in ,

Single BULAN BINTANG Taruhan Izzmad Harun

Izzmad Harun, atau nama sebenarnya Mohammad Hazwan Bin Harun, berumur 22 tahun anak ke tiga dari empat orang adik beradik, dilahirkan di Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.

Bulan Bintang, adalah taruhan lagu terbarunya ciptaan dan penulis lirik dari Aesar Mustafa penyanyi dan komposer dengan susunan muzik oleh Nick Cdrw yang berkonsepkan Pop rock terbitan dan di bawah naungan syarikat sendiri Zizzra Red Entertainment dengan sokongan edaran dan nada deringan digital oleh Warner Music Malaysia.

Izzmad Harun

Single BULAN BINTANG Taruhan Izzmad Harun

[dropcap]L[/dropcap]agu Bulan Bintang, mempunyai jiwa pop rock ala-ala JRock sangat bersesuaian dengan jiwa dan vokal Izzmad Harun terkini jika dibandingkan dengan mini album terdahulu yang mempunyai 4 buah lagu berkonsepkan pelbagai versi genre nyanyian dan suara Izzmad seperti lagu-lagu Sahabatku, Inilah Cinta, Aiziah dan Saat Ini ciptaan dan penulis lirik Rosli Ahmad , Nira Aira dan Faizul Rock dibawah kelolaan Rosli Ahmad dari Radical Studio terbitan syarikat sendiri iaitu Zizzra Red Entertainment.

Izzmad Harun, berharap para pendengar dapat menerimanya seadanya dan memberi sokongan terhadap lagu Bulan Bintang dengan hati yang lebih terbuka kerna komennya lagi muzik adalah sangat universal, setiap individu mempunyai citarasa muzik yang sangat berbeza serta mudah berubah mengikut peredaran semasa tambahan lagi dengan kemudahan teknologi maya yang serba canggih masa kini. Jangan lupa muat turun nada deringan lagu-lagu Izzmad tau ujarnya lagi.

Juga harapan Izzmad terhadap klip video muziknya digandinkan bersama pelakon dan model Neera Azizi, 20 tahun arahan pengarah versatil Shuhaimi Lua, Tanah Beris Film Production Sdn Bhd mendapat sokongan padu dari semua lapisan masyarakat diseluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia jua.

Keseluruhan lagu Bulan Bintang jika didengar berkali-kali akan memberi sentuhan qalbu yang sangat mendalam jiwanya hanya mereka yang memahami bait-bait lirik akan merasai sentuhan hingga ke qalbu dan lagu ini akan digunakan sedikit dalam telemovie ditv9 “Cik Celah Bedah” tayangan pada 31hb Oktober 2016, katanya lagi.

[pullquote align=”right”]Dari segi vokal Izzmad Harun telah menunjukkan kematangan suaranya serta cara penyampaiannya sudah jauh berbeza.[/pullquote]

Izzmad sangat berterima kasih diatas sokongan padu serta kritikkan yang membina dari rakan-rakan terdekat serta teman-teman dari media, artis & pelakon dengan jolokkan perkataan “sahabatku” untuk melihat beliau terus maju dalam industri hiburan.

Aktiviti-aktiviti terbaru, Izzmad Harun, juga menceburi dan mengasah bakatnya didalam dunia lakonan juga, yang baru-baru ini beliau telah diberi peluang dan dicungkil bakatnya oleh pengarah versatil Shuhaimi Lua Abdullah dalam telemovie “Jangan Ambil Botol Itu”, Pujaan Malaya” tayangannya ditv9 dan yang terbaru ditv3, drama episod “Lara Cinta Ameena” yang memegang watak sokongan sebagai Spy, walaupun berdialog ringkas tetapi Izzmad Harun amat bersyukur kerna wataknya banyak berinteraksi dengan pelakon hebat seperti Fazlina Ahmad Daud a.k.a Kak Baby yang saya amat kagumi – katanya lagi dengan penuh keterujaan.

[pullquote align=“left”]Inshaallah ada lagi lagu terbarunya yang sudah selesai dirakam ciptaan / penulis lirik dan penyanyi terkenal Hazami untuk drama episod ini bakal digunakan – tunggu yaaa tambahnya lagi dengan wajah keterujaan. – Izzmad Harun[/pullquote]

Bagi Izzmad Harun, cabang seni tidaklah terhad dibidang nyanyian saja dan beliau yakin jika diberi peluang lagi dalam bidang lakonan beliau akan membuat yang terbaik lagi dimasa akan datang dan beliau sangat berterima kasih dengan pengarah Shuhaimi Lua kerana mempercayai bakat lakonannya serta pengurus saya, abang ianzfaris yang banyak membantu serta berkorban masa dan tenaganya untuk menjayakan karier saya katanya.

Juga tidak ketinggalan keluarga tercinta saya, sanak saudara, teman-teman dan yang paling istimewa sekali para peminat dan penyokong Izzmad Harun selama ini, yang menjadi tunggak tulang belakang serta semangat jatinya untuk bergerak maju kehadapan sebagai insan seni, jutaan terima kasih semoga semuanya dirahmati, ujarnya sambil terus menadah tangan berdoa.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Amir Juara Akademi Fantasia 2016

Fahd Ezuan Bakal Popular Dengan Lagu TENTANG KITA