in ,

Bunga Citra Lestari Ditegur oleh Doktor Sebab Lakukan Swab Test Sendiri

Tindakan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari baru-baru ini mendapat perhatian ramai dan kritikan netizen apabila ‘memandai-mandai’ lakukan ujian saringan COVID-19 terhadap rakannya tanpa bantuan petugas kesihatan.

Video yang dikongsi rakannya di laman Instagram mendapat perhatian seorang doktor. Laporan sebuah portal mengatakan seorang doktor dikenali sebagai Muhammad Fajri Adda’i menegur BCL kerana tidak mempunyai kelayakan untuk melakukan sendiri ujian tersebut. Kata doktor itu lagi, ujian saringan tersebut seharusnya dilakukan dengan berhati-hati untuk mencegah daripada masalah serius.

Bunga Citra Lestari Ditegur oleh Doktor Sebab Lakukan Swab Test Sendiri

Dalam hidung kita ada bahagian yang dinamakan sebagai konka media. Kalau kita sembarangan menjolok, bimbang akan berlaku pendarahan dan jangkitan,” kata doktor tersebut.

Bunga Citra Lestari Ditegur oleh Doktor Sebab Lakukan Swab Test Sendiri

Jelas doktor tersebut, jangkitan itu boleh berlaku sekiranya seseorang itu tidak memahami cara yang betul ujian saringan dilakukan tanpa bantuan pihak yang mempunyai kelayakan atau pengalaman dalam bidang kesihatan.

Sebelum ini juga, BCL meletakkan syarat sesiapa sahaja yang ingin  bertemu dengannya perlu melalui proses ujian saringan yang dilakukannya sendiri.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Altimet Letak Jawatan dalam RPM, Gagal Selesai Isu Royalti

Nadia Brian Akui Suami Dah Failkan Penceraian, Tunggu Tarikh Ke Mahkamah