in

CARTA BLOCKBUSTER Menampilkan Top 10 Filem Paling Popular

Jom Tonton CARTA BLOCKBUSTER di Portal Tonton

Ini khusus untuk korang yang minat menonton filem yang ditayangkan di pawagam masa kini. Kalau korang nak tahu carta terkini tentang filem mana yang mengungguli carta box office di Malaysia, nah… korang kena tonton CARTA BLOCKBUSTER!

carta

CARTA BLOCKBUSTER menampilkan carta terkini 10 filem mingguan paling popular dan juga turut memberi kupasan filem terbaru serta temuramah eksklusif bersama pelakon serta selebriti jemputan setiap minggu.

Budiey juga turut dijemput untuk mengulas filem terkini dan kini telah pun masuk ke episod ke 5. Jadi, kalau korang nak tahu ulasan Budiey tentang filem pilihan setiap minggu, kena tonton CARTA BLOCKBUSTER. Terima kasih kepada KRU TV yang memberi kepercayaan kepada Budiey untuk menjadi pengulas filem di Carta Blockbuster.

Kalau korang nak tahu, program terbaru terbitan KRU TV ini telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari pengeluar pengeluar filem antarabangsa dan tempatan. Program ini dapat disaksikan secara mingguan di mana peminat dan penonton dapat mengetahui kedudukan carta filem yang sentiasa bertukar dan kehebatan filem tersebut melalui trailer dan kupasan ringkas dari Budiey.

Selaian daripada itu peminat juga boleh mengetahui filem apakah yang sedang di tayangkan di pawagan. Dengan hanya mendaftar di www.tonton.com.my, klik di KRU TV anda kan dihiburkan secara percuma oleh program yang dihoskan oleh Christina Suzanne. Selain artis jemputan yang terdiri dari pelakon pelakon tempatan, Carta Blockbuster juga menampilkan event eksklusif pelancaran dan tayangan perdana filem tempatan yang terbaru. Program ini tidak terdapat dimana-mana rancangan program tv yang lain.

Budiey harap kepada pembaca yang ada blog dan twitter boleh tulis tentang Carta Blockbuster dalam blog korang ya. Tolong sebar-sebarkan. Terima kasih.

Me & hos Carta Blockbuster, Christina Suzan

Christina Suzanne & Budiey

carta

carta

Episod ke-3: Carta Blockbuster bersama Cristina Suzanne mengupas filem Harry Potter & The Deathly Hallows Part 2 bersama artis jemputan Tolong Awek Aku Pontianak; Nurul Wahab & Rashidi Ishak! http://bit.ly/krublockbusterep3

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Westlive Live In Kuala Lumpur Gravity Tour 2011

ANA & AirAsia to Form AirAsia Japan