in ,

Celcom Fokus Pada Kepimpinan Rangkaian Bagi Memacu Pertumbuhan Pendapatan

Pacuan yang konsisten oleh Celcom Axiata Berhad sebagai penyedia rangkaian utama dalam industri telah menghasilkan pertumbuhan pendapatan 1.9% sehingga kini (YTD) bagi perkhidmatan pascabayar dan prabayarnya pada suku kedua 2019 (2Q19).

Kejayaan ini sekaligus mengekalkan momentumnya dalam kepimpinan rangkaian, dengan peningkatan populasi liputan 4G kepada 93% manakala liputan 4G LTE-A kepada 81% berbanding 89% dan 76% pada suku kedua 2018 (2Q18).

Sehingga kini, rangkaian LTE Celcom meliputi 10 negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Johor, Perak dengan populasi liputan 96%, termasuk lebih daripada 25 bandar utama seperti Lembah Klang, Putrajaya, Georgetown, Ipoh, Johor Bahru dan banyak lagi. Celcom memiliki lebih daripada 11,000 tapak yang merangkumi lebih 9,000 tapak LTE di seluruh negara, yang capaian kapasiti data yang lebih meluas. Rangkaian kukuh Celcom mencatatkan peningkatan 39% pada asas tahunan (YoY) untuk penggunaan data purata kepada 13.3GB sebulan setiap pengguna pada 2Q19, hasil daripada pengalaman digital terbaik pengguna seperti penstriman video, rangkaian sosial dan permainan mudah alih. 

Celcom Home

Celcom juga menduduki tempat No.1 untuk Ketersediaan 4G dan Pengalaman Muat Naik Terpantas di Malaysia oleh laporan ‘Pengalaman Rangkaian Mudah Alih: Laporan Malaysia’ oleh Opensignal, pada April 2019.  Berdasarkan analisis bebas mengenai pengukuran mudah alih yang direkodkan dalam tempoh 1 Disember 2018 sehingga 28 Februari 2019.

Laporan tersebut menyatakan bahawa Celcom mendahului sebanyak 86.8% bagi Ketersediaan 4G di seluruh negara dan Pengalaman Muat Naik dengan kelajuan purata 6.3Mbps. Turut dicatatkan dalam laporan tersebut adalah skor keseluruhan Celcom bagi Pengalaman Video pada 61.2 mata dan untuk Pengalaman Muat Turun pada kelajuan purata 14.7Mbps.

Celcom Home

Fokus Celcom ke arah segmen yang mendatangkan untung membolehkan pertumbuhan pendapatan asas suku tahunan (QoQ)sebanyak 2.9% untuk perkhidmatan pascabayar dan prabayarnya, di sebalik persekitaran yang begitu kompetitif. Fokus kepada pelanggan bernilai tinggi turut menyumbang perkembangan positif dengan kenaikan RM1 Purata Pendapatan Setiap Pengguna (ARPU) kepada RM85 dan peningkatan ARPU Prabayar sebanyak RM3 menjadi RM37 berbanding dengan suku sebelumnya. Diikuti dengan perbelanjaan berdisiplin Celcom, sehingga 1H19, EBITDA meningkat sebanyak 4.7%, manakala aliran tunai bebas (Free Cash Flow)sebanyak 5% dan PATAMI sebanyak 11.7%.

Mengulas mengenai prestasi 2Q19 Celcom, Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, berkata fokus berterusan Celcom untuk menjadi penyedia rangkaian utama dalam industri telah membuahkan hasil dengan pertumbuhan positif dan penyediaan nilai terhebat yang berterusan kepada pelanggan. 

“Celcom akan terus melabur dalam penggunaan teknologi end-to-endseperti 4T4R multiple input, multiple output (MIMO), Carrier Aggregation256 Quadrature Amplitude Modulation (QAM)dan banyak lagi di tapak menara LTE kami, ke arah penyampaian penyambungan internet dan pengalaman digital yang terbaik.

“Celcom juga mencatatkan 34% peningkatan trafik data pada asas tahunan (YoY) dengan 265mil GB pada 2Q19 dan perkhidmatan video menjadikan lebih daripada 50% penggunaan data keseluruhan, ini terhasil daripada pengalaman terbaik di rangkaian kukuh kami dan peningkatan penggunaan data oleh pelanggan Celcom. 

“Celcom turut mencapai Skor Promoter Purata tertinggi di kalangan industri telekomunikasi. Skor Promoter Purata Celcom yang positif memperlihatkan kecemerlangan kualiti rangkaian, liputan dan perkhidmatan pelanggan syarikat di semua saluran. Ia turut meliputi penggunaan digital dan urus niaga Celcom yang mencatatkan peningkatan sebanyak 32% dengan log masuk pengguna unik sebanyak 1.547 juta pada aplikasi Celcom Life, dan peningkatan sebanyak 65% iaitu 1.585 juta daripada transaksi dalam talian, “katanya. 

Celcom Home

Perancangan seterusnya :

“Celcom akan memperhebatkan lagifokuske arah keuntungan dan kecemerlangan operasi dengan pelaburan pintar yang meliputi pelaburan berterusan untuk meningkatkan infrastruktur rangkaia pada kos operasi yang minimum, danmenerokai bidang baru untuk pertumbuhan dan inovasi dalam segmen perniagaan dan perusahaan.

“Kami telah mewujudkan kerjasama erat dengan pelbagai rakan kongsi teknologi dan penyedia platform, untuk memperhalusi pengewangan pelaburan dengan menyediakan penyelesaian Internet Pelbagai Benda (IoT)secara menyeluruh untuk pelbagai industri menegak yang utama di Malaysia, sebagai persediaan ke era Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0).

“Perjalanan transformasi digital berterusan Celcom akan dilaksanakan dengan aspirasi terkini, model perniagaan dan proses kerja baharu, kolaborasi dan budaya kerja moden yang akan mendorong budaya berprestasi tinggi dalam organisasi. Kami berhasrat untuk menjadi sebuah syarikat dengan pengalaman 30 tahun tetapi kaya dengan budaya yang bercirikan syarikat permulaan digital”.

“Celcom juga akan meneruskan komitmennya terhadap matlamat pembangunan negara dalam pembentukan usahawan digital, meningkatkan kebajikan sosial,  menyumbang kepada pembangunan digital luar bandar, dan memastikan tiada golongan yang tertinggal dalam era digital ini. Celcom juga akan terus memainkan peranan yang lebih besar menjangkaui objektif keuntungan, dan menjadi sebuah badan korporat yang bertanggungjawab. 

“Kami akan sentiasa bersama negara dalam mengubah aspirasi menjadi kenyataan, memanfaatkan segala teknologi dan perkhidmatan baru demi kepentingan semua, berusaha untuk memajukan masyarakat digital dan mempertingkatkan perkhidmatan pelanggan, menyokong pembangunan transformasi digital negara selaras dengan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) untuk pertumbuhan liputan 98% jalur lebar berkelajuan minimum 30Mbps di semua kawasan pada tahun 2023 di seluruh negara, “kata Idham.

Celcom Home

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hafiz & Adira Kembali Bersatu dalam TAKDIR TERCIPTA

Penahanan Mamat Exists Di Johor Bahru Tidak Menjejaskan Konsert EXISTS REUNION