in , ,

Cef Ili Sulaiman Hos Program BELANGA KACUKAN

Cef Ili Sulaiman menjemput artis yang berketurunan kacukan untuk memasak hidangan bersama-sama dalam program “Belanga Kacukan”yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 12 Ogos ini, setiap Isnin, pukul 1.00 tengah harimenerusi saluran TV Okey.

Menariknya dalam 13 episod program ini turut berkongsi kisah latar belakang dan kerjaya artis jemputan. Begitu juga keunikan tiga resipi traditional pelbagai bangsa dan keturunan dalam setiap episod siarannya. Antara artis jemputan termasuklah Keith Foo, Zizi Kirana, Fahad Iman, Tash Yong, Josiah Hogan, Intan Ladyana dan Julia Ziegler.  

poster Belanga Kacukan

Dalam episod pengenalannya, Cef Ili mengajak selebriti jemputan, Keith Foo, kacukan Cina dan India memasak tiga jenis hidangan bersama-sama dengan beliau. Antara resipi yang disediakan oleh mereka adalah rasam, kari ketam vanggey dan lai chi kang. Mereka seronok dapat menikmati hidangan masakan bersama-sama.

tetamu Zizi Kirana

Episod kedua Cef Ili mempelawa selebriti jemputan Zizi Kirana, kacukan bangsa Cina dan Melayu memasak dihidangkan diberi nama hinava, mi tuaran dan klepon labu kuning. Seterusnya bersama-sama selebriti jemputan, pelakon yang sedang meningkat naik namanya, Fahad Iman, turun padang menyediakan hidangan sup wantan, loh mai kai dan puding beras. Fahad Iman anak kacukan Cina, Arab dan Melayu ini turut berkongsi pengalamannya menceburi dalam bidang lakonan selama tiga tahun.   

Kenali dengan lebih dekat personaliti dan kebolehan memasak pelakon anak kacukan Thailand dan Melayu iaitu Tash Yong. Tash Yong bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan sebaliknya turut pandai menari dan menyanyi. Antara sajian yang disediakan oleh mereka bersama adalah jemput-jemput udang, pad krap paw dan bubur cha cha.

tetamu Sabhi Sadhi

Selebriti seterusnya dijemput oleh Cef Ili iaitu Dini Schatzmann, bakat baru dalam bidang lakonan anak kacukan Melayu dan Switzerland. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang. Beliau mendapatkan Ijazah Engineering di Kanada. Disebabkan beliau ialah seorang vegetarian, maka mereka telah menyediakan tiga jenis hidangan vegan iaitu Popiah Lobak dan Tofu, Mi Kari Vegan Pulau Pinang dan Swiss Chocolate Mousse. 

Berkenalan pula dengan pelakon Riena Diana, anak kacukan Cina Thailand dan Melayu. Antara masakan yang disediakan oleh mereka adalah Itik Peking Beraroma, Pu Keng Lu Heng (Kari Ketam Thailand) dan Khao Niaow Ma Muang (Nasi Pulut Mangga). 

Berikutnya giliran pelakon Mustaqim Bahadon, anak kacukan Cina dan Melayu menunjukkan kemahiran memasak dalam dirinya dengan menyediakan hidangan Sup Halia Ayam Kampung, Cili Pan Mee dan Ma Lai Gao. 

tetamu Keith Foo

Pelakon cantik kacukan Siam dan Melayu, Intan Ladyana memasak tiga jenis hidangan bersama-sama dengan Cef Ili iaitu Kai Ho Bai Toey, Asam Pedas Ketam dan Tub Tim Grob (sejenis pencuci mulut).

Penyanyi Sabhi Saddi, anak kacukan Melayu dan Pakistan turut mencabar kebolehan dirinya memasak dengan menyediakan tiga menu sedap iaitu Kari Sayur Pakistan, Dam Briyani Pakistan dan Smoothie Avokado.

Dalam episod sepuluh Cef Ili berkongsi dapur dengan pelakon cantik Emelda Rosmila yang merupakan anak kacukan Pakistan dan Arab. Pelakon yang juga seorang pereka feksyen ini berkongsi menu Roti Nan Bawang Putih dan Hummus, Dumbay Ki Nihari dan Gulab Jamun iaitu sejenis pencuci mulut.

Semakin menarik resipi disediakan aktor kacak Josiah Hogan, anak kacukan Mexico dan Melayu memasak menu ‘Otak-Otak Udang’, ‘Quessadillas & Mattar Pilau’ dan ‘Churros’. Turut dikongsikan kisah kerjaya dan perkembangan terkini beliau dalam bidang lakonan.

Ikuti juga episod bersama-sama tetamu undangan Hazman Al Idrus yang mempunyai kacukan Arab dan Melayu, untuk memasak tiga jenis hidangan termasuklah ‘Babaganush & Mattar Pilau’, ‘Ikan Tawa Goreng’ dan ‘Ketupat Sotong’. 

Akhir sekali program ini mengundang pelakon Julia Ziegler, memasak tiga jenis hidangan dengannya. Julia Ziegler merupakan anak kacukan Jawa dan Jerman ini seronok berkongsi pengalaman beliau lebih sedekad dalam bidang lakonan. Antara menu yang disediakan oleh mereka adalah ‘COB Salad’, Ayam Goreng Country’, ‘Kek Gula Hangus’.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

tetamu Fahad Iman
resipi dalam Belanga Kacukan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Azar Azmi Pernah Terima Bayaran Berlakon Serendah RM50

Fauziah Latiff Antara Selebriti Meriahkan Program RESIPI MUARA