in ,

Fahd Ezuan Bakal Popular Dengan Lagu TENTANG KITA

Tiada sekelumit rasa kecewa, jauh sekali ingin berundur diri apabila dua single pertamanya gagal mendapat sambutan sekalipun lagu nyanyiannya itu cukup berkualiti.

Sedar rezeki masih belum berpihak padanya, Fahd Ezuan terus berusaha tanpa rasa jemu untuk menambat hati perdengar dengan lagu terbarunya bertajuk Lagu Tentang Kita yang mula dikeluarkan Ogos lalu. Lagu berentak balada itu adalah ciptaan Akid dan lirik oleh Poji Samad adalah taruhan kali ketiga buatnya.

Fahd Ezuan

“Saya mula berada dalam industri ini sejak 2012 dan pernah berpeluang bekerjasama dengan nama besar seperti Allahyarham Dato Adnan Abu Hassan yang merupakan pencipta lagu untuk single pertama saya bertajuk Meniti Waktu, manakala single kedua pada 2014 bertajuk Janji dicipta oleh Tam Spider dan lirik ditulis oleh Iman Imran.

“Single ketiga ini siap dicipta hujung tahun lalu, namun atas beberapa faktor yang tidak dielakkan ia hanya dikeluarkan pada Ogos lalu. “Lagu Tentang Kita yang berkisar percintaan sepasang kekasih itu mula mendapat tempat dalam kalangan pendengar sebaik lirik video dimuat naik ke YouTube sebulan lalu.

Menurut pemuda kelahiran Kuala Terengganu ini, biarpun namanya masih belum mendapat tempat sepenuhnya dalam industri seni tanah air namun ruang untuk membukti kemampuannya tetap ada.

Bagi kalangan penduduk Pantai Timur, terutama di Kuala Terengganu, nama Fahd Ezuan cukup dikenali kerana lagunya sering berkumandang di corong2 radio pantai timur.

Fahd Ezuan (4)

Fahd Ezuan Bakal Popular Dengan Lagu TENTANG KITA

[dropcap]M[/dropcap]alah Fahd Ezuan sering diundang untuk mengadakan persembahan sama ada untuk acara makan malam atau konsert dan pernah berkongsi pentas bersama artis2 ternama tempatan dan apa yang mengembirakan Fahd, beliau pernah berduet bersama artis kegemarannya Ella dan Francisca Peter.

[pullquote align=”right”]Walaupun lagu-lagunya yang terdahulu tidak begitu dikenali namun Fahd tidak meletakkan itu sebagai satu kegagalan kepadanya malah merasakan bahawa masa lalu merupakan tempoh masa yang mematangkan beliau.[/pullquote]

Ternyata Fahd sentiasa mengambilnya sebagai ilmu yang mampu diguna pakai pada masa akan datang.

“Saya puas kerana cita-cita saya untuk menjadi seorang penyanyi sejak kecil sudah tercapai, In Shaa Allah rezeki itu ada di mana-mana,yang paling penting adalah sentiasa percaya pada rezeki dan jangan pernah berputus asa dalam apa jua yang kita lakukan.”

“Syukur masih ada ruang untuk saya menunjukkan bakat dan membuktikan kemampuan dalam bidang nyanyian.

Saya tidak pernah patah semangat tetapi sentiasa berusaha memperbaiki persembahan, ” katanya.

Fahd Ezuan (2)

Fahd Ezuan (3)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Single BULAN BINTANG Taruhan Izzmad Harun

Peraduan Menang Merchandise Filem TROLLS