in

Bunohan Kalahkan Kebun Binatang

NETPAC Asian Film Festival (JAFF) 2012 yang berlangsung di Yogyakarta pada 1 – 5 Desember lalu membuka tirai dengan filem ‘Rumah dan Musim Hujan’ karya Ifa Isfansyah. Film-filem apa lagi yang dinobat sebagai pemenang dalam festival yang telah memasuki tahun ke-7 itu?

Berita yang membanggakan apabila penghargaan tertinggi untuk kategori filem panjang memihak kepada filem kita iaitu filem Bunohan arahan Dain Said. Filem lakonan mantap Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim itu sekaligus merangkul anugerah Golden Hanoman.

Sementara filem Indonesia berjudul Postcards from the Zoo (Kebun Binatang) yang sudah ditayangkan di berbagai festival filem dunia ditempat kedua. Filem arahan sutradara Edwin dan lakonan Nicholas Saputra itu membawa pulang Silver Hanoman Award.

Tahun ini JAFF mengangkat tema ‘Redreaming Asia’ yang mengajak khalayak mengimajinasikan kembali wajah Asia yang sedang rancak dilanda arus perubahan. Bermula dengan tema dari bencana alam, konflik etnik, hingga protes dan gerakan sosial yang menrangkumi dari pelbagai penjuru Asia.

Berikut senarai penuh para pemenang JAFF 2012:

Filem
Golden Hanoman Award – Bunohan (sutradara Dain Said, Malaysia)

Silver Hanoman Award: Postcards From The Zoo (sutradara Edwin, Indonesia)

Special Mention Award – Negeri Di Bawah Kabut (sutradara Shalahuddin Siregar, Indonesia)

Filem Pendek (Lights of Asia)

Blencong Awards – The Three Sisters (Leon Cheo, Singapura)

Special Mention Award – Blames and Flames (sutradara Mohammadreza Farzad, Iran)

NETPAC Awards

Cartas de la Soledad (sutradara Teng Mangansakan)

Negeri Di Bawah Kabut (sutradara – Shalahuddin Siregar, Indonesia)

Geber Award

Negeri Di Bawah Kabut (sutradara Shalahuddin Siregar, Indonesia)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Salji Untuk Mabel Arahan Zul Huzaimy

Pelancaran eMall Karangkraf