in , ,

Ulasan Kereta Tiguan dari Volkswagen

Nampaknya raya tahun ini lebih meriah dari tahun lepas. Bukan apa la, Cyrill sahabat baik Budiey tu baru je beli kereta baru jenis Tiguan dari Volkswagen. Kemain happy lagi dia dapat beraya dengan kereta baru. Jeles I.

Sekali mula-mula jeling kat kereta tu… Fuhlamak. Cun habis wa cakap sama lu. Budiey pun tumpang tuah la. Tumpang gembira. Tumpang happy. Try la naik sekali. Bila lagi kan? Biasalah, bila hari raya datang. Semua benda nak tukar yang baru kan? Pendek kata, rumah pun nak kena nampak baru walaupun hanya cat dengan warna baru, ye dok?

Tiguan Volkswagen

Kira berdesum gak la, Budiey cuba memotong kenderaan kat depan. Ternyata Tiguan mampu membawa kami dengan cemerlang sekali. Orang kata, tak perlu nak menekan pedal pendikit sehabis mungkin. Kerahan tenaga tidak perlu dipulas seratus peratus sebab Tiguan ni bijak untuk mempamerkan prestasi yang seakan tersembunyi di sebalik kelembutannya.

Kami tak berhenti pun sebab berpuasa. Jadi, walaupun jauh, nampaknya Tiguan sangat steady walaupun berkapasiti 1.4 liter TSI empat silinder suntikan terus bahan api, ternyata ia gagah dipacu. Mengikut kata jurujual, ia mampu menghasilkan kuasa maksima sehingga 160 PS dan tork 240 Nm. Okay bercakap pasal gear pula, semasa Budiey buat tukar gear, dapat rasa ia masih lancar.

Okay, kita tinggal pasal enjin. Kata Cyrill apa yang menarik hatinya untuk memiliki Tiguan adalah kemasan bahagian dashboard. Cukup elegan dan mewah sekali. Memang memikat hati sangat, patutlah Cyrill terpikat. Setiap butang kawalan senang dikendalikan. Mudah dan segalanya ada tersedia depan mata. Kami berdua setuju jika dapat katakan sentuhan lembut pada permukaan papan pemuka dan bahagian pintu juga menyuntik sedikit elemen mewah.

Budiey juga suka dengan stering Tiguan ni. Stering Tiguan ni dibalut dengan leather dan grip yang nampak sporty.

Yang uniknya, Tiguan didatangkan dengan brek parkir elektrik. Mula-mula cuba guna, Budiey pun tertanya-tanya gak kat mana pulak hand-break kan? Puas Budiey cari tak jumpa. Rupanya, hand break tu terletakknya kecil je dekat dengan gear. Fungsinya auto hold, pemegang tombol fear balutan kulit, cermin pandang belakang anti silau.

Kemudian, tempat duduk belakang boleh dilipat, begitu juga dengan meja kecil pada belakang tempat duduk depan, jadi ini memudahkan kita nak makan minum rasa macam dalam flight pulak kan.

Untuk caj bateri henset pulak takde masalah. Soket 12 volt pada bahagian konsol tengah. Sistem tempat duduk boleh laras untuk keselesaan pemandu. Oh ya, Budiey lupa nak sentuh pasal pendingin hawa dalam kereta ni. Ada lapan lubang air cond kat dashboard depan. Patulah sangat selesa sebab Tiguan ni menggunakan sistem penghawa dingin Climatic semi automatik. Tak sampai 15 saat, kita dapat rasa sejuk dan nyaman sekali.

Antara elemen menarik yang turut ditampilkan pada SUV 2WD ini ialah ia turut dilengkapi dengan sistem penghidup enjin automatik yang mampu mengurangkan penggunaan bahan api dan pemancaran karbon dioksida. Patutlah kereta Tiguan antara kereta Volkswagen paling popular. Dikatakan kereta ini telah dijual sebanyak 600,000 unit seluruh dunia semenjak ia dilancarkan pada tahun 2007.

Untuk lebih premium, Tiguan juga tampil dengan elemen pilihan Teck Pack yang lebih inovasi termasuk kamera undur, sistem penghawa dingin ‘Climatronic’ dengan dua zon kawalan, skrin sesentuh berwarna RCD510 dengan sistem radio dan pemain MP3, sambungan untuk Bluetooth, kawalan kelajuan dan juga roda stereng balutan kulit.

Tiguan Volkswagen

Dari Tapah, kami terus ke Kampar dengan melalui jalan bengkak bengkok. Memang mencabar sikit. Bak kata Cyrill, jalan ni macam ular pun ada. Ada jalan yang berlopak dan berlubang. So, kenala hati-hati. Jadi, kami terpaksa melalui selekoh tajam. Tapi masih lagi dapat rasa kestabilan dan kemantapan. Biar pun melalui jalan bengkang bengkok, Tiguan masih tetap mantap. Pendek kata Tiguan ni bukan sahaja sesuai untuk pemanduan di jalan bandar tapi sesuai juga dipandu di kampung.

Ada masa drive balik kampung ni buat kami mengantuk. Jadi, dengan Tiguan yang memang mementingkan aspek keselamatan, Tiguan dilengkapi dengan sistem pengesan ‘Rest Assist’ yang mampu memberikan amaran jika pemandu memandu dalam keadaan mengantuk.

Pendek kata, segala yang dibuat atas dasar keselamatan. Tiguan turut menampilkan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), enam beg udara, tiga-poin tali pinggang keselamatan dan sistem anti kecurian, selain ciri standard seperti ABS dan Bantuan Brek (BA). Haa, mana nak cari.

Dari sudut reka bentuk, kami rasa model facelift Tiguan ini, ia kelihatan lebih sporty berbanding model terdahulu. Tu la, tak kenal maka tak cinta, jadi, korang kena cuba test drive kereta ni dulu la.

Kehadiran gril radiator krom dengan lampu utama halogen pelarasan automatik dan lampu pencahayaan siang (DRL) LED (bagi pilihan Tech Pack), lampu kabus pada bahagian hadapan dan belakang, serta cermin sisi boleh laras secara elektronik menyerlahkan lagi gaya SUV ini.

Malah bagi menampakkan gaya yang lebih mantap, Tiguan turut dipadankan dengan rim aloi ‘Boston’ bersaiz 17 inci serta roof rail berwarna perak.

Volkswagen Tiguan baharu yang dinaik taraf ini boleh didapati dalam 9 warna pilihan, pertama ialah Candy White dalam warna solid, tujuh warna metalik seperti Reflex Silver, Wild Cherry Red, Silver Leaf, Toffee Brown, Night Blue, Pepper Grey dan Titanium Beige, dan satu lagi ialah Deep Black dengan kesan mutiara. Bagi kemasan kulit ‘Vienna’, tersedia dua warna untuk dipilih, sama ada Titanium Black atau Furioso.

Berharga atas jalan RM178,888, boleh dikatakan ia berbaloi dengan kelebihan yang ditonjolkan oleh SUV 2WD ini. Dan jika inginkan tambahan elemen, pakej Tech Pack boleh dijadikan pilihan dan bernilai tambahan RM10,000.

Kami sampai di kampung dengan selamat. Walaupun Budiey bawa slow tapi akhirnya sampai di Tanjung Tualang. Tak sedar, sambil borak-borak dalam kereta, sambil memandu, akhirnya disambut dengan senyuman bonda.

Hari raya dah dekat. Jadi, korang yang berminat ni, apa kata cuba dulu sebelum memiliki kereta ni. Apa-apa, korang kena test drive la dulu .

Klik sini: http://www.volkswagen.com.my/en/book-a-test-drive.html

Bukan apa, nak beli kereta ni nak kena tengok juga gaya hidup kita, kemampuan kita dan siapa kita. Kena ukur baju tu pada badan sendiri.

Sekian dulu dari kami… Selamat Hari Raya Aidilfitri.. hati-hati semasa memandu. Semoga semua tiba di pangkuan keluarga dengan selamat.

Tiguan Volkswagen

Tiguan Volkswagen

Tiguan Volkswagen

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Kaka Azraff Kekal Cergas & Cantik di Bulan Puasa

Filem TO THE FORE Dalami Dunia Sukan Berbasikal