in

Casing iPhone 5 Paling Murah di Malaysia

‘CASING’ TELEFON PINTAR iPHONE 5 MENDAHULUI KEMUNCULAN TELEFON PINTAR iPHONE 5 DI MALAYSIA

popmycase, pereka aksesori inovatif untuk telefon pintar tunggal di Asia hari ini mengumumkan pelancaran ‘casing’ iPhone 5 mendahului kemunculan telefon pintar tersebut di Malaysia.

Pelancaran ‘casing’ iPhone 5 ini merupakan masa yang paling sesuai kerana terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa telefon pintar iPhone 5 akan dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat. Sebagai salah satu daripada 5 syarikat pengubahsuaian rekaan ‘casing’ telefon di dunia, popmycase kini menerajui pasaran Asia yang bernilai 150 juta dollar Amerika (RM 461 juta).

From Left Edi Yuzri, G Mr Josafri Johari, Nini Marini

popmycase adalah satu-satunya syarikat di Asia yang menyediakan platform untuk pengguna telefon pintar menghasilkan rekaan ‘casing’ tersendiri yang menepati citarasa seseorang individu. Kini ‘casing’ telefon pintar bukanlah sesuatu yang membosankan dan dimiliki oleh orang ramai.

“Casing telefon pintar iPhone 5 dari popmycase mampu memenuhi permintaan pelanggan yang ingin menggambarkan personaliti mereka tersendiri. Selain menyediakan ruang untuk para pengguna menghasilkan karya unik, kami juga bekerjasama dengan beberapa artis grafik ternama untuk menghasilkan rekaan ‘casing’ yang mempunyai elemen seni,” jelas Pengarah Urusan Kumpulan Pop My Berry, Josafri Johari.

Menyentuh mengenai kualiti, beliau menambah “Berikutan maklumbalas yang diterima daripada pelanggan iPhone 5 tentang bahagian belakang telefon yang senang calar, popmycase adalah pilihan terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ini kerana ‘casing’ iPhone5 dari popmycase diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi yang dikenali sebagai Lexan. Ianya adalah bahan khas yang ringan, tahan lasak dan fleksibel. ‘Casing’ ini bukanlan dari bahan plastik biasa, sebaliknya ianya adalah resin polikarbonat yang turut digunakan oleh NASA dan komponen jentera Formula 1.”

Langkah mudah untuk mengubahsuai rekaan tersendiri
Pengubahsuaian karya ‘casing’ di popmycase.com adalah semudah 1-2-3. Pengguna hanya perlu muat turun gambar sendiri daripada komputer pada kanvas kosong yang menyerupai ukuran sebenar bahagian belakang telefon iPhone 5. Ubah suai imej tersebut mengikut citarasa tersendiri dan beli. Hasil rekaan yang telah siap akan dihantar terus kepada anda dalam masa 2-3 hari.

Proses pencetakan berinovasi tinggi
Setiap ‘casing’ yang dihasilkan harus melalui proses pebuatan yang sangat kompleks dan juga tekanan haba setinggi 285 Celcius. Ini membolehkan dakwat berwarna meresap terus dalam ‘casing’ tersebut. Proses ini menghasilkan imej yang sangat jelas dan tidak mudah luntur dan pudar.
Harga ‘casing’ dan proses penghantaran

popmycase boleh didapati di www.popmycase.com. ‘Casing’ pra-rekaan boleh ditempah dari RM98 dan penghantaran ke seluruh Asia mengambil masa selama 2 hingga 3 hari bekerja, manakala tempahan dari luar negara akan sampai dalam masa 5 ke 7 hari bekerja.
Untuk maklumat lanjut, hubungi +603-55110441 atau email ke [email protected]

Mengenai popmycase
Sebagai peneraju aksesori inovatif telefon pintar terunggul di Asia, popmycase mengadunkan seni dan kecanggihan teknologi untuk memenuhi keperluan rekaan ‘casing’ telefon yang unik dan menarik. Permintaan untuk pengubahsuaian ‘casing’ telefon adalah tinggi kerana ia bukan saja memberikan perlindungan dari calar dan sebagainya, malah merupakan suatu manifestasi fesyen pengguna. Untuk maklumat lanjut, layari www.popmycase.com

Img_2402

Nini Marini And Her Design Customised Cases

Pirnt Single02

Pirnt Single03

Press Conference Popmycase

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

New AMD FX Line-Up

Taking the Digital World by Storm