in ,

Buku Resipi Dato’ Fazley Yaakob Menang Anugerah Antarabangsa

Buku resipi pertama tulisan Dato’ Fazley Yaakob memenangi tempat pertama di anugerah buku resipi antarabangsa.

Penyanyi-pencipta lagu, pakar motivasi, personaliti TV dan Juara MasterChef Selebriti Malaysia, Dato’ Fazley Yaakob, telah melancarkan buku resipi pertamanya berjudul “My Sucre Story” pada bulan Mac 2016 di Singapura, dan sebelumnya pada bulan Oktober di Kota Paris, Perancis dengan kerjasama Le Cordon Bleu Paris tempat pengajian beliau sebelum ini.

640_Judyann_2016_06_01_14_33_43

Buku Resipi Dato’ Fazley Yaakob Menang Anugerah Antarabangsa

[dropcap]K[/dropcap]ini “My Sucre Story” telah menerima tempat pertama dalam sebuah pertandingan buku resipi antarabangsa anjuran Gourmand International, Barcelona, Sepanyol di mana hampir 205 buah negara bertanding. The World Gourmand Cookbook Awards ini seumpama upacara Oscars dan Olympic untuk para penulis-penulis buku masakan.

Buku yang mengandungi sebanyak 35 resipi ini telah memenangi tempat pertama dalam kategori “Best Recipe Book by a TV Personality outside Europe” atau Buku Resipi Terbaik dari Personaliti TV luar Eropah, mengalahkan Ana Maria Braga dari Brazil dan juga Judy-Ann Santos Agoncillo dari Filipina untuk 3 tempat teratas.

Ketiga-tiga penerima anugerah ini merupakan chef personaliti terkenal di negara masing-masing. Tahun ini, pengumuman untuk pertandingan ini diadakan di Yantai, China bersempena festival makanan di sana.

Paris Launch 1

[dropcap]P[/dropcap]ertandingan “Gourmand World Cookbook Awards” bermula pada tahun 1995 memberi pengiktirafan kepada chef-chef dari semua pelusuk dunia yang menghasilkan buku-buku resipi yang unik dan berkualiti.

[pullquote align=”right”]Pengumuman pertandingan buku resipi ini kerap diadakan di kota Paris, kota Frankfurt dan juga Barcelona, Sepanyol. Pada tahun 2006, Kuala Lumpur juga pernah menjadi tuan rumah untuk acara berprestij ini.[/pullquote]

Antara resipi-resipi yang diketengahkan dalam buku “My Sucre Story” adalah Rendang Uwan, Daging Masak Lemak Cili Api, Madagascar Vanilla Creme Brulee, Popcorn Macaron dan Puteri Mandi. Diantaranya merupakan resipi-resipi warisan Negeri Sembilan, tempat lahir Dato’ Fazley Yaakob. Buku ini juga memuatkan resipi-resipi moden dan manisan-manisan dari Perancis untuk citarasa anak muda yang ingin mencuba memasak dan baking untuk kali pertama.

‘My Sucre Story’ adalah keluaran MPH Publishing.

Singapore Launch 2

Singapore Launch 1

Paris Launch 4

Paris Launch 3

Paris Launch 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cyrill Hassan

Buffet Berbuka Puasa Ramadan CINNAMON COFFEE HOUSE 2016

Need Help with the Laundry, Dad?