian optik berkelajuan tinggi, sebagai tambahan kepada perkhidmatan tanpa wayar tetap bagi kediaman di seluruh Malaysia.

Celcom Home menawarkan perkhidmatannya ke seluruh negara dengan menyasarkan penyediaan perkhidmatan hubungan internet berkelajuan tinggi melalui teknologi gentian optik dan tanpa wayar, dan seterusnya memperkasa gaya hidup digital bagi komuniti bandar dan luar bandar, dan ini sejajar dengan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Nasional (NFCP) yang menyasarkan liputan jalur lebar pada aras minima 98% di kawasan penduduk dengan kelajuan minima 30Mbps menjelang 2023. 

Melalui teknologi gentian optik, Celcom Home Fibre menawarkan pelanggan di seluruh negara dengan internet berkelajuan tinggi tanpa had sehingga 100Mbps pada harga RM120 sebulan, dan 30Mbps dengan harga RM80, yang semestinya memuaskan bagi penstriman video dengan definisi tinggi ultra, atau kualiti 4K. Celcom Home Fibre boleh dilanggani di mana-mana cawangan bluecube dan Celcom certified partners, dengan perkhidmatan pemasangan yang mudah dan mengikut kesesuaian pelanggan.

Pelanggan juga boleh memilih perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar Celcom, yang dijana oleh rangkaian 4G Celcom, iaitu – Celcom Home Wireless.Ia dibangunkan secara unik bagi kegunaan di kediaman, dan membolehkan hubungan internet berkelajuan tinggi di kediaman dengan kaedah “plug and play”, tanpa perlu merosakkan dinding. Celcom Home Wireless mampu menghubungkan sehingga 64 peranti dalam satu masa, dengan kelajuan purata 30 Mbps, dan pastinya menjadi pilihan yang sempurna bagi kediaman yang tidak mempunyai perkhidmatan gentian optik dan juga alternatif terbaik kepada teknologi tembaga. 

Pelanggan boleh terus memasang Celcom Home Wirelessselepas mendaftar dan dapat menstrim filem-filem dengan definisi tinggi ultra melalui saluran seperti Netflix, Astro Go, Tonton dan lain-lain, dengan data Video Wallasehingga 1,000GB. Pelanggan juga boleh menikmati muzik terkini dengan data Music Walla,serta bermain permainan video atau melayari internet dengan keselesaan kediaman masing-masing. 

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata, 

Celcom Home merupakan perkhidmatan internet kediaman berkelajuan tinggi yang memberi pelanggan pengalaman digital yang optimum di rumah mereka sendiri melalui teknologi gentian optik dan tanpa wayar yang begitu lancar.   

“Tawaran kami menyediakan kelajuan yang bersesuaian bagi sebarang tujuan penggunaan digital seperti penstriman video 4K, panggilan video, permainan dan banyak lagi.

Kami telah dinobatkan oleh Opensignal sebagai Nombor 1 di Malaysia bagi Ketersediaan Rangkaian 4G dan Pengalaman Kelajuan Muat Naik baru-baru ini.

Oleh itu, liputan LTE kami dengan 9,000 menara pemancar yang menjangkau 94% populasi rangkaian di seluruh negara, dan melebihi 98% di beberapa negeri, akan dapat melengkapi perkhidmatan gentian optik yang terbaru ini.

Melalui teknologi hujung ke hujung seperti 4T4R multiple-input and multiple-output (MIMO), Carrier Aggregation, 256 Quadrature Amplitude Modulation (QAM) dan lain-lain, kami yakin akan dapat menyediakan hubungan internet dan pengalaman digital bagi kediaman di seluruh Malaysia. “

– Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad

Celcom terus komited untuk berinovasi dengan tawaran produknya melalui pelbagai ciri dan keistimewaan.

Sama ada pelan mudah alih, internet kediaman mahupun penyelesaian pintar bagi perniagaan dan lain-lain, kami ingin terus memastikan Rakyat Malaysia dapat menikmati rangkaian 4G dan infrastruktur gentian optik di mana sahaja mereka berada.

– Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad

Bagi maklumat lanjut mengenai Celcom Home Fibre atau Celcom Home Wireless, layari https://www.celcom.com.my/personal/broadband

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version