in , ,

Cara Kaka Azraff Kekal Cergas & Cantik di Bulan Puasa

Semasa Budiey hadir di InnerShine Seri Singing Contest Grand Finale yang berlangsung di The Curve baru-baru ini, Budiey sempat menemubual Kaka Azraff secara eksklusif. Seronok dapat jumpa dan borak-borak dengan Kaka. Bukan apa, lama betul tak jumpa penyanyi yang terkenal dengan lagu BUKAN HAL AKU ni. Sekali dapat jumpa, banyak pulak soalan yang Budiey tanya, termasuklah perkembangan terkini Kaka Azraff yang semakin aktif dalam bidang lakonan. Tapi apa yang Budiey dapat lihat, perubahan ketara pada Kaka ialah penampilannya dah nampak lebih cantik berseri-seri, kurus dan langsing. Apa rahsianya ya? Korang kena baca sampai habis temubual ni, okay.

Layak Ke Kaka Azraff sebagai juri pertandingan nyanyian?

Selain Hunny Madu dan Marsha Milan, Kaka Azraff antara juri yang dilantik oleh InnerShine untuk memilih pemenang pertandingan InnerShine Seri Singing Contest Grand Finale. Perasaan Kaka, bukan main teruja dan gembira lagi apabila Kaka dijemput sebagai juri. Yelah, tak pernah dalam hayatnya dilantik jadi juri kerana kariernya dalam nyanyian masih baru setahun jagung.

Walaupun merasakan belum masanya untuk jadi juri, Kaka begitu positif dengan peluang yang diberikan dan menganggap tugas yang digalas ini satu pengalaman berharga untuk beliau belajar bagaimana cara yang betul untuk menyanyi. Kaka akui dia belum layak pun nak jadi juri. Apa yang boleh dibuat ialah beliau menilai para finalis di mata seorang penonton.

Bercakap tentang pertandingan nyanyian anjuran InnerShine ni, Kaka percaya ini satu platform bagi mereka yang ada bakat untuk menunjukkan bakat mereka dan mengetengahkan bakat yang mereka ada kepada umum. Bukan mudah kerana finalis perlu nampak lebih unik dan kreatif selain vokal kenalah mantap. Kaka bersetuju acara seperti ini perlu dianjurkan setiap tahun untuk mencungkil bakat terpendam dari bakat ‘underground’. Bukan sahaja disertai oleh peserta dari Semenanjung, malah dari semua negeri termasuklah Sabah. Rata-rata dari mereka adalah pengguna InnerShine.

Hunny Madu, Kaka Azraff and Marsha Milan performing the SERI song at the event

Pengalaman Kaka Bergabung Dengan Marsha & Hunny Madu untuk lagu SERI.

Menyentuh tentang kolaborasi pertama kali bersama Marsha Milan dan Hunny Madu dalam lagu SERI untuk Kempen InnerShine 12-Day D’Tox, Kaka akui bukan senang untuk menyempurnakan dan memberi feel kepada lagu SERI kerana mereka perlu berlatih dengan lebih gigih. Kaka seronok bekerja kerana masing-masing ada vibe dan aura tersendiri. Namun, dengan bantuan Hunny Madu dan Marsha Milan, segala cabaran dan kerja yang susah menjadi lebih mudah dan lancar. Mereka juga mendapat tunjuk ajar daripada komposer dan saling bertukar pandangan agar lagu SERI ini lebih mesra pendengar dan sedap didengar.

Rahsia bukan lagi rahsia. Kaka yang dulunya nampak agak berisi, kini semakin langsing. Kaka akui dengan mengambil InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu menjadikan gaya hidupnya berubah. Dari dulu lagi, Kaka sudah amalkan InnerShine Pati Prun sebelum dilantik menjadi duta untuk program detoksifikasi InnerShine® selama 12 hari ini.

Kesannya, dalam masa seminggu dah dapat melihat kesan pengambilan InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu ini di mana kulitnya nampak cerah, bermaya dan berseri-seri. Kalau dulu, kulit wajahnya agak kusam dan tak bermaya, kini dah lain macam dah. Makin cantik menawan.

Intipati prun ini yang diperkuasa dengan Maltodextrin Resistan – sejenis larutan serat makanan – dapat meningkatkan kelancaran usus untuk menghilangkan toksin dan menggalakkan sistem penghadaman untuk menyerap nutrien dengan lebih efektif.

camu innershine

Terbukti, InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu ini memang baik kepada sistem penghadaman kita. Bagi Kaka, dalam masa satu hari je, beliau akan nampak kesan tersebut dan akui sangat mudah untuk pencernaan dan organ dalaman termasuklah perut dan usus.

Maklumlah, kita selalu je makan makanan segera, jadi detoks membuang segala toksin dalam badan. Yang ajaibnya, apabila Kaka mendapati pada hari pertama mengambilnya sudah nampak kesan di mana beliau senang semasa buang air besar. Kaka rasa bertuah sangat apabila dipanggil untuk kempen InnerShine®. Peluang ini tidak dapat dilepaskan kerana ia memberi perubahan dan transformasi kepada penampilan dirinya. Selain itu, Kaka rasa lebih bertenaga dan sihat sepanjang hari kerana zat vitamin yang terkandung di dalam InnerShine Pati Prun memang berkhasiat.

Cara pengambilan InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu yang sebetulnya adalah sewaktu sebelum kita nak tidur. Tapi lain pula bagi Kaka kerana beliau mengambil dua botol sehari iaitu sewaktu bangun tidur dan sebelum tidur. Sebenarnya, dah cukup satu botol sahaja sehari. Namun, jika korang nak tengok hasilnya dengan cepat, bolehlah amalkan sepertimana Kaka buat ni. Budiey pun dah cuba mengamalkan InnerShine Pati Prun ini dan ternyata memang betul Kaka cakap tu… sangat berkesan untuk sistem pencernaan.

Rasanya yang manis tu sebenarnya adalah manis buah dan ia tidaklah memudaratkan kepada kesihatan jika mengambil dua botol sehari. Tiada kandungan gula tambahan. Menurut Kaka, kalau kita ambil lebih daripada satu botol pun takde masalah sebenarnya. Intipati yang kaya dengan Vitamin C semula jadi daripada buah prun dan buah Camu Camu ini juga kaya dengan anti-oksidan yang membantu tubuh menentang radikal bebas, menjadikan kulit tampak lebih muda dan berseri.

Sepanjang bulan Ramadan ini, Kaka mengambil InnerShine Pati Prun sewaktu sahur dan begitu juga dengan sewaktu ingin tidur. Menurut Kaka, dalam bulan Ramadan ini, walaupun sibuk dengan menghadiri jemputan berbuka puasa dan juga pengambaran drama, beliau rasa bertenaga sepanjang hari.

Perkembangan Terkini Kaka?

Alang-alang lama tak jumpa tu, Budiey sempat bertanyakan kepada Kaka… apalah yang dibuatnya sekarang ni. Dengarnya, jadual Kaka semakin sibuk dan padat. Terkini, Kaka terlibat dengan pengambaran drama PLAN CINTA TAK JADI untuk Astro Ria bersama pelakon terkenal Fattah Amin, Nur Fathia, Ramona Zam Zam, Arja Lee dan ramai lagi. Kaka juga bertuah kerana pada tahun ini, Kaka menjadi wajah duta kepada Syukur Selalu TV9.

Peraduan Menang Produk InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu

Kepada pembaca yang budiman, mahu menang produk InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu? Okay, jangan lupa untuk layari blog ini dari masa ke semasa untuk memenanginya. Sehingga itu, selamat hari raya Aidilfitri dari Budiey.com untuk semua. Semoga kita semua ceria dan berseri-seri di lebaran mulia nanti.

Gigih uols kerja mengeinterview Kaka yg semakin jelita bersinar cemerlang dgn Innershine. Tapi sbb Kaka ceria dgn habang sekali turut ceria walaupun...   By @kakaazraff "Thank you Budiey for always supporting me! 🙏 #innershine #innershineseri #inners

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dato’ Seri Siti Nurhaliza

1 Syawal Berhibur Dengan LEBIH INDAH BERSAMA DATO’ SITI NURHALIZA

Budiey Cyrill Hassan Hasmasharil Hassan

Ulasan Kereta Tiguan dari Volkswagen