in , ,

Calum Scott Menampilkan Vokal Diana Danielle Dalam Single HEAVEN

Calum Scott – Heaven menampilkan Darren Espanto (Philippines), Diana Danielle (Malaysia) Hoàng Duyên (Vietnam) & Lyodra (Indonesia). Sebuah projek khas yang bakal dilancarkan pada 3 Jun 2022.

 Lagu terbaharu penyanyi dan pencipta lagu pemenang pelbagai anugerah asal Britain, Calum Scott yang berjudul “Heaven” telah diberi sentuhan yang lebih segar dengan pembabitan beberapa bintang Asia Tenggara.

Bintang-bintang pop tersohor rantau ini dari Filipina (Darren Espanto), Malaysia (Diana Danielle), Vietnam (Hoàng Duyên) dan Indonesia (Lyodra), telah merakam semula balada syahdu Calum dengan cara mereka tersendiri, namun masih mengekalkan intipati lagu tersebut. Dijadualkan untuk pelancaran pada 3 Jun 2022, empat lagu hasil kerjasama ini mengungkap perasaan jatuh cinta dengan gambaran syurgawi yang melangkaui segala perbatasan emosi. 

Calum Scott Menampilkan Diana Danielle Dalam Single Heaven

Menampilkan beberapa bintang tersohor serantau seperti Darren Espanto, salah satu bintang pop terhebat Filipina sejak sedekad lalu, Lyodra, pemenang Indonesian Idol 2020 yang terkenal dengan suara hebatnya, Diana Danielle, pelakon dan penyanyi popular Malaysia dengan lebih enam juta pengikut di media sosial serta Hoàng Duyên, salah seorang artis Vietnam yang semakin meningkat naik.

“ia satu pengalaman yang sangat mengujakan kala dapat bekerjasama dengan Calum untuk lagu Heaven. Berkolaborasi dengannya untuk lagu seindah ini sambil mewakili Malaysia adalah pengalaman yang tak akan saya lupakan,”

Diana Danielle.
Calum Scott Menampilkan Diana Danielle Dalam Single Heaven

Balada penuh makna itu menampilkan bakat Calum dalam meluahkan emosi. 

“Sebagai pencipta lagu, kami sentiasa mencari cara baharu untuk mengucapkan kata-kata seperti ‘aku rindu pada mu’ atau ‘aku cinta pada mu’ kata Calum, yang menulis “Heaven” bersama Hayley Warner (seorang penyanyi dan pencipta lagu kelahiran Australia yang juga pernah mencipta lagu Katy Perry dan Tori Kelly). Konsep ‘Heaven’ adalah percintaan agung antara dua insan yang tidak tergambar. Saya menyukai idea meletakkan ‘kuasa’ dalam perhubungan cinta. Ini diserikan lagi dengan lirik puitis dalam Bahasa Inggeris, “What good is life if we’re all just waiting to dance in the sky?” (yang bermaksud apa gunanya hidup jika kita hanya menanti untuk menari di langit), yang merupakan hasil satu penghargaan dalam menikmati kehidupan dengan menyerahkan segalanya pada cinta.

Setiap versi lagu ini akan dilancarkan bersama muzik video rasmi pada 3 Jun 2022.

Calum Scott Menampilkan Diana Danielle Dalam Single Heaven

C A L U M  S C O T T

Dengan kelahiran album sulungnya Only Human pada 2018, penyanyi dan pencipta lagu asal U.K.Calum Scott mendapat tempat pertama di carta album iTunes di lebih 20 negara seluruh dunia, sekaligus meraih 7.5 bilion penstriman dan masih meningkat. Kini diberi pengiktirafan platinum atau emas di 21 negara, Only Human juga meliputi lagu jualan platinumnya “You Are The Reason,” sebuah karya yang menembusi carta top 25 di Spotify US Viral 50 dan menduduki top 10 di carta single iTunes di 38 buah negara. Album ini turut memaparkan lagu nyanyian semula karya asal Robyn berjudul “Dancing On My Own,” yang Berjaya merangkul pencalonan di anugerah Brit Award nomination untuk kategori Lagu Britan Terbaik. Lagu-lagunya sudah muncul di pelbagai rancangan TV (termasuk “American Idol,” “The Voice,” “So You Think You Can Dance,” “Grey’s Anatomy,” dan banyak lagi), sementara Calum pernah membuat persembahan di rancangan seperti “Late Night with Seth Meyers,” “Ellen,” “Good Morning America,” “Live with Kelly and Ryan,” “Dancing With The Stars,” “The TODAY Show,” serta “The Late Late Show with James Corden,”. Dia juga diakui oleh Billboard ( yang memuji suaranya), The Huffington Post dan Ones to Watch. Album setersunya Bridges bakal dilancarakan pada 17 Jun nanti.

D A R R E N  E S P A N T O

Tidak sampai sedekad artis Filipina-Canada Darren Espanto sudah meninggalkan banyak kesan dalam industri muzik Filipina. Darren mempunyai album aneka platinum, konsert-konsert laris, persembahan hebat serta banyak lagu juara carta. Darren dianggap salah seorang artis pop/R&B lelaki Filipina paling Berjaya dalam dekad terakhir, setelah meraih lebih 100 juta penstriman di laman Spotify, serta lebih 100 juta tontonan di YouTube sahaja. Dalam tahun-tahun terdekat yang lalu, Darren juga sudah mula menerbit dan mencipta lagu, malah terbabit secara teknikal dalam karya-karyanya. Dia juga sentiasa berani mencuba dan meneroka genre muzik lain dari pop electronik hingga R&B moden, serta apa-apa sahaja genre di antaranya. Dia juga berkembang dari seorang bintang berusara muda dan kini ada gaya serta suaranya tersendiri. 

D I A N A  D A N I E L L E

Diana Danielle Danny Beeson adalah seorang penyanyi Malaysia kelahiran Amerika dan dibesarkan di Pulau Pinang, Malaysia. Mula berlakon sejak kecil, Diana muncul dalam banyak filem serta drama tempatan dan sudah memenangi aneka anugerah dalam bidang lakonan termasuk ‘Pelakon Wanita Terbaik’, ‘Pelakon Pembantu Wanita Terbaik’ serta Pelakon TV/Filem Popular. Diana juga Berjaya mengumpul lebih 6.1 juta pengikut di aneka wadah media sosial. Selain menyerlah sebagai pelakon, dia juga sentiasa diburu jenama besar untuk pelbagai projek dan kemunculan TV. Diana juga mencintai muzik. Dengan kekuatan vokal yang unik dan pelbagai kisah yang ingin disampaikan, Diana mula menulis lagu sendiri beberapa tahun lalu, Diana bakal melancarkan karya baharunya tidak lama lagi.

H O A N G  D U Y E N

Seorang bintang meningkat naik dengan ramai pengikut muda. Lagu sulungnya “Chàng trai sơ mi hồng” (jejaka berbaju merah jambu) meraih 14juta tontonan di Youtube dan  mencapai tangga ke #15 di  Youtube Trending Tab dalam masa tiga hari selepas pelancaran.”Sài Gòn Hôm Nay Mưa” pula sampai ke #11 di Youtube Trending Tab dalam 24 jam selepas pelancaran. Dua lagu jua menduduki tangga atas di Spotify Vietnam’s Top Song 2021. Pernah memenangi anugerah Best New Asian Artist di Vietnam sewaktu Mnet Asian Music Award 2021

L Y O D R A

Lyodra adalah pemenang Indonesian Idol 2020. Dengan suara yang hebat dan terkenal dengan gaya nyanyian ‘whistle’, dia berjaya menjuarai pertandingan itu di usia 16 tahun. Lagu pertamanya di bawah Universal Music Indonesia yang berjudul Gemintang Hatiku meraih banyak kejayaan dan ini diikuti dengan lagu hit Mengapa Kita #terlanjurcinta. Pada 16 Julai 2021, Lyodra melancarkan album pertamanya LYODRA. Lagu terbaharunya dari album itu yang bertajuk Kalau Bosan dan Pesan Terakhir juga sedang mendaki carta tempatan dan global. Lagu ‘I’ll Never Love Again’ rakaman asal Lady Gaga yang dia nyanyikan semula menjadi trending #1 di laman YouTube. Lyodra juga telah memenangi anugerah album terbaik 2021 di Anugerah Muzik Indonesia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

10 Tempat Pelancongan Yang “Viral” Dan Baru Di Negeri Selangor 2022

Where the Crawdads Sing

Trailer Where the Crawdads Sing Menampilkan Lagu Nyanyian Taylor Swift