in , ,

Celcom Bantu Untuk Kekal Berhubung, Sentiasa Prihatin Dengan Rakyat Malaysia

Celcom seiring dengan rakyat Malaysia dan komited pastikan mereka untuk kekal berhubung dalam tempoh yang mencabar ini.

Usaha berterusan dalam melawan wabak COVID-19 telah mempengaruhi kehidupan ramai rakyat Malaysia sehingga mereka terpaksa berasingan secara sosial dengan komuniti, tempat kerja, rakan serta ahli keluarga untuk memastikan mereka kekal selamat. Pada Hari Merdeka ini, Celcom Axiata Berhad (Celcom) terus menyelami cabaran serta dugaan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dan terus prihatin dan berdiri bersama mereka.

Sempena ulang tahun ke-64 Kemerdekaan Malaysia, Celcom menyediakan tawaran eksklusif yang memberi penjimatan hebat dan mampu dimiliki. Celcom juga meraikan tema perpaduan dalam sambutan kemerdekaan tahun ini dengan saling berkomunikasi dan meraikan hubungan melalui apa cara pun jua. 

Celcom Bantu Untuk Kekal Berhubung, Sentiasa Prihatin Dengan Rakyat Malaysia

Tawaran Peranti RM1 Dengan Pelan Mudah Alih Celcom Yang Berpatutan Menerusi Inisiatif Prihatin.

Mulai hari ini sehingga 30 September 2021, Jualan iPhone Celcom Merdeka menawarkan penjimatan sehingga RM2,200 untuk model iPhone yang terkini seperti iPhone 12, 12 mini, 11, XR dan SE apabila pelanggan mendaftar pelan pascabayar Celcom MEGA™.

Selain itu, Celcom turut memperluas sokongan digital yang inklusif bagi komuniti B40 dengan tawaran mudah alih dan peranti yang paling berpatutan, sejajar dengan inisiatif kerajaan seperti Jaringan Prihatin, Internet produktiviti 1GB PERCUMA setiap hari dan Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin.

Kempen Merdeka Celcom yang bertema “U Ok Tak?”, bertujuan mendorong rakyat Malaysia untuk saling bertanya khabar dengan seseorang melalui panggilan telefon, teks ucapan ringkas, video atau apa pun jua interaksi untuk menunjukkan keprihatinan serta ikhlas menyokong sesama sendiri dalam norma baharu yang mencabar ini. Celcom menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk memupuk nilai kasih sayang, menceriakan hati dan mencetus senyuman sesama kita.

Celcom Bantu Untuk Kekal Berhubung, Sentiasa Prihatin Dengan Rakyat Malaysia

Penjimatan Sehingga RM2,200 Untuk Model iPhone Yang Terkini Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata Celcom amat memahami cabaran yang kini dihadapi oleh rakyat Malaysia dan betapa pentingnya untuk kekal berhubung antara satu sama lain. Celcom komited untuk terus prihatin terhadap rakyat Malaysia dengan memperkenalkan tawaran terbaik serta pakej berpatutan. 

“Sebagai sebuah organisasi tempatan yang sehati sejiwa dengan rakyat Malaysia dalam menyambut Hari Kebangsaan ke-64 ini, kami ingin memastikan agar rakyat kekal berhubung dengan keluarga dan rakan mereka melalui rangkaian 4G yang terluas serta menggunakan peranti 4G. Ketika rakyat Malaysia sedang memainkan peranan dalam membendung penularan wabak ini, kami menggalakkan mereka untuk menyantuni satu sama lain melalui komunikasi mudah seperti teks ucapan ringkas atau panggilan video dengan orang yang tersayang untuk menceriakan hari anda.

“Selain itu, Celcom akan terus prihatin terhadap keperluan rakyat, memastikan inklusiviti dan meletakkan rakyat dekat di hati. Selaras dengan inisiatif kerajaan Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin, kami terus menjangkaui seluruh rakyat Malaysia dengan liputan 4G terluas dan pakej yang paling berpatutan.   Dalam usaha negara menuju ke arah liputan 4G sepenuhnya pada akhir tahun ini, kami menyarankan agar semua rakyat Malaysia mengambil kesempatan untuk menaik taraf peranti 3G kepada 4G melalui tawaran Prihatin istimewa ini,” kata Idham.

Berdiri Teguh Dan Memacu Ke Arah Pendigitalan Inklusif

  • 16 Ogos 2021 hingga 16 September 2021 – Pakej Peranti RM1 Malaysia daripada Celcom menawarkan peluang kepada semua pelanggan sedia ada dan baharu untuk memiliki peranti 4G baharu dengan ciri VoLTE bernilai sehingga RM3,000 (RRP) daripada jenama seperti Oppo, Vivo dan iPhone pada harga RM1. Tawaran tersebut dipakejkan bersama pelan pascabayar Celcom MEGA™. Pelanggan dapat membuat pembelian tersebut menerusi Celcom Online Shop, bluecube atau Celcom Certified Partners (CCP) di seluruh negara.
  • 16 Ogos 2021 hingga 30 September 2021 – Program Jaringan Prihatin Celcom menawarkan rebat tambahan sebanyak RM60 bagi pelanggan prabayar dan pascabayar untuk berhubung secara digital dengan peranti baru bercirikan 4G VoLTE serta akses internet tanpa had iaitu tambahan kepada program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) oleh kerajaan yang memberikan subsidi sebanyak RM300 kepada isi rumah dan RM180 kepada individu yang layak. 
  • 16 Ogos 2021 hingga 31 Disember 2021 – Internet Harian PERCUMA 1GB (30GB Sebulan) untuk semua pelanggan Celcom, ditebus menerusi aplikasi Celcom Life. Pemberian data percuma ini khusus untuk kegunaan pembelajaran atas talian dan juga melayari internet.
Celcom Bantu Untuk Kekal Berhubung, Sentiasa Prihatin Dengan Rakyat Malaysia

Kempen Merdeka Celcom tahun ini menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk meraikan sifat perpaduan dan saling bertanya khabar antara satu sama lain.

Sebagai tambahan, Celcom turut menawarkan lebih banyak promosi istimewa untuk pelanggan sepanjang tempoh berikut:

  • 6 Ogos 2021 hingga 30 September 2021 – Pelanggan berpeluang memenangi iPhone 12 mini 64GB berharga RM3999 (RRP) secara PERCUMA di Celcom Online Shop secara eksklusif melalui ‘Merdeka Deals Contest Giveaway‘! Pelanggan hanya perlu mendaftar dengan sebarang Tawaran Merdeka bagi pakej peranti pascabayar di Celcom Online Shop dan masukkan kod baucar “IWANT” semasa mendaftar dan berpeluang untuk menang!
  • 13 Ogos 2021 hingga 30 September 2021 – Pelanggan baru dan sedia ada berpeluang memenangi Samsung Galaxy S20+ bernilai RM3,999 secara PERCUMA apabila mereka mendaftar atau naiktaraf ke mana-mana pelan Celcom XP Lite™ ATAU pelan Jaringan Prihatin XP Lite™. Promosi ini akan hanya terdapat di Celcom Online Shop . Pelanggan boleh mendaftar, masukkan kod promo “Malaysia” dan berpeluang untuk memiliki Samsung Galaxy S20+ bernilai RM3,999 secara PERCUMA!
  • 16 Ogos 2021 hingga 30 September 2021 – Langgan mana-mana pelan pascabayar Celcom MEGA™ atau Celcom MEGA™ Family Line dan dapatkan pulangan tunai sehingga 80% dalam bentuk kredit Touch ‘n Go eWallet. Hanya terdapat di Celcom Online Shop.

“Sebagai syarikat telekomunikasi yang prihatin, kami mempunyai kewajipan untuk memperkasa rakyat Malaysia dalam menghadapi apa jua keadaan sekalipun. Merdeka ini, marilah bersatu sebagai sebuah negara dengan tujuan yang sama iaitu mengecilkan lengkungan jangkitan supaya kekal selamat serta kekal terhubung setiap masa,”

– Idham

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tawaran terkini dan eksklusif Celcom, pelanggan boleh melayari laman web kami www.celcom.com.my atau laman Facebook dan Twitter Celcom.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tony Fernandes Airasia 2020 | 23

AirAsia Hulurkan Bantuan Makanan Melalui Kerjasama airasia grocer & kitajaga.co

Ustaz Ebit | 24

“Ini Satu Fitnah Yang Kejam” – Ebit Lew Selesai Beri Keterangan Polis Isu Gangguan Seksual