in ,

Cara Mudah Nak Menonton Sukan Olimpik Tokyo 2020 Secara Percuma

Korang nak menonton siaran langsung Sukan Olimpik 2020? Mungkin cara ini dapat membantu korang menonton secara PERCUMA!

Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan berlangsung secara rasminya bermula semalam 24 Julai sehingga 8 Ogos 2021 kelak. Selari dengannya, semestinya ramai yang ingin menonton pelbagai acara yang dipertandingkan dan mengikuti perkembangan arena sukan antarabangsa.

Selari dengannya, kini pihak RTM menyediakan sebuah laman khas, membolehkan anda menonton dan menstrim pelbagai acara Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara percuma.

RTM

Anda boleh menonton ia secara percuma bermula hari ini dengan acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada pukul 6.45 petang, dan diikuti dengan pelbagai acara yang dipertandingkan bermula pagi esok.

RTM menyediakan lima saluran melalui web khas mereka bagi anda mengikuti acara yang disukai anda secara percuma.

Bagi anda yang berminat, boleh ke portal khas RTM, dan strim pelbagai kandungan Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini secara percuma hari ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabil Ahmad Mahu Bagi Bonus Untuk Pelakon Filem MAT BOND MALAYA Jika Kutipan RM10 Juta

“Krim SAAPUU Berjaya Rawat Derita Ibu Saya,” – Nur Farahana Arshat